Monday, 1 March 2010

4 Hari Itu



Sepanjang 2 minggu yang lepas, aku memperlahankan aktiviti blogging ku. Bermula dari 7hb lagi, otak ku mula berserabut. Semuanya gara2 4 hari itu. Sayang semuanya sudah terlambat, application aku yang tahun lepas telah di bring forward kan terus ke tahun ini. Akibatnya, belum sempat aku mempostpone kan tarikh, aku terus terpilih untuk sesi pertama untuk tahun ini. Dan aku baru tahu 2 minggu sebelum kejadian. Adoiii mana sempat nak mengulangkaji? Bukan setakat exam je, ada komponen2 lain lagi yang nak kena disediakan sebelum tu. Haru biru. Menyesal pun tak guna. Padan muka. Saper suruh mintak kalau tau belum bersedia.

Tapi, kata kawan ku, kalau ko tak ambik sekarang, akan datang ambik pon, ko tetap study last minute jugak, kan? Ehehehe betul jugak tu. Baik aku ambik cecepat, pasnih dah takyah pikir lagi. Kalau lulus la kan. Kalau tak, tetap kena ulang jugak. Tapi, dengan improvement sekarang ni, exam cuma 50% je. Selebihnya, banyak lagi kekdah yang aku boleh menonjolkan diri. Macam simulation mengajar contohnya, memang makanan aku. So, dapat lah aku keyakinan yang lebih sikit.

Jadi, bermula 8hb, aku pon mengadap nota2 itu. Kalau selalu, tengahari je, aku mengupdate blog. Minggu tu, tidak. Farm dan cafe pon aku stopkan productionnya hihi. Kira kalo buat benda lain tu terus rasa bersalah la. Kalau boleh takmo masuk kelas mengajar. Takut lari fokus. Macam nak pekse spm pulak aku rasa. Sikit punya pulun ker. Aku letak sasaran tertinggi. Kalau setakat nak lulus je, nanti aku buat sambil lewa jek. Tak tercapai takpe, asalkan dah berusaha. Dan, takmo lah juga, tak usaha langsung, serah pada nasib dan 'kuota'. Wehhh pitikey sekarang bukan macam dulu la. Siapa penilai pon kita tak tau. Sekarang punya, kita ada direct contact dengan penilai. Dah macam gelanggang raja lawak lak aku rasa. Siap ada komen juri lagi tau. Ikut rekod sesi pertama tahun lepas, semua lulus. Cuma susah la nak 4-4.

Sebab itu lah aku cancel plan nak bergathering ngan kawan2 masa cuti CNY itu ari. Memang aku dah invite pon kat fb, tapi aku tarik balik. Sorry ler kengkawan ek. Next time eh?

Cerita pasal cuti cny tu, aku akan ceritakan dalam next entry. Now, aku nak cerita pasal 4 hari tu jek.

Petang ahad tu, lepas asar, aku pergi ke putrajaya, ke rumah kawan. Kami dah berjanji nak berkumpul di rumahnya. Seronok nya, dapat berkumpul camtu semula. Kali terakhir, kami berkumpul semasa induksi khusus di pd, hujung tahun 2008. Tu pon 3-4 hari je. Tak sama dengan 3 bulan kat cia5t. Masa tu lah yang paling best sekali. Sorang kawan ni cakap, aku tak ready sangat, tapi seronok nak datang sebab dapat jumpa kawan2 hihihi.

On the way, hujan lebat di area muar. Lebat sungguh. Pastu nampak eksiden di km 123.1 menghala ke selatan. Dengar kat era, 5 bijik kereta terlibat. Lorong kanan terganggu. Salah satu kereta tu berdiri 90 degree lagik. Fuiyoh!

Sampai rumah kawan, lebih kurang pukul 8pm. Angkat beg, terus keluar semula, jemput kawan lain kat masjid. Dia datang berdua, tak kenal lak yang lagi sorang tu. Pastu jemput sorang lagi dari sabah kat erl. Kendian baru gi makan. Aku makan kebab yang dibawa dari rumah. Kendian baru balik rumah semula. Tido lewat jugak, last minute study katanya. Takut nyerrr.

