Friday, 12 March 2010

Kisah Bergambar Blur


Mari kita salahkan jurugambar kerana tidak menukar setting kamera ketika mengambil gambar2 ini. Sebenarnya gambar2 ni diambil dengan setting khusus untuk capture gambar makanan, tapi, oleh kerana terlebih excited dan hendak cepat, langsung terlupa nak tukar. Eh? Tapi, siapakah jurugambar itu? Bukan kah penulis ini juga? Ya, tetapi yang lebih banyak, encik suami. Isy, tak kenal la saper penulis tuh.

Apa berlaku ni? Kenduri kesyukuran kah? Atas sebab apa? Eh, nak bersyukur kena bersebab ker? Bukan kena sentiasa ker? Ya lah kan, kalo dah sentiasa, takkan hari2 nak buat kenduri kesyukuran kan. Mesti lah ada pencapaian hebat seperti berjaya menurunkan 10kg berat badan dalam tempoh setahun ker kan (siapa lah tu hihihi).

No lah. Bukan kenduri kesyukuran. Bukan juga doa selamat. Jauh sekali lenggang perut, apatah lagi cukur jambul. Cuma yasinan peringkat taman jer. Tahun 2009, rumah kami takde dalam senarai jadual giliran. Mungkin sebab kami dah buat pada hujung tahun 2008 dengan inisiatif sendiri. Alaaa yang open house dan house warming sekali kononnya tu. Tetapi, untuk tahun ini, rumah kami berada di tempat kedua carta tersebut. Hah? Terkojut den. Macam tak bersedia lah. Walau bagaimana pun, oleh kerana mempunyai seorang suami yang aktif dan sporting merangkap setiausaha jkk3I25 taman, ku akur dengan kehendaknya.

Eh, ko mimpi apa buat entry dengan ayat tersusun indah nih? Hihihi sebenarnya aku tercabar bila mendapat tahu yang adik ku dapat A untuk bahasa melayu dalam spm nya. Terus rasa macam, wah! Terel ar ko dik. Lalu ingin mengasah semula bakat mengarang. Boleh? Sat gi aku tulis dalam ayat matematik pulak sebab aku juga tercabar kerana adik aku dapat B untuk matematik. Wah lagi! Akak bersalah dik, kerana under estimate diri mu. Eh, B untuk maths tu kira ok lah kan? Mesti genetik tu turun daripada kakaknya nih kehkehkeh. Student aku ni pon puratanya dapat G tau! Lain la kalo aku dok kat rumah dan buat tuisyen untuk dia ke kan. Kalo dapat B, memang aku pelangkung je.

Berbalik kepada yasinan tadi. Selepas ditimbang kilo gedebak gedebuk, akhirnya aku, ya aku memutuskan untuk ia diadakan pada hari khamis malam jumaat. Kenapa tak buat hari cuti, sabtu ahad? Ok, mengikut tradisi dan amalan yang dituntut, kita baca Yasin ni pada malam jumaat, kan? Jadi, di situ je dah dapat markah lebih. Kalau Jumaat, kira macam neutral. Buat pon ok, esoknya cuti. Tapi tak dapat la point malam jumaat tu.

Sabtu ahad pulak memang aku reject sebab akan mendatangkan penat yang luar biasa. Sebabnya, kalo dah cuti, mesti aku akan gigih nak masak itu masak ini. Pastu mesti pil datang. Bila dah datang tu, mesti dia suh jemput mak sedara sepupu sepapat yang berhampiran. Bila dah beramai2 gitu, elok2 aku nyer kenduri tak sampai 3 jam, boleh jadi sampai 3 hari. Ye lah, orang yasinan dah balik, femli dah tentu lah stay lagi semalam dua. Atau sekurang2 nya esok baru balik. Tak ke aku kena berkenduri lagi pagi tu nak memasak sarapan? Pastu masak lagi tengahari la, petang la, malam la. Huiiiii takde dalam perancangan ok. Lain la kalo aku memang plan nak buat macam open house ke, bbq ke. Setakat yasinan ni, takyah tunggu orang ramai pon boleh buat.

