Friday, 5 March 2010

Hati - Hati Di Lebuhraya

Terbantut idea aku nak sambung entry pasal ptd itu ari. Sebabnya, baru teringat, eh, suami id kan ptd kan? Huhuhu bahaya bahaya. Sorry ek id.

So, kiter cerita pasal benda lain la pulak. Ermmm apa ek?

Cerita pasal kawasan kemalangan. Masa balik dari putrajaya aritu, aku singgah kat senawang untuk menurunkan seorang kawan di sana. Sebelum keluar tol senawang tu dia cerita pasal kemalangan sekeluarga pengasas produk 'apa herbs' tah aritu. Ingat tak? Alaaa yang 7 beranak naik bmuu tu.

Berita yang aku dengar kat radio cakap, derang on the way nak balik melaka dari ipoh ke haper tah. Di awal pagi. Kete bmuu tu pon baru lagi katanya. Tentang kemalangan tu, kata kawan aku, berlaku sebelum exit senawang. Kira antara exit pd ngan senawang la.

Kalau saper2 perasan, jalan kat situ agak lebar. 5 lane kalo tak silap aku. Memang best la kan. Tapi, kalau saper juga perasan, jalan tu juga tiada lorong kecemasan. Lane paling kiri tu mati gitu jer. Ada la divider kecik co'et.

Kisah citer nya, semasa kejadian, ada sebuah lori (rosak kot) sedang park kat lane paling kiri tu. Dan mungkin la juga driver tu dah ngantuk, dia tak sempat nak potong lori tu. Mungkin lori tu pon baru je berenti. So, dia pon langgar la lori itu.

Jadi, kesimpulannya, berhati2 ketika melalui jalan itu. Lagi pon ada macam selekoh kat situ, kan. Jalan2 lain pon hati2 juga lah yea.


2 komen:

Acik Erna said...

alahai ayu..akak hari2 pi kerja lalu highway tu..risau juga..moga2 sentiasa selamat perjalanan akak ye..

AyunasiA said...

mulai skrg kena lebihkan hati2, insya Allah slmt.