Friday 26 September 2014

Wayang dan Baju


Tuhan tolong lembutkan hati dia... lalala

Sebenarnya nak tulis omg!, tapi macam sesuatuh sangat. Apakah? Aku ada blog ke? Macam terlupa gitu kan... Kali terakhir ialah entry branding, kan? Saya rasa teruk! Sampai blogger dah ubah template photo upload pun aku baru perasan ni. Okeh, lupakan tentang itu.

Kalau aku lama menyepi tu, semestinya ada sesuatu berlaku lah tu kan. Dan sesuatu itu biasanya kelekaan terhadap sesuatu. Untuk kali ini, aku nak bagi alasan leka tengok wayang. Dan dan dan. Menjahit. Yeay!

Untuk kelekaan pertama tu, kira tak mengejutkan sangat lah kan. Tetiap hari pun aku tengok wayang kot. Maksud di sini movie kat pc ya, bukan wayang kat pawagam tu. Tapi biasa nya aku tengok movie ni secara bermusim. Contohnya untuk kali ni aku tengok citer2 yang abang tp list kan kat fb dia hihihi. Pastu berjangkit pulak bila teringat musim yang lepas aku tengok movie yang tersenarai dalam filem2 period yang mesti tonton. Dalam pada tu, drama minggu ini still berjalan seperti biasa. Meh, aku senaraikan movie2 dan drama2 yang sedang dan telah aku layan recently...

Untuk drama, aku tengah follow 3 buah. KUCI, MJATS dan ACA. Kucinero cinta tu dulu aku dah follow masa mula2. Pastu tengah jalan stop sebab rasa macam menyampah bila banyak sangat campur aduk bm bi dalam tu. Kalau scene jerico tu aku paham lah kan. Ni tuan syed sesama dia pun nak spikinglondon. Tapi lepas raya aritu, tetiba aku rasa macam nak tengok balik citer tu sebab macam dah kehabisan drama nak dilayan. Masa tu cuma ada citer rinduawak200% yang aku pun tak kosser nak layan. Terpaksa. Dari segi cerita, kuci tu agak lain la dari citer2 lain, tapi tak lah best sangat pun. Ke sebab aku rasa erenaziz macam TIBA2 sangat dalam citer tu. Watak tak sesuai dengan umur dan 'sado' tiba2 hihihi. Tah, macam watak tu tak sesuai lah untuk dia. Bila tengok citer tu aku mengharapkan citer tu best macam cinta jangan pergi. Tapi tak. Boo!

Maaf jika aku tak sempurna pulak sama macam citer2 adaptasi novel yang lain. Takde apa yang mengejutkan sangat pun. Cuma aku layan sebab fahrin hikhikhik. Eh, kenapa ketawa gedik pulak? Ok sekian.

Manakala citer astana cinta aleesa ni pulak aku saja2 tengok. Mungkin sebab tengok ada nazimothman kot. Aku rasa nazim ni pelakon yang bagus. Dan aku anggap dia macam beto versi hensem hahaha. Tah pape. Citer ni pulak memang bikin aku emo tak hengat. Eee tensen aku menengok citer ni. Tapi nak tengok jugak! Perasaannya macam citer ramadhan jangan pergi time bulan poser aritu lah. Dia buat watak jahat tu tahap extreme punya. Gerammm jer. Huh!

Abis bab drama. Bab movie pulak. Sebenarnya aku ada beberapa movie yang dah download tapi belum tengok sebelum ni. Jadi bila ditambah dengan movie list abang tp tu, lagi lah bertambah banyak. Ni aku baru jumpa list movie romantic comedy yang wajib tonton pulak. Saje carik pasal la tu kan. Okeh, movie ni aku senaraikan je lah ek. Macam banyak la pulak nak review satu persatu.

