Sunday, 21 March 2010

Kuning Mata Coklat Ku


Dah lama sangat aku tak menonton wayang. Last sekali aku tengok cerita angel and demon kot. Memula konon nak tengok alice in wonderland. Teringat masa kecik2 dulu, pernah tengok satu version ni, besttt sangat. Tengok tu kat rumah mak long. Tapi, bila difikir2, masa tu aku kecik, memang la rasa best ek? Ni, dah besar panjang. Bukan ada budak kecik nak dibawak tengok pon. Baik lah aku tengok citer orang dewasa. Wah! Cite orang dewasa bukan cerita tuttt ker? Hahaha.

Okeh, makanya, sebelum membeli tiket, aku pon tengok kat poster. Satu kelebihan la kalo poster ko menarik sebab aku memang judge by the poster. Takde pon baca sinopsis ke haper. In fact, aku tak tau pon citer apa yang tengah tayang sekarang selain alice tu. So, ada beberapa option di situ. Satu citer ciner. Aku takkan tengok citer ciner melainkan pelakonnya ialah tony leung ka fai, stephen chow atau jekican. Oleh kerana pelakonnya aku tak kenal, siang2 dah rejected. Melayu pulak, ada cite v3 'tajuk rempit tak jadi'. Oleh kerana aku dah dengar kontroversi pasal ciplak2 tu, aku pon reject gak citer tu. Citer omputih, ada solomon haper tah. Pastu, dah lupa la. Oleh kerana aku tengok poster, aku tengok pelakon la jugak. Yang lelain tu nama pelakonnya aku tak pernah dengar. Yang pernah aku dengar cuma ethan hawkes je. Owh! Henskem nyerrr. Muka iras2 yusri kru ek? So, aku pilih la citer ethan hawkes itu, iaitu 'daybreakers'. Tengok kat poster macam ada scene ala2 citer minority report gitu. Boleh la.

Henskem kan?

Ok, meh aku citer pasal citer tu. Memula aku kompius jugak. Towards the end, baru lah aku faham dan oOo oOo oOo.

Cerita in mengisahkan tentang dunia yang telah dikuasai oleh kuntilanak. Manusia dah jadi minoriti dah. Sebabnya, manusia2 ni sumer telah pupus kerana mati disedut darahnya. Kiranya, pasaran darah dah jadi macam pasaran duit ar gitu. Siap kedai kopi pon jual kopi berdarah gitu. Nak muntah aku tiap kali tengok derang minum darah macam minum sirap. Derang tak kuar rumah sesiang sebab kalo kena matahari, derang akan terbakar dan hancur. Kete pon ada mode siang. Kira tinted ar gitu. Tengok jalan pakai kemre jek. Kalau kiter ada subway untuk ketapi bawah tanah, derang jalan2 bawah tanah guna subwalk. Jadi, jalan raya derang lengang ar sesiang.

Oleh kerana darah adalah makanan asasi mereka, ada sebuah syarikat pembekal darah ni. Derang tangkap maknusia2 ni dan sedut ar darah mereka sehingga la mati kering. Akibatnya, situasinya sekarang ialah manusia semakin pupus dan bekalan darah semakin meruncing. Sana sini kuntilanak2 ini memburu manusia. Oleh itu, syarikat 'bromley mark' (aku terbayangkan lagu apa ke tah yang tajuk ada 'bromley' tu) itu pon membuat research untuk membuat makanan gantian menyerupai darah. Kira darah sintetik la gitu.


Oh, siapakah ethan hawkes dalam ini pelem? Dia adalah pakar darah yang bekerja di syarikat itu. Staf kat situ sumer species kuntilanak ek. Sekaligus ethan ini juga adalah kuntilanak (tak puas ati di situ). Dan kuntilanak ni bermata kuning awww. Macam kuceng. Tapi, ethan (nama dia edward dalam citer ni, tapi aku tak tergamak nak tulis edward sebab henskem sangat kerana edward bukan maknusia seperti ku) ni dah lama tak minum darah. Dia ni species kuntilanak baik kot. Dia minum darah yang ready made je. Takde la dia kuar jalan2 geget tengkuk maknusia. Oh, dan bila derang tak minum darah, akan berlaku mutasi kepada tubuh mereka seperti telinga memanjang dan sebagainya. Dalam kes ethan ni, telinga dia dah tumbuh tanduk sket.

Pada satu hari, ethan ni nak balik rumah dari keje. Tengah dia berangan2 sambil memandu, dia terlanggar sebuah kete. Bila dia nak tolong, rupanya kete manusia. No no no dia tak terkam manusia tu. Sebaliknya dia tolong sorokkan manusia tu lam kete dia bila polis lalu. Remember, polis sumer kuntilanak ok. Manusia tu ialah heroin citer ni. Agaknya kuntilanak ni kalo kena cucuk ngan besi, dia boleh terbakar jugak. Sebab tu manusia sentiasa memegang senjata ala2 panah. Takde maknanya pistol2 senapang ni sumer. Sebelum manusia ni pergi, dia sempat tertengok kad pekerja ethan ni.

