Tuesday, 2 March 2010

Yasinan

Sabtu malam tu jugak, kak uni balik bawak ikan patin. Lalu, apa lagi, berpatin tempoyak ler jawabnya. Nyum nyum enak sekali.

Hari Ahad, takde aktiviti. Lepak je. Malam, lepas raja lawak, aku balik semencu plak. Adehhh dah mula wat preparation ker? Tengah2 malam tu jugak aku menblend cili. Bersungguh2 sekali nak beryasinan ek.

Jadi, hari isnin tu, pulun ler memasak. Aku ke mana, nota ptk ke mana. Hancus timetable ku.

Tak ramai sangat yang datang. Kenduri zaman sekarang, anak2 dah besar, mak2 dah banyak urusan lain.

Banyak nyer beg. Ni beg yang dikumpul oleh mil tau. Tengok la tu, berapa banyak dah orang kawen hehe.

Cantik. Aku suka warna warni.

Menu; nasi putih, ayam masak merah, rendang, lemak pisang muda, sayur goreng, rojak timun nenas, rendang daging dan pulut kuning.

First time buat secara buffet nih. Kuih muih sikit punya banyak ke. Kalo sorang datang bawak sejenis, seploh orang, tak seploh jenis?

Hari selasa, masa untuk balik semula. Mula2 ngah balik kontan. Diikuti dengan kami dan in. Macam jauh je ek? Walopon dekat, kalo baju lom iron, tetap ku rasakan jauh huhuhu.

Sebelum balik, singgah kota dulu. Aihh tak sah la balik kota kalo tak pegi kedai kemboja kan. Dapat la sambar 2 lai kain. Ni ada kang jadik baju raya tahun ni. Bila nak jahit tah. Masa kat kedai kemboja, aku peratikan ada sorang pempuan ni ngan mak dia. Memula kat satu kedai ni, dia beli selai. Aku tengok kain yang dia beli. Dalam hati ku berkata, oh, cantik itu subjektif. Cantik di mata dia, tak cantik di mata aku. Pastu dia pegi kedai sebelah, terus dia tanya ngan tokei, yang ni 30 dapat tak? (sama dengan rege kain yang dia beli tadi). Pastu mak dia cakap, tanya lah dulu berapa harganya. Main cakap je. Tapi memang betul pon. Tah2 kain tu regenya 20 hengget je, kan? Kalo aku jadi tokei tu, aku pon suka dapat customer cenggitu hihihi. Terus aku cakap kain tu rm40. Nampak gaya macam dia nak cepat dan ingin membeli secara banyak.

Tips tawar menawar :

  1. Tanya harga
  2. Mintak kurang.
  3. Selepas dia bagi harga diskaun, mintak kurang lagi.
  4. Selepas dia bagi diskaun, mintak kurang lagi. Ulang langkah ini sampai tokei tu halau hahaha.
  5. Baru mintak rege yang kita nak.
Jangan skip langkah 2-4 kerana anda akan rugi.


0 komen: