Sedih nyerrr!!! Aku ni betul2 mengamalkan amalan 5S, eh ekspresi dirimu. Suka menunjukkan perasaan sebagai intro sesebuah entry. Apa yang sedih pulak nih? Sedih la tengok jumlah entry aku pada bulan februari. 15 jek? Dah tak capai target nih. Nampaknya kena wat overtime bulan ni lor. Tapi, apakah target aku? Oh, belum tau ek? Aku nyer target ialah 1 hari 1 entry. Atau mengikut jumlah hari dalam bulan itu. Kenapa mesti ada target? Entah. Saje. Nak menunjuk bahawa aku mempunya visi dalam hidup hahaha. Ok lah kan. Memenuhi ciri2 specific, measurable, achievable, realistic dan time frame.
Ok, chaiyok! Mulakan dari sekarang. Baru 4 hari bulan mac, dah ada 9 entry. Good sign.
Aku nak cerita gak pasal sayur. Apa ke tak best langsung ek, cerita pasal sayur. Tak merangsang adrenalin. Bukan apa. Aku dan sayur ni umpama cat and dog gitu. Dulu la. Sebabnya, entah? Tau, sayur itu baik untuk kesihatan. Mencantikkan kulit dan membantu sistem penghadaman anda. Banyakkan makan sayur dan tiada istilah 'adoiii sakit nya b0nt0t' akibat terlebih teran dalam hidup anda. Vitamin baik untuk pertahanan tubuh. Mana lah aku tak tau, aku kan pergi sekolah. Apa da. Tapi, application? Hancus. Jadi, mari kita sama2 lihat, trend pemakanan sayur puan asia yea. Silakan.
Kalau aku makan makanan sajian lengkap seperti mee, meehun, kuetiow goreng, aku akan makan sayur2 itu. Tapi, untuk kurang dari 5 suapan sahaja. Selepas suapan ke 5, aku akan memilih2 sayur itu dan menyusunnya di tepi piring. Sebabnya, bagi lidah aku, sayur2 itu telah mengganggu rasa enak mee itu. Elok2 mee tu sedap, bila dah sekali masuk ngan sayur, dia jadi pahit, masam dan payau. Sebelum aku berlapar (kerana berhenti makan) dan membazir (kerana tak menghabiskan makanan), baik lah aku asingkan sayur2an tersebut. Ok lah tu, 5 lai togeh tu leh cover keperluan vitamin untuk sekali penghadaman, kot hihihi. Terutama sekali ialah sayur carrot dan sawi. Memang boleh spoil mood betul. Togeh masih ok la, tapi takleh banyak2 jugak. Sibbaik mata tak rabun walau pon tak makan keret.
Kalau sayur yang dimasak untuk makan ngan nasi, aku boleh makan sebarang jenis yang berdaun. Tapi aku makan daunnya je la. Batangnya memang takleh masuk. Kalau tersuap batang sayur tu, aku sanggup kuarkan balik walo pon dah masuk kan muka pintu tekak. Erkkk nak termuntah lak aku ketika menaip itu. Kecuali batang kangkung dan tah, sayur apa tah yang aku makan baru sekejap tadi. Lembut je batang nya. Daunnya pun umpama sutera lembutnya. Meranti kot. Sesedap rasa je bagi nama. Tapi, ada batang sayur yang aku makan dan sangat makan, iaitu kacang panjang, kacang buncis hehehe. Mana ada orang makan daun kacang ek? Dan, memang 2 jenis kacang ni pon yang sentiasa ada dalam esbok ku hehehe dan kailan. Tapi kailan aku makan daunnya ajer.
Kubis bunga dan brokoli aku boleh makan juga. Kubis biasa pon boleh sebenarnya, tapi akak aku kata, sayur kubis adalah sayur yang paling cepat basi. Bila kita masuk je dalam mulut, dia dah basi dah sebenarnya. Terapi warna yang kata. Jadi, aku dah lama tak masak kubis. Kalau dalam mee tu kekadang termakan jua. Walau pun kubis masak lemak adalah sungguh enak, aku cuba elakkan dari memakannya.
Aku juga tak makan petola. Ke peria? Hahaha tak tau beza. Memalukan! Alaaa yang pahit dan berkulit keras tu lah. Yang macam timun tu aku makan la jugak. Pendek kata, sayur2 pahit ni memang aku takleh masuk la. Timun? Bagi aku, timun bukan sayur. Boleh? Aku makan timun, tapi jarang. Ikut mood.
Tapiii, aku pon pelik lagi ajaib tau. Kalau ulam-ulaman tu aku makan la pulak? Pegaga, ulam raja, kacang botor contohnya adalah among my fevret. Pucuk ubi juga ku suka. Dan urap dalam nasi ambeng akak smiling face pon aku sangat suka. Pahit jugak, tapi beshhh. Tak payah faham mengapa aku begini.
Akhir kata, kesimpulannya, aku makan sayur hanya lah untuk memastikan ada vitamin duduk dalam perut ku. Kalau kat kedai makan, aku ambik sayur sebab malu kalau time bayar nanti orang tengok aku tak ambik sayur. Boleh? Biasanya kalau aku ambik sayur tu, separuh je yang aku makan. Lebihnya, terpaksa dibazirkan. Isy isy isy. Tapi takpe, sayur murah je hihihi.
p/s tetapi saya menggantikan vitamin itu dengan vitamin c yang banyak dari buah2an. vitamin a b d e f g h i j k tu tak tau la datang kot mana...
Friday, 5 March 2010
Aku dan Sayur (tajuk macam kartun popeye)
Hasil karya AyunasiA pada 9:45 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
ayu..kita serupa..sampai dah tua macam ni pun..masih tak suka sayur..baru2 ni je..bila tanam sendiri..suka pulak makan tapi tak banyak la..
mmg ramai kawan pon sama. mkn buat ada2 je. erkkk kurus ker kalo x mkn sayur ek? sbb kwn yg x mkn sayur selalunya kurus hihihi
Post a Comment