Wednesday, 3 March 2010

Saya Pon Cerdik Jugak, Apa?

Ingat lagi, bila aku membangkitkan persoalan tentang cuaca? Dalam berita, salu cakap, kalau hujan ribut tu, cuaca buruk. Di tempat2 lain yang cerah tu, cuaca baik. Kan? Sekarang? Adakah berita cakap cuaca kita sekarang ni baik? Tengok je lah sendiri berita kat tv.

Apa la aku ni. Kekadang ada blogger yang tutup blog. Atau pon dia private kan blog dia. Aku dah susah hati. Terlupa pulak, ada cara untuk bukak blog yang dah tutup nih. Feh! Sibbaik aku cerdik hihihi. Saper cakap budak2 zaman sekarang ni cerdik2? Memang la betul, tapi, bukan budak zaman sekarang je la. Aku rasa, masa aku kecik2 pon mak aku cakap aku cerdik hehehe perasan! Kalau lah blog ni dah wujud pada tahun 80-an, mungkin sekarang ni aku dapat baca blog mak aku yang menceritakan tentang keletah ku yang comel dan cerdik itu. Macam eklan 'burung apa? murai' tu. Kan mak dia tulis diari kan? Tapi, mak aku takde la pulak tulis diari.

Tapi, masa kat rumah nenek dulu, aku pernah baca surat. Surat abah kepada emak. Kenapa nenek yang simpan ek? Dalam surat tu, abah cakap, dia tak dapat balik, jadi dia kirim duit untuk persiapan hari raya haji. Masa tu abah keje kat pontian. Pastu ada sedikit pesanan untuk abang tp ke abang epet tah, jangan main pasir hihihi. So sweet oh. Jap! Tapi abah pakai kata ganti nama diri kekanda-adinda kah? Tak ingat la pulak. Tapi kalau ikut rekod selepas2 tu, kalau tulis surat pada kak uni, abang tp dan abang epet, abah guna ayahanda-anakanda. Tiba turn aku masuk asrama, dah takde dah surat2. Dah ada tefon kat rumah.

Erkkk apa kaitannya neh? Aku pon dah lupa apa yang aku nak tulis sebenarnya. Oooh pasal aku yang cerdik. Hahaha nak muntah lak aku baca ayat2 riak takabbur dan bongkak cenggini. Dah lah baru makan ayam masak kari bungol yang sedap. I warning u, kalau tak sanggup baca sila keluar sekarang. Now!!! Kalau blog orang lain ni memang aku dah delete terus dari follower list hihihi. Dah lah earning nanang tak bergerak2 sejak sebulan yang lalu. Berani ko menjolok sarang tebuan eh.

Ye lah kan? Sekarang ni, tengok, ramai sangat anak yang dapat nombor 1. Dah macam tak special dah. Nombor 1 tu dah tak hebat lagi dah. Bila upsr pulak, ramai sangat dapat 5A. Kata orang, kualiti yang banyak A ni takde lah bagus sangat. Ada la yang baik, kang kecik ati plak korang yang anak pandai2 tu kan hiks. Tapi, kalau dah banyak sangat, dah tak sweet lagi dah. Memang la pihak sekolah hepi giler sebab 100% dapat 5A, tapi, lu pikir la sendiri.

Cuba kalau sorang dua jek yang dapat 8A pmr. Bangga siot. Bangga la sebab lebih hebat dari orang lain. Kalau semua 8A, semua orang sama je lah. Umpamanya, hari semalam, sama je dengan hari ini. Tapi kalau tak ramai tu, kemanisannya macam hari ini lebih baik dari semalam. Hahaha analogi jenis apa tah ni. Hentam je la.

Macam zaman aku, aku pmr kali kedua. Maksudnya baru tahun kedua pmr diperkenalkan. Tahun pertama, pencapaian terbaik sekolah tu cuma 6A. Masuk tahun kedua, masih takde 8A (hihi cover nampak?). Tahun ketiga kot baru ada 8A. Tapi sebelum nak tahun ketiga tu, yang tahun kedua tu dah cukup kembang2 dah sebab lebih baik dari tahun lepas hahaha. Haaaaa kan ke sweet tuh? Pakwe pon berebut2 nak jadikan awek hahaha. Opsss tipu tipu dan perasan. Yang tahun ketiga tu lagi la toksah cakap dia punya kembang. Pertama kali 8A dalam rekod sekolah. Huhhh saya sangat bangga dengan kamu lah!

Pastu, bila dah dewasa, jumpa kawan2 lama, kita akan diingati sebagai budak pandai suatu ketika dulu. Kalau gi beraya umah kawan, nak kenalkan kat mak, contohnya,

'Kawan kamu ke ni? Kenapa mak tak kenal? Anak siapa?'

'Alaaa mak. Ni lah budak yang dulu salu dapat nombor 1 tu mak. Memang la mak tak kenal. Dulu dia masuk asrama, memang la takde buat ulangkaji masa spm kat rumah kita.' (tak sebut pun nama kita. apalah ada pada nama)

Contoh, kata ku. Tapi, memang ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati hihi. Jadi, tak ke kembang jadiknya bila orang mengingati kiter dengan perkara yang sebaik itu? Takde lah pulak orang cakap, ni lah budak yang dulu selalu dapat nombor 15 daripada 35 orang ke kan? yang penting nombor 1 dan selalu (=maintain). Nombor corot pon orang ingat kot huhuhu. Apa berlaku di sekolah berasrama penuh itu, tak perlu diketahui. Kisah kita fail bahasa melayu dan tertido semasa exam di tingkatan 4 serta kisah kita fail sejarah dan kimia semasa tingkatan 5, simpan sorang2 je lah hahaha. Bab tu boleh salahkan boifren yea. Mengganggu emosi calon spm.

Kesimpulannya, aku rasa, aku juga cerdik, pada zaman aku. Dan cerdik anak2 zaman sekarang takde bezanya. Ianya in proportion with peredaran zaman ini juga. Kira kalau pecahan 1/2 sama dengan 5/10, gitu lah. Nakkk juga dimatematikkan.

p/s maaf jika ada yang tersinggung.

0 komen: