Monday, 1 March 2010

Back To Basic : Teluk Sengat


Buruk jek banner aku tu ek? Lantak pi lah. Itu lah yang termampu buat masa ini. Aku guna paint jek, mana la ada magnetic lasso hihihi. Ker, ada dan aku tak tau?

Isy, bersambung2 pulak kes adik safiyah tu ek? Now, jais plak nak charge kes mak dan boifrennya bersekedudukan. Sabar je lah.

Kelmarin aku try buat scheduled entry, nak publish ari nih, tapi dia terpublish terus pulak. Terpaksa aku secara tergesa2 mengdraftkannya semula. Musykil seketika. Dah malam tu baru teringat. Laaa tahun ni mana ada 29hb februari la. Arini dah 1hb mac lor.

Eh, dah 1hb mac? Sekejap nya rasa. Sibbaik bulan 2 cuma 28 hari, tak la rasa lama sangat menantikan gaji bulan nih. Uihhh sayup nya lagi tarikh gaji.

Okeh, mari kita undur kembali ke bulan lepas, semasa cuti cny. Aku, seperti biasa, kalo cuti panjang sket, aku akan balik ari sabtu. Konon dekat je kan. Orang dekat salu lambat sampai.

Sabtu tu, kami balik lebih kurang pukul 11 kot. Singgah kota, makan kat kedai mail. Jumpa yayu kat situ. Wahhh kete baru. Ni yang jeles ni. Aku kan, harap je kerja, tapi, mana ada rete benda. Kete pon takde tau. Sampai bila aku akan mata duitan sahaja? Bila nak materialistik neh?

Kali ni balik at5 terus. Macam keajaiban dunia ke-8 je kalo balik at5 tu. Actually mil nak buat kenduri ari isnin. Kalo takde apa2 tu, komfem akan bypass kampung halaman ku.

Mak takde, pergi segamat, tinggal abah ngan farah jek. Adik ku itu sedang tunggu spm. Mentara tu, dia keje kat kedai henfon kat depan. Best nyer, dekat je tempat keje. Tengahari boleh balik rumah, makan. Sebelum pergi, mak dah masak siap2. Bertuah betul.

Dah petang, dah boring, kami kuar jenjalan. Kami tu kami dan abah dan abang tp sekeluarga. Kami pergi ke teluk sengat. See! Saper kata takde tempat perlancongan di tanah air sendiri? Di sini lah sejarah negeri ini bermula tau.

Kat teluk sengat ni lah terletaknya kota johor lama. Pada zaman dulu, sebelum johor bahru menjadi ibu negeri johor, di sini lah kerajaan johor lama terbina. Kami pon pergi ke 'kota' itu. Ada pon kota tu adalah sebuah erkkk macam benteng la, yang digunakan sebagai pertahanan dan tempat meninjau kedatangan kapal portugis yang ingin menyerang negeri ini. Kiranya, selepas melaka ditawan, sultan melaka telah berpindah ke sini. Kot gitu lah yang aku faham. Pada zaman pemerintahan sultan alauddin riayat syah adanya, kota ini telah di bina. Dan apabila portugis menawan negeri ini, kota ini telah dibakar. Yang tinggal ialah satu struktur berupa padang bola sepak kekdahnya. Kalau ditinjau di hujung kota ini, kelihatan laut selat tebrau kot huhuhu. Lebih kurang macam puncak melawati kat kuala selangor tu. Haaa lebih kurang cenggitu la. Cuma kat sini takde meriam2 dan monyet :P.

Seluas padang bola. Yang tepi2 tu lah kubu nya.

Yang ni kubu belah tepi. Yang putus2 tu mengadap laut.

Ok, boleh baca sejarahnya. Selama ni aku membayangkan kota ni macam bangunan2 lama yang telah runtuh hihihi.

Belakang aku tu laut la. Tak faham kenapa mesti mendepangkan tangan. Agaknya nak cakap, lihat lah!

Abah tunjuk bangunan information centre. Sayang, rumah tu dah tutup pukul 5. Kalo masuk situ boleh tengok artifak2 sejarah yang dijumpai di sini.

Anak watan, mesti tau sejarah, ok?

Semasa berada di sini, abang tp calling2 kawan dia yang rumahnya sepelaung je dari sini. Gengjernel. Teringat masa zaman aku belajar dulu. Pernah jugak terjebak dalam aktiviti gengjernel. Antaranya, makan sate kat awan besar, gi pasar malam jalan tar, makan kat uptown dll. Eh, ada ke dll? Macam segitu je?

Lepas tuh, kami pergi ke jeti pulak. Ermmm malam ni ada pertandingan memancing. Meriah tempat nih.

Aku adalah gayat nak turun ke platform nih. Pening pon iyer jugak. Dia teroleng2. Siap berkelah lagi. Sedap ler wedges yang dibeli di 'depan' itu.

Hampir senja. Uisyyy gayat la weiii.

Lihat jauh nun di sana. Dua tiang tu ialah tiang jambatan yang akan menghubungkan pasir gudang dengan desaru. Alaaa lambat lagi la nak siap ek? Tak bersambung pun lagi. Pas nih, kampung juga ada tol, ya?

Peace!

Aku ingat keje mengorek pasir. Paling cepat setahun baru siap nih.

0 komen: