Friday, 19 March 2010

Duit Ku Duit Mu Jua?

Ku terasa kesyahduan menyelimut malam ku sepi isk isk isk huk huk huk...

Sedih yer menyentap tangkai hati pabila ku lihat current balance akaun mebeng ku. Macam jatuh muflis pon ada aku rasa. Ini kah balasan mu atas kesetiaan ku? Ewah... Orang mata duitan, tapi sengkek, memang cenggini. Jangan la buat muka pelik di situ.

Selama ni, aku mengguna pakai prinsip 'duit ku duit ku jua, duit mu duit ku jua'. Masa tak berduit dulu, memang ler takde rangkap yang pertama tu kan. Tapi kini, lengkap lah sudah pantun 2 kerat tersebut. Syok kan?

Tapi kini, rupanya, bukan aku jer mengamalkan prinsip tersebut. Pihak 'mu' itu juga nampak gayanya sekarang ni dah pandai mengikut jejak langkah rakus ku itu. Ewa ewa. Double syok, kan?

Sekarang ni, 'mu' itu juga sangat cekap dalam mempengaruhi ku agar lebih kerap berkongsi rezeki. Ada je cara dia nak suh aku perabiskan duit yang sikit tu, kan? Bukannya aku belanja dia pon. Biasanya aku beli barang aku sendiri, tapi dia yang suh beli. Paksa rela gitu. Kalau keluar weekend tu, asal aku cakap nak masuk kedai itu ini, cepat je dia kata jom! Bukan nya nak mengontrol isteri nya ni berbelanja secara berhemah. Lagi digalakkannya lagi ada lah. Tak cukup satu, disuruh beli dua. Yang aku pon satu. Lambat sedar. Bila dah keluar kedai baru la perasan yang diri ini sudah dimanipulasikan heheh. Ceria di dalam gundah gitu. Tapi, puas ati la juga, sebab abis2 pon, untuk diri sendiri. Tapi, kenapa begitu? Aku bukannya nak buat apa pon ngan duit aku. Lain la dia, memang takleh pegang duit banyak, nanti idea bercabang 4. Tapi aku? Abis2 pon memenuhkan lemari baju je.

Aku tau dia banyak menanggung perbelanjaan keluarga (hehe macam ada anak 10 plak bila tulis 'keluarga', padahal boleh je gantikan perkataan 'keluarga' tu dengan 'aku' hehe). Kete yang aku bawak hari2 tu pon dia yang bayar. Servis nya pon aku tak ambik port. Yang aku ambik tau sangat ialah, 'eh eh, meter ni dah cecah 84k la bang. Dah patut kena sebis nih.' Haaa bab komplen, bab mengingatkan, serah kat aku. Minyak je lah yang aku isi sendiri. Tu pon selalu buat2 terlupa bawak cc hihihi.

Macamana agaknya kalau aku cakap cenggini, 'abang, mulai bulan depan, ayang bayar kete, abang bayar rumah, okeh?' Wow! Mesti melimpah2 doa restu dipanjatkan kepadaNya agar aku dimurahkan rezeki, kan? Tapi? Takde pon. Sorry. Abis, saper suh takmo tukar kete honda civic, kan? Kalo dapat civic, mesti aku rela membayarnya. Huhuhu berani lah cakap sebab buat masa ni memang tak mampu nak beli hihihi. Semoga bila tiba masanya nanti, dia dah lupa entry nih hehe.

Dan yang terkini, aku telah dipow secara besar2an oleh 'mu'. Owh! Kalau tau nak kena pow, takde lah aku gi beli saham kpf tu secara tamak. Eh, tapi kalau dia tau aku ada duit banyak, lagi lah banyak yang kena pow ek? Patut bersyukur. Walau apa pun berlaku, aku adalah miskin saat dan ketika ini uhuks. Macam nak mengadu kat biro pengaduan awam jek la. Tajuk, 'pemerasan oleh kakitangan awam ke atas kakitangan awam yang lain'. Tak pon tribunal pengguna. Tajuk, 'penyalahgunaan wang pasangan dalam urusan awam'. Boleh tak? Kepada encik suami, ingat ni tau. Perkara begini boleh dijadikan bahan ungkitan. Sila behave.

Apa yang harus aku lakukan kini? Kena baring sambil letak tangan atas dahi, baru boleh jumpa idea2 canggih hihihi. Sebelum tu, idea spontan yang terfikir setakat ini adalah seperti :

1. Tidak mendedahkan maklumat perbankan ku kepadanya. Boleh, aku siap suh dia transfer sendiri duit kat akaun aku ke akaun dia thru' m2u lagi. Pukau ke haper?

2. Memindahkan uang ke akaun lain secepat mungkin. Contoh? Akaun bsn. Hihi sungguh budak sekolah la akaun giro tu.

3. Membelanjakan uang ku supaya tiada baki langsung. Ni serupa la dengan gantung diri sendiri.




2 komen:

aNIe said...

Hehehe...nak ketawa je bila ayunasia cakap pihak 'mu' pun dah pandai gunakan taktik tu...

AyunasiA said...

prinsip tu dah valid utk lelaki dan perempuan dah sekarang ni.