Ethan ni juga ada seorang adik/abang. Aku pon tak tau saper lagi tua sebab derang sebut brother je hihihi. Tapi aku assume ethan tu adik ar. Abang dia species kuntilanak jahat atau pon pemburu darah.

Pada suatu hari, tiba2 pempuan manusia tu datang umah ethan. Dia kata, dia ada penawar yang lebih baik daripada blood substitution yang cuba dibuat oleh syarikat bromley tu. So, dia ajak ethan ni jumpa di sebuah tempat. Memula ethan serba salah nak pegi ke tidak. Sebab, dia kan kuntilanak. Dan bekerja pulak ngan syarikat penmbekal darah. Apasal nak bekerja sama ngan maknusia ni pulak kan? Oh, lupa nak citer. Derang dah cuba satu darah sintetik ni, tapi tak berjaya. Meletup kuntilanak yang dijadikan bahan eksperimen tuh.

Last2, ethan pon pergi la jugak. Dan dia dipertemukan dengan seseorang. Ex-kuntilanak yang dah jadi maknusia semula. Dia cakap, dia tau penawarnya atau pon kekdah, cemana kuntilanak nak jadi maknusia semula. Kira kekdah cuba jaya yang berjaya gitu. Dipendekkan cerita, masa derang berjumpa tu, abang ethan tu follow la pulak. Dahhh kena kejar pulak ngan askar2 bromley neh. Sibbaik dapat melepaskan diri dan lelaki tu tadi pon tunjukkan lah tempat di mana dia bertukar jadi manusia semula. Aku ingat terjun dalam sungai tu yang menjadikan dia manusia. Rupanya, bila derang kena matahari dan terbakar, pon boleh jadi manusia balik. Cuma takleh kasi rentung abis la. Sebelum rentung tu cecepat padamkan api tu. Hehehe kelakar pulak. Dalam kes lelaki tu, dia terlanggar tiang kat tepi sungai dan terhumban ke dalam sungai. Sebelum jatuh ke sungai tu dia dah terbakar dek mentari, tapi bila dia masuk dalam air, terus padam ar api tu. Dan dia pon bernyawa semula. Dan, bila bertukar jadi manusia, mata derang pon bertukar dari kuning ke pada errr hazel (ke apa2 kaler mata manusia la) semula.


Lalu, ethan ni pon mengikut manusia ni ke pusat persembunyian manusia. Abang dia plak, pegi report kat encik bromley ni tentang ethan yang dah berpaling tadah nak jadik manusia. Abang dia pulak dapat keje ngan bromley nih.


Semasa di tempat persembunyian ni, ethan ni dapat idea, cemana dia nak jadi manusia. Derang renovate tempat macam serombong asap. Kiranya, bila didedahkan pada matahari, derang bleh cecepat sedut api tu kuar ikut serombong tu la. Dipendekkan cerita, ethan ni pon menjadi manusia. Ok, dah boleh pakai nama edward eh. :)

Gedebak gedebuk pung pang pung pang, pempuan manusia tadi kena tangkap ngan bromley. Jadi edward ni balik semula ke syarikat bromley nak menyelamatkan heroin. Heroin ni manusia pure ok. Dia propose la penawar tu kepada encik bromley, tapi encik tu takmo. Encik bromley ni kata, dia dah dapat dah buat darah sintetik. Dan tak memerlukan edward lagi dalam syarikat dia. So, edward ni kata, kalo cenggitu, encik bromley ni tukar la dia jadi kuntilanak balik. Dalam keadaan marah, encik tu pon geget tengkuk edward. Argh!!! Jadi kuntilanak balik eh? Ohhh tidak tidak. Sebenarnya, penawar yang dimaksudkan ialah darah kuntilanak yang dah jadi manusia. Jadi, encik bromley tu pon menjadi manusia, yeay! Dan sebagai balasan, edward ikat encik tu dan kasik kat askar2 kuntilanak. Askar2 tu kan pantang nampak maknusia, kan. So, digeget la encik bromley tu beramai2. Bila ramai2 tu jadi manusia, askar lain pulak geget derang, sampai la abis askar tu semua saling menggeget. Last2 semuapon mati.

Jadi, tergantung la cerita ini di situ. Kiranya derang nak sampaikan bahawa 'we have the cure'. Dan, kalau kena gayanya, anda sumer boleh menjadi manusia balik. Tapi bukan lah dengan cara geget menggeget tu. Jual ar darah ex-kuntilanak tu barang secawan dua ke. Bila makin ramai jadi manusia, makin banyak la bekalan darah ex-kuntilanak sampai la semua dah jadi manusia. Akhirnya, dunia ini kembali diduduki oleh manusia secara majoritinya. Tapi itu semua tak berlaku sebab citer tu abis sampai part askar2 tu mati semua je.

Ikut kan panjang lagi part tengah2 tu, tapi sengaja aku pendekkan sebab ku pon dah penat. Citer ni tak logik, tapi boleh la, lain daripada yang lain. See you!

0 komen: