Aku ni, kalau bab makan, memang lah cepat terpengaruh ngan blogger. Tah kalo blogger tu, perasan la kot bila aku makan something selepas dia blog pasal makanan tu. Sebabnya, aku tak berapa berani mencuba makanan2 baru. Takut tak sedap. Macam spring potato, tako tao dll tu, semuanya berasal usul dari blog juga. Aku pernah tengok benda tu. Pernah tengok kawan2 makan, tapi selagi takde report dari blogger, macam tak sah kesedapannya. Mungkin sebab aku percaya kat lidah blogger2 kot hihihi.
Petang semalam, sampai2 je rumah, aku terus kuarkan ayam. Niat nak masak ayam masak merah. Ceh! Pandai ker? Sambil2 menunggu ayam tu defrost, aku lepak kat dapur sambil memasak di 'dapur nombor 2' hihihi. Tak lama tu, encik suami balik bawak rangka. Oh, aku tak pernah bagitau ek? Aku sukaaa sangat makan rangka. Tu pasal la agaknya badan pon tinggal rangka je hihihi. Dulu aku suka makan megi sup tulang. Orang cakap, patut la kurus macam tulang. Maka, berangka ayam la kami petang semalam. Best2.
Abis tu, masak ayam masak merah tak? Tak jadi ler hehehe. Nak makan bubur ayam tak? Kedainya bukak. Nak nak nak! Sebenarnya hari jumaat yang pil datang tu aku dah menyuarakan hasrat nak makan bubur ayam, tapi tak dapat. Alahaiii ingat lagi dia rupanya.
So, lepas maghrib tu kami keluar. Erkkk macam lum lapar lagi. Apa kata kita tapau je? Orait. Sesampai di kedai bubur ayam, nampak stall burger bukak pulak. Dah lama stall tu tutup sejak kedai bubur tu diubah suai. Aku pon, apa lagi, nak berger oblong! Tq catz kerana menginduce keinginan ku untuk menerai berger ini. Jadi, beli bubur ayam 1, berger oblong 1.
Ini lah berger oblong yang dibungkus dengan aluminium foil. Sos nya sedappppppppppppppp. Tapi semakin lama semakin pedas. Phew! Berdesing telinga aku. Tak kisah lah pedas pon. Yang penting enak.
Tuesday, 9 March 2010
Oblong (Bujur)
Hasil karya AyunasiA pada 2:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 komen:
Menarik nyer tgk bubur tu...nnt datang sana nak rasa
dtg2. eh, minggu depan la cuti sekolah.
salam ziarah. maksu cuma tahu burger mekdi jer, yang prosperity. ada gaks burger oblong ni ek.... maksu ni tak biasa beli burger kat luar, sebab sebenarnya tak suka mayonis. pelik kan.. hehehe
ayu..buat akak pun teringin nak makan..
salam maksu, sy lepas gian prosperity lah ni. sibbaik sng nak dpt. tak suka mayo leh mintak dia jgn letak mayo hehe.
kak er, dah berapa byk list benda teringin nih? hehehe. gi ar cari di kedai2 berhampiran anda.
jomlah join blog kite...ade giveaway dari saye... http://mybaby-farisha.blogspot.com/2010/03/sticky-mode-giveaway-birthday-present.html
burgerrrrr tuh mcm sedappppppp aje
mmg sedap akak azie. lagi sedap dari prosperity. kot. dah lupa rs prosperity cemana hehe.
Post a Comment