Rentetan dari muka buku. Mesti korang pon tengah giler ber reunion dengan kawan2 lama, kan? Tak kisah lah kecil2an di kedai makan, atau besar2an di dewan hotel, tujuannya satu, ingin mengeratkan kembali silaturrahim.
Masa reunion ni lah juga masa untuk mengimbas kembali cerita lama. Kalau kawan2 seuni, ceritanya tentang kolej, rumah sewa, lecturer2 dan kerjaya. Kalau kawan sekolah, cerita asrama, secret admirer dan cikgu2. Dengan kawan sekolah kekadang tak cerita sangat pasal kerjaya, sebab nak menghormati kawan2 lain yang mungkin tidak bekerja. Jadi, secara keseluruhan, pro nya aktiviti reunion ni ialah, dapat retrieve memory lama, bertukar2 fikiran disamping bertukar2 bisnes kad hehe. Jangan ko promote mlm kat situ sudah la.
Baru2 ini, sorang kawan memproposekan satu gathering ala reunion untuk kawan2 sekolah rendah. Yang bermakna juga kawan sekampung. So, encik hairul tak masuk dalam ini pelem, ok? Beliau akan datang sebagai suami seseorang je. Tu pon kalau dia nak ikut la.
Awal2 lagi aku dah bagitau kat derang, kalau takde aral, insya Allah, aku akan datang. Tapi, subject to term & condition. Apakah? Ingat ko diva ke nak bersyarat2 bagai? Orang dah ajak tu pon kira untung tau?
Bukan la. Bukannya aku berlagak diva ke hape. Aku tak kisah pon korang nak bergather2 kat tepi pantai nan indah tu. Aku suka lokasi selatan tanah air tu. Plus, aku pon yang mula2 sekali pilih tarikh tersebut. Sedang elok la tu. Cuti besdei agong. Semua orang cuti. Bukan cuti umum yang panjang, menjadikan kurang kebarangkalian aktiviti bersama keluarga. Ye lah. Kalau kita buat time cuti sekolah atau cuti umum yang panjang, ada jer, adik kawen la, sepupu bertunang la, femli gathering la. Jadi tarikh tu dah just nice dah.
Konsep pon aku suka sangat. 'Redah pot luck' methodnya. Takde nak booking2 bagai. Pantai tu tempat umum. Saper cepat dia dapat. Takde tempat sangat, kiter bentang je tikar kat gigi air tu. Yang penting, nak gossip2 pakai mulut. Takyah nak parking mulut kat mana2. Sambil berlari pon bleh gossip. Sambil mandi laut pon bleh.
Kiranya perancangan tu dah cukup haul dah la. Tunggu masa je. Jadi, apa masalahnya? Tak tau la masalah ni relevan pada aku je ke, atau turut dihadapi oleh orang lain. Eh, bukan masalah sebenarnya. Cuma dilema yang memberi kata dua kepada ku, samada nak join the gathering or not. Derang kata, alah, tu kan kisah lama. Masing2 pon dah ada femli masing2. Ke, ko masih ada hati kat dia? Ceh! Siot je kan? Tak kosser aku. Kalo aku masih ada hati, takde le dilema ini dan dah tentu2 lah aku excited nak pergi kiah oiiiiiiiii ekekekek.
Kata kawan ku,
"Alah not, ko pergi je lah. Buat2 tak tau je. Dia dah beriya2 nak join ni."
Buat masa ni, aku hanya mampu berkata,
"Ko kena pilih, nak jumpa aku ke, nak jumpa dia." Hahaha.
0 komen:
Post a Comment