1. When harry met sally - ketinggalan keretapi tul, kan? skrip citer ni best lah. i like.
2. Sommersby - period movie. boleh tahan la.
3. Shawshank redemption - best nyer citer ni! kenapa dah lama baru aku tau?
4. A time to kill - pun best jugak tapi macam tak perlu jek watak sandrabullock tu huhuhu.
5. Becoming jane - period movie gak. jenis citer orang putih kaya banyak tanah dulu2. pastu pompuan miskin bercinta ngan orang kaya.
6. Chennai express - citer hindustan tiba2. dah lama tak tengok citer2 shahrukhkhan.
7. Children of heaven - citer iran kot ni? citer pasal kasut. best. simple jek.
8. Empire of the sun - citer zaman jepun kena bom atom.
9. Jane Eyre - period movie jugak. lebih kurang jek citer jane2 ni.
10. Jerry maguire - tomkurus muda belia masa ni.
11. Platoon - citer perang vietnam. aku cakap kat encik suami, ni citer sarjan hasan hahaha.
12. Sense and sensibility - citer pompuan miskin bercinta orang kaya gak, tapi ni kisah 2 beradik pompuan.
13. Sleepers - macam citer juvana! tapi lagi best la. eh, best lah citer ni!
14. The counterfeiters - citer pasal duit palsu zaman german dulu. banyak gak citer zaman german yang aku download. in purpose. tapi citer ni pun best.
15. The four feathers - citer perang omputih ngan sudan. eh, sudan? (macam ada kena mengena jek hihi). tapi bukan perang sudan yang baru ni. ni dulu2.
16. Om shanti om - citer shahrikhkhan jugak. best.

Eh, dah siap taip baru perasan, banyak nyer la hai. Kadang2 sehari aku tengok 2-3 movie. Dari siang bawak ke malam. Kata cuti tanpa gaji... hehehe.

Bab menjahit pulak, baru2 ni aku telah membeli mesin jahit tepi! Ini dia...

Happy betul bila dapat parcel, kan?

Cantik bersih tak calar tak karat pun lagi walau pun terpakai. Harga lebih kurang 15k yen. Dalam rm500 la gitu.

Encik marjuki ku versi overlock. Kiranya aku dah merasa dua2 jenis mesin untuk dua2 jenama juki dan brother la. Sebab kat mesia, mesin highspeed aku brand juki, mesin jahit tepi pulak brand brother. Kat sini terbalik kot pulak. Ekceli aku beli mesin ni melalui yahooauction. Best rupanya membida ni ek? Macam mengujakan gitu. Tapi bila menang la. Bila kalah, rasa menyampah huhu. Sebelum menang mesin ni, aku dah kalah beberapa mesin yang best2. Takde rezeki lah namanya tu kan. Dah rezeki aku dengan mesin jahit ni, maka dapat lah aku menang yang ini. Mula2 aku cari mesin yang 4 benang. Tapi selepas beberapa kali kalah, 3 benang pun 3 benang lah. Kat mesia pun aku beli yang 4 benang, tapi pasang 3 benang jek hahaha.

Bersama mesin ini, dia bagi jugak beberapa buku benang warna putih, hitam, dark blue dan grey. Yang putih tu dah habis pun. Bukan benang baru. Yang tak habis dia kasik free. Pastu dia kasik juga macam2 aksesori mesin jahit biasa. Tah apa2 aku pun tak tau nak guna. Yang best nya aku dapat gunting kain. Tajam. Selama ni aku pakai gunting yang dibeli di kedai 100yen jek hihi. Masalahnya cuma dia tak kasi manual. Mula2 aku main agak2 jek. Lebih kurang sama jer ngan mesin brother. Memang standard kot. Tapi pastu encik suami donlodkan manual kat tenet. Tapi nihonggo lak. Tengok gambo je lah. Macam standard jugak manual ni haha.

Beberapa tools dan jarum mesin.

Besttt!!!

Bobbin untuk mesin apa pun tak tau lah ni.

Dah setting siap2.

Sampai2, terus test. Elok jer. Leh jahit halus gak.

Dan ini adalah hasil jahitan ku baru2 ini...

Blender cover.

Breadmaker cover.

Mixer cover. Encik suami suh buat fridge cover jugak. Okiesss...

Beg kedua sepanjang kat jepun. Macam tak teruja nak menjahit beg. Tak tau nak guna kat mana haha.

Beg sekolah ciqami. Frozen uolsss. Aku pun ada beli kain ni semeter. Tapi tak tau nak buat apa lagi. Membazir betul, kan?

Beg2 bunjut untuk sekolah anak2 su. Dah siap gunting tinggal jahit jek.

Baju kurung baby nuha. Dia nak pakai time aqiqah kat mesia raya haji sok. Ropol 6 macam orang dewasa gak tu tau haha.

Jubah raya haji almira dan arissa. Aku rasa comel bila jahit baju budak. Boleh? 

Cantik tak blaus iols??? Dibuka untuk tempahan jugak tau. Design ni aku kasi nama kak uni lah yea 'ONNIE'. Yayu yang cadangkan hahaha. Cuma rasanya aku nak cantum kat tengah2 pinggang tu. Kalau tak macam mengepak sangat lipatan tu. Pakai brooch pon ok.

Aku ada satu baju macam ni, tapi leher dia jenis seksi kalau tak pakai tudung. Beli kat parkson. Mahal, kan blaus2 kat parkson? Ini design simple jek, so takde nama lagi hihi. Besok kalau aku re-design canggih sikit baru bagi nama, okeh?


Tutup mesin basuh pun ado uolsss. Guna kain yang buat payung. Zip keliling tu panjang kot.

Baju sejuk sempena dah masuk autumn ni. Takde lah bil letrik tinggi sangat kalau pakai baju ni time winter nanti.

Dan ada satu dress jubah aku buat untuk raya haji nanti. So, takleh tunjuk sekarang. Kat fb pun aku taruk gambo monochrome jek. Poyo betul.

Eh, diam tak diam, panjang jugak entry aku ni, kan? Stop di sini dulu lah. Nak tengok konsert af minggu kedua hahaha.

Wednesday 17 September 2014

Branding


Aisywarya: Nak tau tak, nilofa kan, dia bagi nama jubah2 dia dengan nama adik beradik dia tau. Bella, ameera, atisha.

Abhishek: Kalau macam tu, u taruk la nama jubah2 u dengan nama adik beradik jugak. Rosnita, Roslinda, Rosni. Norasiah pun taruk jugak.

Aisywarya: Ekekekekekekekek. Norasiah tu nama brand la. Kelakar jek... tak macam nama design pun. Tapi dulu2 zaman cite rosalinda, kain rosalinda glemer tau... Kain bunga besar2.

Abhishek: Bistu, dah nama adik beradik dia nama2 moden.

Aisywarya: Haaa kita taruk nama glemer derang la. Onnie, Nitta, Lynda kikiki.

Abhishek: Pastu untuk design kanak2, taruk nama anak2 sedara...

Aisywarya: A'ah kan. Alanis, Nurin, Nadhirah, Syasya, Memel ekekek. Alanis tu memang sesuai sangat dah.

Adeh... ni kalau dilayan makin mengarut la nanti.

Berangan kan free.





Wednesday 10 September 2014

Misi Menawan Puncak Fuji-san Bahagian III/III


Sedih je tengok muka tu, kan? Tengah penat tapi terpaksa beraksi cergas untuk meneruskan pendakian ke puncak jaya. Gemuruh jiwa semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa, gitu. Sepatutnya pakai lagu tu lah buat background video semalam, kan. Ada ke taruk lagu jiwang. Eh, benda tu kita buat la. Bila2 boleh tukar lagu. Ada sebabnya.

Okeh, sambungan misi pendakian pada hari kedua pulak. Selepas tersedar pukul 9.30 malam semalam, aku dah tak boleh tido semula. Golek ke kiri, golek ke kanan, tak lelap2. Tambah pulak memang boleh golek setempat je sebab kami tido dalam sleeping bag. Comel jek tengok sleeping bag tu berderet2.

