Dah dua hari aku kesiangan. Belum siang lagi, tapi kira lambat la dari biasa. 6.42am, lambat, kan? Dah lah aku duty minggu ni. Duty apa? Alaaa conduct daily assembly dan check kunci mangga pintu semua dah intact (ye ke ni istilahnya?) seperti sepatutnya pada sebelah petang. Maknanya, aku kena pergi awal dan balik lewat la gitu. Tak la awal dan lewat mana. 15 minit je beza dari biasa.
So, apa jadik bila dah lambat tu? Celik mata secara terkejut sebab dengar alarm henfon encik suami. Terkejut sebab sepatutnya dengar alarm henfon aku dulu, baru lah diikuti dengan alarm henfon beliau. Ini sudah terbalik. Sudah luar biasa. Puncanya? Salahkan jam loceng baru hihihi. Ye lorrr. Aku baru beli jam loceng untuk dikunci jam 4.25am yeay! Sebelum ni kan aku kunci alarm kat henfon beliau jam 4.25am, kemudian, bila alarm tu menjerit, aku kunci plak alarm tu ke pukul 6.36am. Kini, tidak lagi. Kerana henfon beliau sudah dikunci mengikut masa yang disukai beliau sendiri. Sesuka hati dia je, kan?
Abis, apa keje alarm kat henfon aku? Haaa tu lah masalahnya. Dah 2 hari dia tak bunyik. Bunyik, tapi, instead of bunyik kul 6.05am, dia bunyik jam 7am. Boleh? Mana bolehhh. Pengajarannya di sini, kunci alarm henfon encik hairul seperti henfon sendiri. Buat macam harta mu harta ku jua. Settle di situ.
Okeh, abis dah citer pasal 'rembulan kesiangan pudar tak bercahaya, terlindung oleh awan, tak siapa memandang' itu. Mari cerita pasal ceramah agama. Dah lama, kan, aku tak dengar ceramah? Bukan takde. Ada. Cumanya, aku tak berpeluang nak dengar. Selalu ada tazkirah time perhimpunan bulanan staf. Tapi, semester ni, aku ada kelas pada setiap jam 8am setiap hari. So, bila2 pon dia buat assembly, memang aku tak dapat pergi.
Eh, dah tengah2 semester ni baru aku perasan yang aku ada kelas pukul 8 setiap hari. Dan aku baru sedar yang aku telah dieksploitasi. Siot! Kenapa aku merasakan sedemikian? Mungkin sebab aku sentiasa datan gkerja on time, jadi kb aku buat jadual tu sebegitu. Sedangkan pempuan2 yang lain, sedap2 je pagi2 tu lepak2 kat cafe makan roti canai. Ada tu, tetiap hari kelas petang sahaja. Padahal, bukannya derang ada urusan penting pon pepagi. Siot, kan? Macam semester lepas, memang ada yang request kelas selepas pukul 10am sebab pagi2 utu nak anatar anak gi sekolah. Tapi, semester ni dah tak lagi. Isy, kesian aku. Tiap2 ari beli nasik lemak tepi jalan je. Sampai2 je terus masuk kelas. Tak merasa dah datang2 tu menghirup teh tarik di cafe. Tak boleh jadi ni. Semester depan aku mesti menyuarakan perkara ini. Mentang2 lah aku rajin...
Eh, cerita pasal ceramah tadi, sebenarnya ceramah ni diadakan kemarin (rabu). Takde sempena2 pon. Memang tetiap bulan ada ceramah ni. Cuma kadang2 tu dibuat untuk staf sahaja. Tapi kalau diadakan untuk student, staf pon WAJIB pergi jugak. Bukan la kalo tak pergi tu berdosa, tapi aritu, pernah sekali, tak ramai staf yang datang (termasuk aku hihi), pengarah siap naik ke bilik pengajar 'menjemput' kitorang. Malu sayyy. Ok, mari aku berkongsi sedikit ilmu yang aku dapati dari ceramah tersebut. Tajuk ceramah, manusia dan ilmu.
Seperti irama dan lagu, manusia dan ilmu tidak dapat dipisahkan. Andai dipisahkan, pincanglah errr manusia. Tahukah anda jadual berkala? Alaaa jadual unsur2 logam, separa logam dan bukan logam tu. Ada berapa unsur dalam jadual berkala tersebut? 114 kot kan? Dan, bilangan surah dalam al-Quran juga ada 114. Kan? Dan manusia ini terjadi daripada ke 114-114 unsur2 ini. Jadi, cari lah significant nya kesamaan ini.
Erkkk aku rasa macam aura nak menghuraikan isi ceramah tu macam tak mari lah. Boleh tak aku tukar tajuk? Hihihi sorry ek?
Ada tak sesiapa perasan yang aku selalu membuat typing error yang berulang? Contohh yang paling kerap ialah bila aku nak taip 'aku', tapi yang aku taip sebenarnya ialah 'kau'. Biasanya berlaku bila aku chatting. Kalau yang dah biasa tu faham la kan. Kalo nak diikutkan, banyak lagi perkataan yang aku tertukar huruf dan berulang2. Aku akan cuba mengkaji sebab musababnya. Kalau dalam blog ni kekadang aku proofread dulu sebelum publish. So, kurang la salahnya. Tapi kalau angin malas tu, aku publish je terus. Harap2 tak mengelirukan la ek?
Ermmm itu je lah kot.
0 komen:
Post a Comment