Kali ni aku tak nak tunjuk baki hutang aku. Sila fokus pada ayat yang di bawah cc statement di atas. Tiba2 aku rasa macam nak gi soping2 plak. Tiada keraguan lagi. Kita ada pilihan. Jadi lah pengguna yang bijak.
Alaaa, takkan takde yang perasan apa yang tersirat di sebalik gambar2 dalam entry 2 terakhir tu? Ha? Takde? Terpaksa lah aku mentersuratkan apa yang tersirat itu. Maksudnya, sila la search nama di atas nametag itu di fesbuk. Isyyy tu pon nak ajar ke? Ok ok takyah add aku la. Karang aku pening plak nak pikir, wajar ke tak nak add accept seseorang. Biar lah, kalo aku rasa nak add, aku sendiri yang calling2 ek? Selagi aku tak mintak tu, maknanya aku belum bersedia la.
Tiba2 aku teringat pada kisah seorang kawan sekolah dulu. Masa tu sekolah ugama tengah exam. Paper tauhid la kot, bab sifat2 Allah swt, kan? Ada soalan tu, dia suh bagi makna sifat2 Allah yang diberi dalam bahasa arab itu. Tiba2 aku ternampak kawan sebelah aku dah toleh2 teleng2 kepala, nak mintak jawapan. Dia tanya kat kawan yang aku maksudkan mula2 tadi lah. Mulanya aku tak tau apa yang ditanya. Tiba2 kawan ni bangun dan duduk. Beberapa kali. Pastu, aku pon bantai kikikikikkikikikiki. Sebabnya, salah satu soalan tu tulis, Qiamuhu binafsih. Betul tak ejaan nih? Maknanya, berdiri dengan sendirinya. Kiranya kawan aku tu bangun tu nak memberitahu 'berdiri' tu lah. Lawak la bagi aku pada masa itu. Minda kanak2. Korang dengar sekarang memang la tak kelakar sebab korang dah banyak makan garam. Jadi, jangan la pelik kalau kanak2 gelak tak hengat tengok kartun yang kita tengok tak kelakar pon. Sekian.
Sekian tu untuk cerita di perenggan kedua. Ada sambungan cerita lain di perenggan ketiga ini.
Aritu, masa aku exam, sekali ngan skim ptd ngan ptm. Masa registration tu, dari jauh lagi dah boleh tau, yang mana ptd, yang mana plv. Ada cop kat dahi ker? Alah, ptd mestilah yang memakai suit lengkap dan bertali leher. Kalau plv tu, sama ada berkemeja je, atau pon dengan jaket rasmi. Aku dah tau dah, masa briefing dulu, orang kementerian dah cakap, jangan lah pakai macam nak masuk bengkel. Sepatutnya, tak kira ptd ke, plv, kena lah berkot juga. Haihhh bila lah derang ni nak berubah. Pempuan lain la kan.
Ari selasa aritu ada monthly assembly untuk students dan pengajar. Dah 3 bulan, baru ni aku perasan yang pengajar yang tinggal hanya sedikit orang sahaja. Pempuan, ada la dalam sedozen gitu. Bengkel aku la yang paling ramai pempuan, 4 orang. 4 daripada 9, takde lah ramai jugak ek? Oh, tu pun sebab dalam bengkel kami cuma ada seorang je yang berkursus, lelaki pulak tu. Bengkel2 lain ramai pempuannya gi kursus. Balik kursus, sok, kawen, terus mintak pindah dekat ngan suami masing2. Kosong balik. Tapi memang ketara kekurangan pengajar itu. Aku rasa bilangan pengajar ngan orang admin pon dah dekat sama banyak dah. Apa core bisnes ko ni @dtec? Tak tau lah kenapa derang letak dan ambik ramai sangat staf kat admin, padahal produk kami ada di bengkel2. Mudah2an kegawatan ekonomi akan segera pulih supaya re-org yang dirancang itu akan terlaksana segera juga.
Ok, rojak ni takde tauhu pulak. Tapi ada kangkung. Nyum nyum. Jadi, tiada unsur ilmiah.
0 komen:
Post a Comment