Lebih kurang pukul 11.30 malam, encik suami pulak terbangun. Terus bagitau yang aku belum membuang sejak dari bawah lagi tadi. Sebenarnya boleh jer aku pergi toilet tu sendiri (memang pergi sendiri pun), tapi takut2 beliau tersedar dan tengok aku takde kang, panik pulak. Tapi memang takde rasa nak membuang sangat pun. Mungkin semua air yang ku minum bertukar kepada tenaga dan peluh kot. Lepas settle pengurusan peribadi, kami decided untuk meneruskan perjalanan. Sebab ada group yang tengah bersiap2 jugak. Maksudnya ini mungkin masa yang sesuai lah kot. Sebab guide mestilah tau bila masa yang yang terbaik, kan. So, kami pun kemas beg dan turun makan, seperti gambar di atas. Ekceli dia dah siap tapaukan makanan ni sejak malam tadi. Roll sushi dan tah sushi apa namanya tah yang berbalut macam tahu kering tu.

Oh, lupa nak citer pasal toilet kat atas gunung ni. Gambar lupa nak ambik. Sebab tak bawak henfon plak masuk jamban. Ok, tapi basically, toilet dia banyak jenis duduk. Tapi ada gak jenis cangkung. Dan toilet duduk tu takde flush. Tapi, dia ada sediakan satu hose pipe yang tajam dan deras giler airnya. Kira tak sesuai untuk cebok lah. Tujuan sebenarnya ialah untuk flush. Alaaa toilet dia jenis angkut kot. So pipe tu bertujuan untuk menolak supaya masuk ke dalam tangki je lah kot. Mujur aku takde rasa nak memberi kat atas tu. Sebab dah memberi kat bawah siap2. Ada hikmahnya sistem perkumuhan jenis usus panjang ni. Eh, tapi dengan adanya hose tersebut, maka ia memudahkan lah kita mengisi air ke dalam botol untuk beristinjak. Boleh jugak kalau nak beristinjak dengan hose tu, cuma... errr not recommended la. Cebok lah gaya biasa guna botol air mineral. Alah bisa tegal biasa.

Pastu nak masuk toilet tu kena bayar 200 yen. Bukan lah kena. Dia sebut sumbangan. Kebanyakan tempat dia sediakan tabung. Tapi ada satu tempat tu dia siap pasang gate yang pusing2 macam nak masuk stesen komuter tu. Bayar kat mesin baru boleh masuk. Tu kira wajib bayar lah kan. Tapi, benda ni common sense la kan. Sendiri mau ingat. Senang jek.

Oh ha! Lupa satu lagi. Semalam masa nak naik pun ada satu kaunter bayaran. Sebelum pergi ni aku ingat memang kena bayar untuk naik ni. Rupanya tak. Pun ala2 contribution jugak. Untuk memulihara alam la kiranya. Boleh je kalau nak menonong gi naik, tapi rasa macam tak best pulak. Kami pun bayar je lah. Mudah2an dikira sebagai ibadat.

Dapat button ni bila beri sumbangan 1000 yen.


Tangkap gambar dulu di hadapan hut. Nama hut kami ialah Hokuunso. Terletak 3200 meter dari paras laut. Sebenarnya masa naik tu tak ingat namanya. Cuma ingat lokasi dia je, 3200 meter. Sibbaik betul. Kot belum sampai takpe lagi. Tapi kalau terlepas? Menangis lah kau di situ, kenapa menangis di sini? 

Suhu sekarang 4 darjah celcius. Dah lupa sejuk winter macamana.

Mimpi apa tah malam tadi, tiba2 bergambar dengan mafla jdt ni pulak pepagi buta.



Exercise semula. Setakat ni belum ada rasa sakit apa2 lagi.

Moh kiter gi menyuluh!


Baki pendakian kali ini lebih kurang macam hujung2 tadi. Ada batu, tangga dan jalan berpasir. Tiba di stesen  9, kami berhenti rehat dan solat subuh. Rasa macam tak sempat nak subuh di atas puncak sana sebab manusia semakin ramai. Sebabnya tak jauh dari hut kami tu ada satu tempat pertemuan untuk yoshida trail dan subashiri trail. Kira adam stacy bergabung meletop lah ni. Tiba2 jadi crowded. Trail pulak sempit, so jammed lah jadinya. Perjalanan pun dah jadi 2-3 langkah, stop, 2-3 langkah stop. Lagi beberapa meter nak sampai di puncak, sinar fajar kian menyingsing, matahari dah menampakkan dirinya. Maknanya memang tak sempat lah nak tengok sunrise dari atas puncak. Maka, kami pun stop lah kat tepi batu. Ramai jugak yang melakukan yang sama. Moment tu memang tak dapat kat mana2 la. Rasa terharu pun ada. Sempat terlintas di fikiran aku, kalau lah matahari tak terbit dari arah situ pada waktu tu...

Dan bila matahari mula keluar dari celah2 awan, terdengarlah sorakan dari atas puncak sana. Tak jauh pun lagi, tapi memang tak sempat dah. Cepat sangat sunrise nya pun. Bih kurang pukul 5.03 pagi gitu. Itu pun sibbaik aku dah gerak pukul 1.30 pagi. Banyak sangat berenti kot. Siap ada sekali tu aku rasa macam nak pitam. Cecepat kunyah taberu sanso hehehe. Ok, maka tahu lah korang bahawa aku tak sempat sampai di puncak sebelum sunrise. Tapi satu kelebihan yoshida dan subashiri trail ni ialah ia menghadap matahari terbit. So, walau pun tak sempat sampai puncak, tapi masih dapat menikmati suasana itu sama seperti di puncak. Itu lah kelebihannya.

Terbit fajar. Tak tau lagi kat mana matahari akan muncul. Aku teka kat tempat yang macam terang sikit kat tengah hujung sana tu.

Macam saspen gitu.

Makin saspen bila makin terang.

Sesekali kabus melintas.

Kabur semula.

Ahhh jangan jangan! Jangan tak nampak matahari!

Ok, kembali clear.

Aku semakin yakin yang ia akan muncul di situ.

Nampak tak kenapa aku teka kat situ?

Selvie! Aku tetap nak guna selvie untuk ramai hahaha.

Awan ni macam orang main skateboard, kan? Ke snowboard?

Cantiknya awan2 cahaya2 itu! Subhanallah...


Akhirnya dia pun muncul. Salah sama sekali. Tapi sipi la. Nak jugak betul. Tak terpikir pulak dia akan muncul di celah awan. Ingat kat hujung sana.




Mula bercahaya.

Makin terang!

Makin!

Ada aku ambik video, tapi segan nak upload sebab macam over jakun sangat suara orang kat belakang tu hihihi. Siapalah tu kan.

Cahaya mula memancar.

Ok, surrender.

Selepas matahari naik sepenuhnya, baru lah kami meneruskan pendakian. Ramai yang terus turun agaknya lepas matahari terbit tu. Tengok dah tak banyak group kat atas tu.

Agak sukar nak tangkap gambar kat atas sebab angin kuat. 

Ini sengaja. Bukan salah teknik. 

Rasa macam putus asa nak mengibarkan jalur gemilang. Dah lah sejuk.

Boleh lah, janji ada. Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia!

Remote control pun tak memberi kerjasama nampaknya. Last2 pakai timer jek. Ini di mercu tanda The Summit of Mount Fuji. 

Hehehe.




Semoga berjaya dalam Piala Malaysia, JDT!


Eeee sibuk je orang tu tau!










Ekceli tak jauh dari sini ada satu torii gate yang menandakan puncak tertinggi of fujisan ni. Dalam 200 meter jer dari sini. Tapi kami tak naik lah ke sana sebab dah penat sesangat. Kawah gunung berapi pun kami tak pergi tengok dekat2. Ikutkan kalau rajin dan ada tenaga, kita boleh berjalan keliling summit ni untuk menikmati pemandangan dari semua sudut dan tengok suasana summit dari trail yang lain. 2 jam perjalanan untuk pusing tu. Tapi aku adalah dah tak kossser!

Sebelum turun, kita nikmati pemandangan awan dulu. Selalu atas flight jer boleh nampak pemandangan camni.



