Esok pagi, pergi picc dalam kul 8.30 gitu. Memula register dan dengar taklimat. Kendian terus exam generik. Bersamaan dengan umum ler. 13 soalan, wajib jawab 1 daripada 3 soalan kewangan dan 3 lagi soalan selebihnya. Aku jawab 3-3 soalan kewangan dan 1 soalan lain. Dah, aku fokus kat kewangan yang lebih hehehe.

Settle exam, kami terus balik. Cari makan dulu. Yang aku tau, medan selera kat precint lapan je. So, tuju ke situ je lah. Abis, aku sempat keje situ 3 minggu jek. Tak sempat nak explore. Lesai makan, singgah kedai beli roti buat sarapan besok. Kendian, kami terus balik rumah. Study ker? Study nyer sikit, lebih nya tido.

Hari Selasa, pagi, exam fungsional pulak. Bersamaan dengan khusus ler. Ok lah jugak, takde lah susah sangat. Abis exam, lepak kat cafe je. Petang pulak, ada group discussion, generik jugak. 1 grup 10 orang. Grup aku sesi kedua. So, kena tunggu ler sesi pertama berbincang dulu. Pon, boleh lah tahan. Takde lah susah sangat. Topiknya, rahsia hehe. Dapat lah jugak, sorang bercakap 2-3 kali. Dalam discussion ni, ada 2 orang panel. Sorang orang jpa, sorang lagi orang kementerian. Dia beri masa 30 minit untuk kitorang berdiskas. Tapi takleh la huhahuha. Setiap saat, ada point ok. Behave la sikit.

Settle hari kedua, kira dah selesai la bab membaca menghafal dan mengingat segala. Feh! Lega. Malam tu, kawan aku yang dah lepas pitikey sesi yang lepas ni, bagi lah komen dan tips. Sibbaik la ko tak jadi panel. Strict giler hahaha. Hari rabu, grup aku sesi petang.

Petang selasa tu, tuan rumah ajak kuar ke pasar malam. Best jugak. Aku beli CKT yang tak sedap. Huh! Nyesal beli ngan pakcik tu. Lain kali, don't judge the ckt by the loghat of the seller.

Pagi rabu tu, kami tak pergi lah picc lagi. Pergi petang jek. Kali ni, presentation skt pulak. Masuk dalam komponen fungsional. Ermmm ok, good presentation katanya hehe. Aku? Macam nak pengsan pucat lesi menggigil lutut tu dia kata good? Mana la aku tak ketaq. Tiba turn aku, tetiba jer projector tu padam. Carik urusetia, tak jumpa. Last2 panel tu suh aku mulakan jer. Dia refer pada hardcopy jek. Aku lak, tengok kat laptop je lah. Adoiiiiii. Tengah aku rancak mempresent, datang budak teknikal tu on kan balik. Tah, aku rasa masa dia buat tu, aku macam diawang2an jek. Tak perasan pon. Yang penting aku nak cepat abiskan sebelum loceng berbunyi. Susah wooo ada time limit. Bila loceng 8 minit tu bunyi, banyak lagi tak cakap nih. Fuh! Sibbaik aku tak kenal panel tu. Tak ler ngeri sangat. Pernah jumpa, tapi tak pernah bekerja dengan.

Abis semua present, kami pon balik. Tinggal satu hari lagi. Esoknya, kami sesi pagi pulak. SimulaC mengajar. Aku dah prepare semua sebelum pegi. Tapi, dah last2 tu, ada gak pembetulan sesikit. Sibbaik bawak printer.

Hari terakhir, kami pergi awal sebab mula pon awal, 8.30. Pung pang pung pang, turn aku nombor 5. Tapi kena tunggu sampai abis sebab kena jadi 'pelakon pelajar'. Abis semua lebih kurang jam 1. Terus balik rumah, kemas rumah, makan dan angkat barang. Sebelum balik, singgah hantar kunci kat tuan rumah. Kendian terus balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 5.53pm. Macam balik keje je.

Selesai sudah pitikey ku. Harap2 lulus, lagi baik kalau cemerlang. Sekarang ni, tawakal saja. Doa2 lah semoga penanda kertas tu menanda kertas aku ketika sedang good mood. Tak gado ngan laki/bini hihihi. Dan semoga lembut hatinya nak memberi markah lebih kepada ku. Setakat lulus mungkin takde masalah kot. Namun nak dapat 4, bergantung kepada exam tu. Ermmm selamat maju jaya!

0 komen: