Semenjak kerja kat tempat sekarang ni, aku macam fobia lak kalo di arah pergi keluar stesen. Soalan aku yang pertama, naik apa? Bukan apa, dah biasa pergi sendiri ke mana2, tiba2 kena naik kete jabatan, macam patah kaki plak aku rasa. Kalau pergi balik hari takpe la, kan? Boleh gak driver tu tunggu. Kalo berhari2, dia akan balik dan datang semula untuk menjemput kita balik. In between tu? Kena la duduk kat tempat tu jer.
Macam masa gi sepang tahun lepas, kerja nya sepatutnya abis ari ahad, tapi aku dah siap ari jumaat. Kalau aku naik kete jabatan, mesti aku kena tunggu sampai ari ahad, sebab pergi beramai2. Tapi, bila pergi sendiri, aku boleh balik dan2 tu jugak. Takkan aku nak panggil driver datang jemput aku jam 10 malam tu, kan? Besoknya pon macam tak patut jugak sebab ada kelik yang yang belum siap keje lagi. Sudahnya, aku balik je dan diam2 je lah. Apa? Claim? Claim tu apa?
Kalau pon tak kegawatan ekonomi, boss aku sangat la particular bab tuntutan perjalanan. Aku tau la dia mematuhi perintah am bab B dengan telusnya, tapi kalo dah menyusahkan staf, tidakkah ia akan menjejaskan produktiviti? Sebelum ni, katanya, kalo pergi kursus, memang takleh bawak kete sendiri. Urusan kerja baru boleh, tu pon, bergantung. Kalau driver free, kena naik kete jabatan jugak. Daripada aku menyusahkan diri turun naik admin semata2 nak dapatkan kelulusan kenderaan, baik lah aku diam2, pergi je naik kete, buat je keje tanpa banyak soal. Anggap la tu bahagian yang aku curik2 masa berblogging tu. Beliau patut bersyukur dapat staf macam aku ni tau.
Masalah besar yang sebenarnya, driver tu macam hampeh! Kalau time balik tu, selagi boleh dia akan pastikan kiter sampai malam. Tak mau nyer dia sampai petang pukul 5. Sebabnya, dia boleh claim ot. Wa*(&()^(*%(%! Pernah, kami naik bas, boleh? kitorang nak makan, dia takmo berenti kat rnr? Nakkk jugak makan kat luar highway, lalu dia masuk melaka. Kalo dekat2 tol tu takpe lagi. Ni dia pergi banda hilir sinun. Dan selepas itu, dia tak lalu hiway balik. Terus je dia lalu jalan dalam. *(&(*%&*%^*$**! Pa'kal la naik bas. Kalo naik kete tu, komfem aku dah suh kuar hiway dan bayarkan tol sendiri. Tensen gue.
Kalau kat hq, atau masa kat tempat keje lama, ko nak pergi mana2 pon, pergi lah. Nak naik kete ke, kapal terobang ke, lantak ler. Janji keje ko siap. Sampai sekarang pon kawan aku kat sana masih senang bergerak dengan kete sendiri. Dia keje dengan kerajaan uthmaniah kah? Malaysia jugak, kan? Aku bukan lah nak sangat dapat keuntungan dari tuntutan itu, cukup lah kalau aku dapat bawak kete sendiri dan balik modal minyak tu. Senang aku nak pergi ke mana2 tanpa menunggu driver. Yang hampagas itu.
Tapi, ada, staf yang lagi suka naik kete jabatan sebab dia tak pandai drive atau takut memandu jauh2. Staf atasan lagik tau. Tak pon, ada yang lagi suka, takyah penat2 drive, tido je dalam kete.
Sekarang ni, kesan kegawatan ekonomi dah pon terasa. Sebenarnya ada cara nak berjimat. Seperti turunkan rate perbatuan tu menjadi separuh ke. Masih ok lagi. Kete aku boleh je 15 sen/km. Kalau bagi rate separuh tu pon dah boleh cover tol sekali sebenarnya. Jadik lah, kan? Balik modal. Haihhh.
Jadi, keluar stesen dah jadi fobia bagi aku. Bukannya fikir pasal kerja yang nak dibuat tu, fikir pasal kenderaan nak pergi tu. Jalan paling mudah, pakai je duit sendiri. Duit gaji banayak2 nak buat apa, kan? hehehe. Kalau duit tu tak dibelanja kan, macamana ekonomi nak pulih? Berjimat cermat lah anda di jalan raya. Pergh! Boss mesti sayang aku lebih pasnih :P .
Wednesday, 10 March 2010
Out-stationphobic
Hasil karya AyunasiA pada 4:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment