Tuesday, 16 March 2010

Jagung Besar?

Tajuk tak pape. Takde hint langsung.

Pernah dengar tak satu kisah ni? Ok ok, lenkali aku takkan mulakan entry dengan pertanyaan. Aku ni dah terpengaruh ngan kekdah PBL si fendi ni agaknya hehehe. Jangan mare. Tah, aku dengar citer ni kat mana ek? Dalam blog seseorang ker? Macam teringat2, tapi tak dapat cerita penuh la. Macam bayang2 gitu. Tengok la nanti, kalau entry ni sampai ke penutup, maknanya ingat la tu. Kalau macam tergantung tu, sila la cari buku cerita sendiri, atau, buat la penutup sendiri.

Kisahnya begini...

Pada suatu hari, ada seseorang ini bertanya, kenapa ek, aku ni tak jumpa2 ngan jodoh aku. Nak kata tak hensem, hensem sangat. Nak kata tak lawa, cun gila. Erkkk tu bukan cerita yang aku dengar. Tah apa2 yang aku tokok tambah ni tah.

Gini pada suatu hari, orang tu bertanya, kenapa dia tak jumpa jodoh? Gitu la lebih kurang. Pastu saper tah yang ditanya ni pon cakap. Cuba ko pegi masuk ke ladang jagung ni, nak bawakan pada ku jagung yang paling besar sekali. Okeh, mamat ni pon pergi.

Memula dia jumpa sebijik jagung ni. Besar, luar biasa dari jagung biasa. Tapi, baru dia nak ambik, hatinya berkata, kot2 kat depan ni ada yang lagi besar. Lalu dia pon tak jadik ambik jagung tuh dan meneruskan pencarian. Kemudian, dia terjumpa lagi jagung yang lebih besar dari yang tadik tu. Dia pon hepi. Wow! Sibbaik aku tak jadik ambik yang tu tadik dan ingin membawa pulang jagung yang ini. Tiba2, hati kecilnya berkata lagi, ops, nanti dulu. Tah2 kat depan tu ada lagi jagung yang lagi busat. Maka, dia pon berlalu meninggalkan jagung yang kedua besar itu. Sampai lah dia tiba di hujung ladang dan tak bertemu dengan jagung yang lebih besar dari yang kedua tadik. (rasanya ada banyak lagi yang dia jumpa, tapi nak dipendekkan cerita). Dia pon dah penat dan kembali kepada orang tadi tanpa membawa apa2. Lalu orang tu pon cakap. Itu lah jodoh. Ko cari, bertemu ngan seseorang, tetapi ko rasa ada yang lebih baik bla bla bla simpulkan sendiri.

Abis tu, cemana? Maka, dalam mencari jodoh, bukan kita tak boleh memilih, tapi, selagi kita mencari yang terbaik, kita takkan bertemu kerana tiada manusia yang sempurna. Just stop. Macam tahan bas. Berhenti, naik dan teruskan perjalanan. Tapi tengok2la jugak bas tu ada ekon ke tak hehehe.

Erkkk betul ker cerita ni tah? Macam pelik je ending nyer? Bas? Ewww macam tak berilmiah je ending dia? Lantak la.

p/s harap2 pembaca akan membaca cerita ini dengan hati terbuka. i didn't mean it.

0 komen: