Saturday, 27 March 2010

Bekalan Air Berjadual


Walau pun minggu ni hari2 hujan turun, namun empangan bekok masih lagi kekontangan. Justeru, kami penduduk di daerah bp bakal menghadapi catuan air bermula 29 Mac (Isnin) ini sehingga sebulah berikutnya. Orang kluang dah merasa dah sejak 13hb aritu lagi. Bergantung kepada paras air la. Kalau in between tu paras air kembali normal, bermakna, bila2 masa saja catuan air tersebut akan berakhir.

Sistem ini dilakukan dengan cara membahagikan daerah bp ni kepada 15 zon (A-O) atau 3 kawasan utama.

Kawasan I : Zon A-H akan menerima bekalan air selama 24 jam sehari secara berselang hari.
Kawasan II : Zon I, K dan M pula akan menerima bekalan air selama 12 jam sehari pada setiap hari bermula jam 10 malam hingga 10 pagi.
Kawasan III : Zon J, L, N dan O pula bakal menerima bekalan air bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Kalau diberi pilihan, anda mahukan kategori yang mana? Ewah... ko ingat ko sape nak memilih2? Terima je lah seadanya. Lagipon rumah kan ada tangki. Setakat berdua ni, takde air 5 hari pon masih bleh hidup lagi kot. Air yang direct cuma untuk dapur, mesin basuh dan shower je. Masih boleh tadah air dari tangki untuk urusan2 tersebut. Kalau cuaca masih panas, air tangki pon panas pepagi subuh tu.

So, rumah aku terletak dalam zon mana? Cuba teka! Ok lah kasi clue. Aku bakal mendapat air pada jam 10 pagi - 10 malam setiap hari. Yeay! Haaa betul la tu. Kawasan III atau lebih spesifik Zon J. Kira setaraf kawasan bandar bp ar ni. Kawasan berkepadatan penduduk tinggi. Yang best nya, boleh masak2 balik keje (best ker? hahaha). Yang tak best nya, mandi pagi air sejuk brrrrrrrrrrr. Tapi, kira ok lah sebab malam2 bukan nak guna air sangat. Nak basuh baju boleh dibuat balik2 keje tu. Sedang elok gitu. Pendek kata, aku puas hati dengan jadual ini.

2 komen:

Puteri Satu said...

susah kan klu air tak de nih...

AyunasiA said...

kak puteri, sibbaik sy dpt yg 12 jam sehari. kalau yg selang sehari tu, lagi lah susah. hati.