Bukan mudah menggapai bintang di angkasa uyeahhh... Ewahhh... nak jugak bagitau yang aku mengikuti perkembangan semasa kan. Musim af yang terbaru sudah tiba. Siapa pilihan anda? Setakat ini, aku pilih yang nyanyi lagu faizal taher tu. Walau pun dia nyanyi tak sampai, suara dia ada sesuatuh. Macam akim ar last season.
Dan, bukan mudah juga menjadi blogger di arus perdana (mainstream?). Lebih mudah berada di bawah tanah (bukan 6 kaki), 'private' atau pon 'open to invited reader'. Baru2 ni, aku tertarik dengan konsep blogging secara terbuka, tetapi disable kan comment. Macam tu lebih mirip kepada konsep diari anak dara yang disimpan bawah bantal. Sorok2, tapi tak kisah kalau mak terbaca ketika mengemaskan katil, kerana boleh menyampaikan hasrat di hati tanpa memberitahu terus kepada emak. Bak kata ida nerina dalam filem sepet, that's the way she telling me without telling me la. Gitu. Alaaa part yang ida nerina bagitau laki dia pasal boifren si oked tu budak ciner, scene di atas ranjang tu.
Kenapa aku cakap cenggitu? Kenapa nak susah2? Ko sendiri yang menulis, ko sendiri la yang tanggung. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Abis tu, kalau aku tak buat rumah tu, tak berkembang la rangkaian sosial ku.
No lah, bukan masalah 'ada' blog tu, tetapi lebih kepada kawalan penulisan. Bukan senang nak menapis idea2 yang keluar dari benak fikiran kita. Nak pakai tapis halus ke, tapis kasar? Kalau pon dh ditapis, bila dah nama nya blog terbuka, sesiapa pon orang baru boleh muncul dan membaca. Yang tu kita salah kan dia lah, kan? Saper suh baca hihihi. Balik2 nak cari salah orang.
Tapi, kalau aku tak kenal blogger tu, aku tak kisah pon apa yang ditulisnya. Kalo suka, komen, kalo tak, just lupakan. Saper suruh ko baca blog orang? Aku suka je baca apa2 blog pon. Seronok gak menonton pelbagai ragam manusia. Boleh jugak dijadikan bahan gossip hihihi. Cuma kekadang tu, timbul juga persoalan di hati, orang ni takde benda lain ke nak tulis? Eh, sukati dialah kan? Blog dia? Sama ar jugak ngan aku. Sukati aku lah nak tulis apa pon. Ehehe tak tau apa motif aku ni. Nak cakap orang, tapi diri sendiri pon tak betul hihihi. Eh, sukati aku la, blog aku ngengehngeh.
Okeh, sebelum aku dibakar dan dibom dek korang blogger2 yang berhemat, baik la aku stop sekarang. Sebenarnya just nak bagitau yang aku dah berjaya mengamalkan blogging secara sihat iaitu, tidak mengkayakan orang yang semakin kaya sedangkan earning sendiri cuma naik rm1 sahaja untuk tempoh 1 bulan yang lalu hahaha. Tipah tertipu!!!
Tips blogging secara sihat, baca blog tersebut seminggu/sebulan sekali je secara marathon. Jadi, nanang akan kira sekali je hihihi. Tapi, jangan risau ek kawan2. Blogger2 yang baik hati dan mempunyai isi dan isu berilmiah aku akan bukak hari2 setiap jam. Biar korang kaya sikit. Blog2 takde pekdah dan yang niat blogging untuk menjana pendapatan je yang aku buat cenggitu. Tapi tetap baca jugak hihihi. Saje. Hidup kalo asik hepi je, bosan jugak. Ada dengki iri hati sikit2 baru best hehehe. Sila jangan ikut.
Thursday, 18 March 2010
Blogging Secara Sihat
Hasil karya AyunasiA pada 12:45 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
tak tahu nak cakap apa ;p
saya ni biasa-biasa saja. saya tak benarkan anonymous komen, sebab anon ni suka mencarut dan mengata-ngata, saiko kot.... :(
aku pon sama weh...
skrg ni blog2 popular aku masuk seminggu sekali..atau 3 hari sekali jer...kadang2 tu aku rasa mcm ko rasa..ntah apa2 la tulis..cewahhh mcm la aku ni pekdah sgt tulis..aku pom merapu gak ..
tp tu la..smpai satu tahap aku dah bosan baca smpai aku tutup ..agaknya korang pon mesti boring baca aku tulis gak ehhe..
mak su: setakat ni tak pernah lagi anon wat hal. maybe yang masuk pon bangsa berhemah jugak mcm tuannya hihi. syukur, dpt reader yg memahami seperti mak su, contohnya. ;)
ana: mana boleh org wat entry meracau senang2 je kaye? tak adil! kite mesti membanteras gejala ini! ceh! tp xpe, hero selalu mati lambat. (ada kaitan ke?)
Post a Comment