Lepas berehat seketika, kami pun berjalan pulang. Semua orang cakap perjalanan balik lebih memenatkan. Ya, semua itu termasuk aku. Bukan setakat penat, tetapi juga menyakitkan. Kaki. Ibu jari kaki terutamanya. Time naik tak sakit pape pun. Tapi time turun, huihhh rasa nak bukak kasut! Pakkal takut batu2 tu tajam dan menyakitkan tapak kaki pula. Maka bertahan lah, walau pun kuku macam nak tercabut.

Mula2 jumpa jalan berpasir hitam camni. Takde batu2, so takde lah licin nak terpeleset ke hape. Cuma kaki akan terperosok dalam pasir je lah setiap kali.

Masih enjoy dengan perjalanan ini.

Cuma penat. Cuma. Tapi itulah. Yang paling.

Rasa tak nak balik jer. Penat tahu tak?????????????

Di mana semangat semalam? Yang nak sangat mendaki sampai ke puncak tu? Ya lah, semangat tu cuma semangat mendaki, bukan semangat menurun! huhuhu. Menyesal pun tak guna. Nak tak nak kena balik jugak. 

Bayangkan lah jalan yang sama zigzag zigzag macam takkan berakhir.

Kan best kalau boleh menggelongsor turun, kan?

Ini persimpangan subashiri trail. Encik kat information centre semalam beriya2 pesan, jangan tersalah masuk jalan ni. Menangis ko nanti. Jauh giler kot.

Never ok?

Permukaan jalan sudah bertukar. Tiada lagi pepasir nan halus. Kini tinggal bebatu yang kasar yang kalau terpijak je, mesti nak terjatuh. Kat sini lah ibu jari mula rasa sakit. Macam2 teknik dicuba. Berlari anak, berjalan zigzag, berjalan slow, berjalan undur. Tetapi damage have been done. Kuku kaki ku macam nak tercabut!!!

Bila terlalu curam, disediakan tangga macam ni. 

Masa ni dah tak peduli kaki sakit dah. Yang penting nak cepat sampai.

Air pulak dah habis terus. Lagi lah rasa macam nak berputus asa sangat. 

Genggam semangat.


Terpaksa juga turun guna tangga. Jalan curam macam 45 degree kot.






Rasa macam dah berjalan selama 7  jam. Tapi sebenarnya baru 4 jam. Kalau naik kete dari batu pahat dah boleh sampai tapah kot. 

Sedih pulak tengok gambar diri sendiri.

Ni namanya takde keje carik keje. Nak sangat panjat gunung fuji, kan???

Dah dekat tu, ada servis kuda ni. Tak tau berapa bayarannya. Tapi kat sini kami terjumpa sorang nihonjin yang menegur kami, are you indonesian? Wife dia orang indon. Dia sewa kuda ni, tapi bukan untuk wife dia hihihi. Wife dia lagi perkasa kot.

Besar giler kuda ni. Dah macam gajah.

Tetiba jumpa pokok2 senget kat sini. Pening eh?

Apakah puncanya?

Semasa kami berhenti rehat di simpang yang dah boleh jumpa orang naik, lalu seorang lelaki ni memberi salam. Sembang2, seorang profesor baru pencen dari hukm. Kalau sebut nama ramai kenal kot. Mendaki bersama anak lelaki beliau yang sedang masters di tokai uni. Anaknya dah kali ketiga panjat fujisan. Apa2 pun, salute lah kat prof tu. Masih gagah lagi naik dan turun.

Semasa kami hampir tiba di 5th station, tiba2 dari jauh ku lihat, macam kenalll jek. Bukan lah kenal, kenal. Tapi macam pernah jumpa je mamat ni. Rupanya dia ialah guide yang sama yang kami follow masa naik semalam. Dan dia sedang membawa sekumpulan lagi naik ke atas. Nampak tak apa yang cuba aku sampai kan??? Giler kentang mamat ni! Aku rasa kalau dia turun selepas sunrise tadi, paling cepat pun dia sampai bawah ni dalam pukul 10 pagi. Dia bawak group kan, ramai pompuan pulak tu, so mesti lah takkan laju2 punya. Dan waktu kami jumpa dia tu dalam pukul 1 gitu. Maknanya, berapa jam je dia sempat rehat?

Tapi dah memang pekerjaan dia, kan. Alah bisa tegal biasa. Tapi bagi aku tetap lah hebat giler kot!

Semalam kan aku memulakan perjalanan ketika kabus tebal dan tak nampak jalan kan. So, masa balik ni, banyak tempat yang aku rasa macam tak pernah lalu, tapi sebenarnya itu lah laluan aku semalam. Bila nampak je kelibat kereta kuda, terus aku rasa nak nangis. Sebak dan terharu. Aku dah sampai!!! Yahooo!!! Google!!! Netscape! Eh.

Dah sampai baru lah boleh kerek, apa kelasss naik kuda2 ni semua. Jalan kaki lah baru thrill! Thrill lah sangat.

Di hadapan information centre. Lupa nak ambik gambar semalam. 

Sekali lagi. Tapi kali ni dengan cop2 di atas kayu. Bukti.



Hasil stamp yang terkumpul.

Depan belakang penuh.

Tapi ini yang paling mahal, cop di summit. Bukanlah mahal, mahal. Tapi mahal.


Barulah boleh berbangga nak bergambar dengan awak, encik fuji.


Sampai di kereta, kami solat dan terus tidooo... zzzzzzzzzzzzzzzzz. Sampai tadi pukul 1.30 tengahari, bangun pukul 3 ke 4 tah, lupa pulak. Kemudian, baru lah kami pergi semula ke kedai2 tu untuk membeli buah tangan. Buah kaki dah dapat kat ibu jari dah hihuhihu.

Dapat hantar poskad kad mak abah dan diri sendiri. Tak lupa juga untuk my yang tak jadi panjat sama2 hukhukhuk. Sepatutnya hantar poskad ni dari summit sana, tapi post office kat atas tu dah ditutup untuk musim ini. Takpe lah, tak nampak sangat pun tulisan pada cop merah tu yang menyatakan nama post office 5th station tu, kan? Yang penting niatnya nak hantar dari sana haha. Cuma kat sini, tak panjat pun boleh je hantar poskad. Tapi orang tau lah ko panjat ke tak, kannn...

Hari isnin dah sampai poskad ni di rumah ku. Murah je poskad ni, 160 yen sekeping. Setem ke jepun 52 yen, ke luar negara 70 yen. 


Last sekali, beli fridge magnet ngan key chain. Aku memang beli untuk diri sendiri je haha.

Sekali lagi sebelum balik.

Sayounara Fuji-san!

Kemudian, kami pun turun ke pekan kawaguchi untuk mencari makan. Sampai di kedai makan pun dah masuk maghrib. Makan kat kedai india. Alladin namanya. Lepas makan, kami pun terus balik. Tak jadi nak stay kat sana satu malam sebab penat sangat. Rasa rugi pulak kalau stay tapi tak jenjalan besoknya. Lenkali je lah kita datang lagi untuk jenjalan kat bawah ni.



Tiba2 on the way ke fujinomiya, tempat keluar highway tu, gps tunjuk jalan lain. Lebih dekat katanya. Jalan hutan. Pekat. Takde kenderaan yang berselisih. Macam jalan nitar-jemaluang. Ko rasa apa? Aku tahan nafas. Takut kot. Mujurlah akhirnya tiba juga di fujinomiya tu. Lepas keluar highway, kami sama2 sangap. Jumpa rnr, terus berenti dan tidooo lagi. Dari pukul 8.30 sampai pukul 12 malam kot. Tido betul. Pastu baru lah terus balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 2.30 pagi. Alhamdulillah.

Maka tamat lah kisah misi menawan puncak gunung fuji kita pada kali ini. Sekali ni je lah aku panjat ko fuji! Melainkan dah ada servis helikopter bawak orang turun, baru lah aku pikir nak panjat lagi. Selagi tak, memang tak arrr aku panjat lagi. Apa2 pun, aku seronok lah dengan aktiviti ni. Tengkiu encik suami kerana bersabar dengan semuanya. Semuanya lah! Ingat tau, puncak himalaya pun ku ikut kamu hehehe...

Ini pemandangan di tepi tasik kawaguchi, di tengah pekan kawaguchi.

Sambungan video semalam...