Sakitnya hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!
Malam tadik, seperti biasa ar, aku mengeset alarm kat henfon encik suami ke pukul 4.25am. Sebabnya, carik la sendiri. Dan selalunya aku terus je berbuat demikian, tanpa menyiasat sms inbox beliau. Tapi, betul lah kata orang, instinct seorang isteri ni memang kuat dalam hal ehwal mengesan keluarbiasaan. Dah tau tu pon, si suami masih tak geti2 jugak ek?
So, malam tadik, aku pon saje lah membuka inbox itu. Selalu jugak aku bukak hihihi, tapi takde apa2 yang mencurigakan. Cuma semalam, aku ternampak mesej lebih kurang cenggini:-
'Jangan lupa bawak tools ya?'
Agak2, aku membaca text tersebut dengan tonasi yang bagaimana? Kalau dia tak tulis 'ya?' tu, aku rasa, aku takde la kisah pon. Kalau tulis 'ek', ke, 'tau' ke, masih dikira sempoi lagi, kan? Tapi, ini, 'ya'. Penggunaan kosa kata adalah dititikberatkan di sini ya. Maka, aku memilih untuk membacanya dengan tonasi manja. Boleh? Tengok nama sender pulak, Anis UTiHM.
Kemudian, ada mesej ini pula:-
'Ok, saya dah balik rumah.'
Rumah? Apakah? Kalau rakan sekerja, mesti lah sebut tempat2 berkaitan opis, kan? Kalau sebut nama tempat pon, mesti lah, sama ada, bilik kuliah, library, cafe, dewan besar, masjid, pusat bahasa dll. Ini, rumah. Rumah? Tidak kah itu menggambarkan keintiman dalam konteks seorang rakan sekerja? Feh! Ko ni membesar2kan ar. Ok, apa tujuan dia menyampaikan kepada seorang suami itu bahawa dia sudah balik rumah? Untuk mengkomfemkan bahawa dia sudah selamat sampai? Caringnya suami itu?
Ok ok, sebenarnya aku faham, cuma, ya lah, pempuan kan, mesti lah aku curiga. Ko nak ajak suamiku datang rumah ko kah?
Seterusnya, mesej agak panjang. Aku pon dah lupa sebab semasa membacanya, amarah ku sudah naik ke kepalak. Lebih kurang cenggini:-
'Nanti saya beli tombol pintu siap2.'
Ke gitu lah lebih kurang. Pendek jer? Dia tulis panjang, tapi aku ingat tombol pintu je, so aku anggap dia nak balik rumah. Sebelum balik rumah, dia singgah kedai beli tombol. Dan bila sampai rumah, dia pesan supaya bawak tools supaya boleh digunakan untuk memasang/ menukar tombol itu. Aku baca mesej tu secara kronologi. Reverse psychology kekdahnya. Mana tak hangin, ek?
Ok, biasa lah tu, mintak tolong pasangkan tombol pintu. Kenapa nak marah? Ehhh kenapa mintak tolong? Buat je lah sendiri? Tukar tombol tu pakai logik je lah. Takyah tunggu dewasa atau berfikiran matang pon boleh buat la. Aku pernah tukar tombol opis kat uitm dulu. Sendiri. Tak perlu pon latihan atau pon pendidikan formal untuk melakukannya. Common sense. Ni lah akibatnya kalo masa wat projek kemahiran hidup dulu, suh mak atau bapak yang buat.
Seterusnya, kenapa mintak tolong suami ku? Berapa besar punya ito tu, takkan takde orang lain? Yang bujang, at least. Kalau pon suami orang, officemate pon boleh, apa? Ni, tah dia dari jabatan mana tah, tiba2 mintak tolong ngan orang fkee. Gajah depan mata tiadakah?
Ok, macamana dia boleh kenal encik hairul. Haaaaaaaa ni lah punca asal kejadian aku hangin tahap gaban. Aku rasa, kalau kawan fkee encik hairul yang mintak tolong tu, takde lah aku hangin sangat. Kira, boleh la nampak rasional nya sket kot. Kalau takde kena mengena dalam hidup ku, takde lah aku berasap. Tapi ni, siapakah anis itu? Jeng jeng jeng...
Ada pun anis itu ialah penyewa rumah mak cik gedik selepas kami. Kiranya selepas kami pindah, dia terus masuk rumah tu. Laaaaa ingat kan sedara mara makcik tu ke. Penyewa jer? Memang la dia penyewa je, tapi, hari ini dalam sejarah ada tercatat, semasa dia pindah dulu, dia ada mintak tolong pasangkan antenna astro kat rumah tu. Pada masa yang sama, dia juga memanggil makcik gedik itu datang sekali. Maka, berlaku lah pertembungan 2 mata antara mereka iaitu suami ku dan musuh ketat ku. Dah macam matchmaker la pulak kan. Pastu boleh pulak berlakon, eh, saya tak tau pon makcik tu nak datang jugak. Blah la lu. Dia dah tau kisah makcik gedik tu, tapi langsung tak bekerjasama.
Jadi, haruskah saya hepi dan gembira malam tadik? Menurut suspek, anis ni pindah rumah kat taman man1s dan mintak tolong sikit ngan dia. Tu pon dia gi ngan kawan, bukan sensorang. Selepas lebih setahun, kenapa cari suami saya? Cikgu kamal sebelah rumah tu kan ada? Wakjoe jiran selang serumah pon ada. Kenapa suami ku? Porkeeeeeeeeeee???
p/s setiap perkara yang berkaitan dengan rumah nombor 19 jalan 2 itu adalah mendatangkan trauma di batu jemala ku.
Tuesday, 2 March 2010
Luka Lama Berdarah Kembali (Overnya!)
Hasil karya AyunasiA pada 11:40 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 komen:
mcm csi ko siasat ek
aku pon biasa cek hp asben..tapi idak la selalu ..
tak niat pon nak siasat. ditmbh pulak dgn interpretasi yg salah, tu yg lain jadinya. marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
hi ayunasia,
tersenyum saya baca kronologi sms tersebut.
errrr..sesungguhnyaa saya adalah tidak pandai tukar tombol pintu..
really no idea how to do it. ha-ha.
so saya memahami org itu yg tak reti tukar tombol pintu.ihiks.
tapi saya juga berfikiran yang sama dgn awak, knp kah dia mencari en hairul juga untuk menolongnya. erhmm..mungkin dia tak mempunyai hubungan yg baik dgn jiran-jiran.
catz, seriously, sy pon tak pandai jugak mulanya. tp bila kite beli tombol tu kan ada manualnya sekali. follow je lah. tinggal kat diri sendiri je la, nak buat atau tak nak. unfortunately dia memilih untuk berkata, tak nak! huh
tq kerana di pihak 'kerajaan' hehehe
Post a Comment