Isyyy tak best nyer... Kenduri kendara tak kecoh2, rewang2, gossip2. Weiii ko ni nak baca Yasin ke, nak party buih? Kat situ je dah kumpul dosa semangkuk. Tu belum lagi sesi menyakitkan ati aku lagi tu. Ha, ni nak cite la ni. Aritu kan, masa mil wat yasinan kan, ada orang tanya, aku dah solat ke belum? Aku ni punya la lurus, jawab, tak boleh. Terus aku kena,

"Mokteh ni asik cuti solat je, bila laaa tak cuti nyer tah?"

Gulp! Bukan, bukan budak kecik yang cakap. Dan aku ok. Takde sesi drama berlari masuk bilik menghumbankan diri ke atas tilam dan meraung.

Yang aku tak ok, bila orang cakap,

"Eh, sempat ke ko nak buat yasinan hari kerja?"

Apasal tak sempat pulak? Takat buat air, potong semangka, goreng karipap, potong kuih je.

"Oh, ko takde anak, boleh la."

$%$#%$@^^?$?%?^?&?#! Ni memang betul punya mencarut versi binatang yang haram dimakan dan disentuh.

Dah, abis dah mengata? Huhuhu tak insaf langsung walo pon rumah telah dihujani rahmat malam tadi hihihi.

Jadi, petang semalam, balik keje, aku terus memotong buah semangka merah sebijik. Beli kat pasar malam bandar u semalam. Kaler sikit punya menawan, tapi rasa, sedang2 aje. Tak tawar, tak manis. Bukan manis buah, sebab manis buah semangka bukan cenggitu. Kendian buat air setong. Tong ke? Tak kisah lah. Janji bekas yang besar dari cawan dan jug tu, kira tong la. Air yang dibuat ialah air perisa mangga bertajuk sunquick.

Kemudian, aku menggoreng donut. Alaaa sekarang ni dah senang. Beli je frozen punya. Tinggal campak dalam kuali je. Tu pon ada yang beralasan takde masa nak buat yasinan. Masa tu ada, pengurusan masa tu yang takde. Balik2 alasan ada anak kecik, susah. Besok, betul2 anak ko menyusahkan ko pulak, baru padan muka. Macam tak biasa kat opis buat jamuan, tinggal makan jek. Benda susah kalau kita fikir susah, selama nya la akan susah. Cuba jadikan benda tu senang. Huh! Ni nak sound saper tah? Entah.

Sebelum maghrib, makanan pon sampai. Kami order nasi tomato dan mee kari. Sekali pakej ngan pinggan mangkuk serta cawan. Dan khidmat cucian sekali hehehe. Kebetulan, air pulak tak kuar. Selamat laaa. Tah, cemana la orang tu cuci agaknya. Eh, watper nak pikir kan dia plak ek? Dia bisnes la, bukan buat khidmat kemasyarakatan.


Mee dan aksessorinya.

Karinya.

Siap sedia. Gambo nasi tak sempat nak ambik. Alah, nasi, rupa macam nasi la kan?


Sebelum tetamu datang.

Kali ni dah selesa sikit ar porch ni. Mengambil pengajaran dari kes yang lepas. Tetamu makan di bawah cahaya warm light yang romantis. Sekarang dah ada lampu yang terang dan kipas yang laju.


Lebih kurang pukul 9, yasinan pon bermula. Aku pon makan sensorang kat dapo. Dengar suara macam tak ramai. Sekali aku jenguk kat luar, fuiyoh! Siap berlapis2 lagi derang duduk. Cukup ke makanan nih??????????

Ramai lorrr.

Eh, aku ada buat tema ker? Ramai pakai baju biru neh? Tuan rumah pon baju biru gak.

Jemput2 sila2.



Siap makan kat celah2 meja lagi. Nak wat camner, banglo aku baru siap draft dalam visio hahaha.

Aik? Moto pon masuk dalam ini pelem?

Dan akhirnya.

Yang tinggal.

Selesai satu tanggungjawab sosial ku huhuhu.

Moral :

1. Buat bajet yang lebih baik
2. Beli tikar sendiri
3. Boleh order nasi tomato dengan katerer ini lagi
4. ...

0 komen: