Saspen sungguh! Aku ni antara pembaca blog seseorang yang merupakan seorang pegawai atasan di jabatan aku dulu. Tapi baca senyap2 je, tak pernah komen. Minggu lepas beliau kata, sedang memikirkan untuk menerima atau menolak tawaran kenaikan pangkat. Dan minggu ni pula, beliau sudah membuat keputusan untuk menerima tawaran itu dan bersedia untuk dihantar ke mana2. Yang aku saspen kan tu ialah, salah satu tempat yang dia katakan berkemungkinan dia akan dihantar ialah 'b@tu pahat'. Aiyokkk mungkin kah beliau bakal boss aku? Huuuuuu kebarangkalian 1/6 (kerana beliau menyenaraikan 6 kemungkinan tempat yang beliau akan dihantar bertugas). Bukan takde tempat lain, tapi, kalau dalam kementerian yang sama, mana lagi kalau bukan tempat aku ni?
Oh, aku takde masalah dengan beliau, cuma, mungkinkah blog aku akan terkantoi jua nanti. Kot la boss2 ni suka menggugel nama staf ke kan. Korang yang boss2 tu, suka tak gugel nama staf korang?
Monday, 29 March 2010
Saspen!
Hasil karya AyunasiA pada 9:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment