Monday, 22 March 2010

Permata Hijrah

Hujung minggu yang lalu berlangsung seperti biasa. Tiada yang menarik untuk dimuatkan ke dalam surat khabar. Tapi, seperti biasa, mesti diterbitkan ke dalam blog ini. Sebagai tanda sejarah pernah tercipta. Walau pun, bukan lah peristiwa besar. Setakat tengok wayang, apalah sangat kan. Lain lah kalau mendapat tawaran memegang watak utama dalam filem terbaru arahan farid kamil ke kan.

Sabtu tengahari, kami pergi menghadiri jemputan kahwin di sungai suluh. Majlis perkahwinan kakak kepada seorang pelajar poli yang sedang menjalani latihan praktikal di pejabat ku. Takde pertalian langsung, kan? Lain lah kalau pelajar poli itu sendiri yang berkahwin, kan? Tapi, sudah dijemput, dekat pula, kenapa tidak? Kami sampai di rumah itu ketika kompang sedang rancak dipalu. Kompang dipalu pengantin baru (nyanyian). Setibanya di khemah jamuan, kelihatan ramai tetamu berkerumun di tepi rumah. Sedang acara pencak silat. Sesekali terdengar tepukan dari para penonton. Kami pula, terus menjamu selera. Nasi jagung, ayam masak merah, dalca, daging dan off course, kambing! Sedap makan. Pencuci mulut, buah limau dan jambu batu bergaul asam. Selesai makan, balik lah. Bukannya kenal pengantin pun nak bergambar bagai.

Dari situ, kami terus ke k4. Terus beli tiket wayang sepertimana entry sebelum ini. Sementara menantikan waktu tayangan pukul 5.15, kami berpusing sekitar parkson dan k4. Melilau mencari kedai menjual produk permata hijrah. Akhirnya ketemu jua di kedai pelbagai produk kecantikan. Sempat menjadi ahli kedai berkenaan. Dapat harga jauh lebih murah dari harga biasa.

Selepas asar, kami pon menonton wayang. Tayangan tamat kira-kira sebelum jam 7pm. Berpusing-pusing lagi sementara menanti waktu maghrib. Lebih selesa solat di k4 kerana tempat wudhuk yang selesa, tertutup dan dekat dengan ruang solat.

Selesai maghrib, kami terus ke pasar malam. Sebelum itu, singgah sebentar di kedai cd biasa kami pergi. Tidak berjumpa apa yang dicari. Terus ke pasar malam. Satu kelemahan pergi pada waktu malam ialah, banyak barang sudah hampir habis dijual. Sebab itu lebih suka pergi waktu petang sekitar jam 6pm. Dari situ, kami terus balik ke rumah.

Hari ahad, biasanya hari isteri berehat. Tapi kini, aku lebih suka mengemas rumah pada hari ini. Ini kerana, bila kemas rumah pada hari sabtu, hari ahad sudah bersepah balik. Tidak berbaloi penat.

Tengahari, kami pergi memenuhi jemputan perkahwinan lagi. Kali ni ada kaitan sikit. Rakan setempat kerja. Tidak berfikir panjang untuk pergi kerana rumah pengantin terletak cuma di simpang masuk ke taman kami. Betul2 di hadapan simpang. Kawan ini lah yang selalu berlumba-lumba pergi dan balik kerja. Tapi tidak pernah berkomunikasi.

Balik dari rumah pengantin, aku layan mukhsin pula. Saja. Sebelah malam konon hendak makan berkat yang dibawa pulang dari rumah pengantin tadi. Sekali bukak bungkusan polisterin, tergolek 2 biji oren. Laaa ingatkan nasi minyak. Sudahnya, dinner koko krunch dengan susu dutch lady sahaja. Sabar saja lah.

p/s cikgu, sila semak tatabahasa saya, ya?

0 komen: