Monday, 8 March 2010

Menyahut Seruan Izan (patutnya azan, kan?)


Kepada izan, tengok, akak dah menyahut seruan mu untuk memakan spring potato hihihi.

Aku mula perasan benda alah ni selepas diwar2kan oleh budak izan tu di dalam blog nya. Ada persoalan di sini. Kenapa aku tak pernah link kan blog beliau ek? Seingat aku, aku ada warning dia, jangan letak link aku dalam blog dia, tapi aku lupa, adakah dia juga mewarning yang sama? Kalau tidak, sila beritau ek. Sebab, kalau tidak, aku boleh tulung menaikkan rating beliau juga melalui blog ku huahuahua bajet blog popular ke nak tulung2 kawan. Sendiri punya pon nyawa2 ayam. Takde la. Kot lah dia mintak credit ke kan. Ha, izan, ko dah bersedia ke nak masuk ke dunia glemer? Keh keh keh.

Baik lah, kali pertama aku nampak spring potato ni kat pasar malam pesta, tapi buat2 tak paham je. Jual mahal konon. Kali kedua aku nampak kat pasar malam putrajaya aka pasar tani precint 2, kan kan kan? Aku pendengar setia sinar :) .

Selepas itu, aku pun teringin nak makan spring potato ini. Maka, pada hari sabtu yang lepas, aku pon menerai membelinya. Ada beberapa perisa ditawarkan, iaitu black pepper, bbq, sweet corn dan entah, lupa la pulak. Alah, sama macam perisa kerepek ubi parit raja ni jugak la. Dan aku telah menerai, haaa cuba teka. Betul lah tu. Betul la apa yang korang teka tu. Bab memandai2 ni memang korang terel, kan? Ekekek. Isy, mahap ler ek. Tetiba lak mood nates. Takyah lah di concern kan sangat apa perisa spring potato yang ku pilih itu. Dah selamat masuk perut ku pon.

Ok, camne kekdah derang menyepringkan kentang itu ek? Hmmm boleh jadi tajuk projek akhir student aku neh. Yang aku nengok, derang menggunakan kekdah manual. Jadi, dalam kes ni, aku nak suh derang wat secara automatik. Amacam? Alaaa dah macam2 benda dah yang derang auto kan. Takat kentang ni, no hal punya lah, kan? Opsss jangan tiru ek.

Selepas digoreng, budak perempuan penjual spring potato itu melalukan mayonis, sos dan serbuk perisa ke atas kentang itu. Jadik la dia berperisa serbuk perisa itu. Erkkk ok lah. Perisa bbq la. Dah, terpaksa aku pecahkan rahsia tadi demi kesinambungan ayat tadik. Huh!

Dah, sila lah telan liur melihat spring potato yang enak dimakan panas2 ini yek? Taraaa...

Ada nombor tefon kat plastik tu. Saper2 nak, kena tefon aku dulu. 25%.

Sebelum dimakan secara berduet di tepi masjid.

Dah abis. Nak lagi!

p/s ni versi kecik, rm2.50 secucuk. kalo versi beso, rm3.00 secucuk.

3 komen:

adipro said...

xprnh jupe pong makanang cenggini.
makanang org planet avatar ke?

nampak mcm sedap..

Acik Erna said...

ish ish ayu..akak ni dah la kuat makan..mana nak cari ni ayu..akak dok seremban..teringin nak rasa ni..nak beli kat mane ni..

AyunasiA said...

adi: revolusi makanan malaysia terkini la.