Monday, 8 September 2014

Misi Menawan Puncak Fuji-san Bahagian I/III



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, satu daripada beberapa impian aku di bumi Jepun ini telah menjadi kenyataan. Mungkin boleh dikatakan impian ini merupakan yang memerlukan fizikal dan mental yang paling tinggi kot. Fizikal tu memang tak boleh nak buat apa sangat lah kan. Dah aku ni memang bukan jenis atlit ke haper pun kan. Dengan kata lain, jenis lembik la kiranya. Tapi, dalam lembik2 aku ni, aku suka panjat memanjat ni. Walau pun gayat. Kira macam tenggiling la, geti panjat tak geti turun huhuhu. Tapi dari sudut mental, aku penuh semangat! Yakin boleh!

Sebelum bulan puasa aritu aku dah terdengar2 budak kohai nak pergi panjat gunung fuji ni, tapi aku buat tak tau jek. Memang ada plan nak pergi, tapi bukan lah dalam musim ini kot. Maknanya tahun2 depan pun boleh. Untuk makluman, aktiviti mendaki gunung fuji ni dibuka kepada umum pada musim panas sahaja, sekitar bulan 7 hingga 9 setiap tahun. Waktu2 lain salji akan meliputi permukaan puncak gunung seperti yang selalu kelihatan dalam gambar. 

Lepas raya aritu, budak kohai tadi tu dah pun selamat pergi dan pulang. Pun, aku masih takde perasaan nak pergi tahun ini. Tiba2 semasa cuti obon baru2 ini, kami ketandusan idea untuk pergi ke mana2. Padahal encik suami free selama seminggu tu. Kucing sibuk time tu, so boleh la tikus2 berkeliaran, kan. Tapi masa tu juga sedang berlakunya ribut taufan yang melanda beberapa tempat di jepun ini. Taufan bersama hujan. So, kalau nak jenjalan pun macam tak best jek. Masa tu lah datang seru nak memanjat gunung fuji ni. Asalnya kami ingat nak pergi tengok gunung fuji dari jauh je. Sekitar dia pun ada banyak tempat untuk dilawati. Tapi kalau nak tengok gunung fuji tu, baik pergi time dia pakai kopiah, kata orang. Maksudnya time ada salji kat atas dia. Nak lagi cantik, pergi time musim bunga. Apa ke hey nak pergi time panas2 cenggini? Gunung tu pun botak je. 

Konsep gunung fuji ni senang jek. Kalau nak tengok cantik, tengok dari jauh. Kalau pergi ke puncak dia, takde mende yang cantik pun. Sebab tu kita panjat dia time orang tak nak tengok pun dari jauh. Supaya kita yang dah berada di puncak ni tak lah terasa 'rugi'. Sebab orang kat bawah pun tengok dari jauh nampak yang tak cantik jugak. Errr faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni?

Satu lagi, aku belum pernah tengok fuji-san ni dari jauh, time dia pakai kopiah, dan cantik. Maksudnya, bila lepas ni aku tengok dari jauh, time dia pakai kopiah dan cantik, boleh lah aku berkata, di atas itu lah aku pernah berada pada suatu ketika dahulu. Dan bukannya, suatu hari nanti aku nak berada di atas itu. Mentaliti je tu tapi hehe.

Tujuan utama kami memanjat fuji-san ialah untuk melihat matahari terbit dari atas sana. Encik suami lah yang sibuk nak menyaksikan matahari terbit di atas puncak tertinggi negara matahari terbit kononnya. Kalau setakat nak tengok matahari terbit, tetiap hari pun dia terbit, kan. Itu pun selalu terlepas bila bangun dah tengahari ekekek.

Oh, tapi gunung fuji ni tidak lah tinggi mana. Cuma dia gunung tertinggi di jepun jer. Gunung kinabalu pun jauh lebih tinggi. Tapi ini bukan soal mana lebih tinggi ke haper. It's not about the destination. It's the journey, kata orang. Lain gunung lain cabarannya. In fact, gunung yang sama pun ada laluan yang berbeza untuk ke puncak, kan. Fuji-san ni pun ada 4 trail yang masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. 

Okeh, nak dijadikan cerita, pada suatu hari, waktu pergi ke book-off, aku dah terbeli sepasang kasut untuk climbing/hiking. Maksudnya? Dia lebih kurang macam ko bukak akaun tabung haji la kiranya. Dah pasang niat lah tu kan. Bila masa nak perginya tu, tak tau lah lagi kan. Kita merancang, Allah  swt yang tentukan. Ni pun kami tak merancang sangat. Cuma cakap nak pergi bulan 9. Tarikh pun tak decide sebab tak tau lagi jadual encik suami bulan tu. Tapi, sikit2 persiapan tu ada secara perlahan2. Selepas kasut aku, encik suami pulak beli kasut. Dengan satu set climbing stick. Dah tau dah, kat sana ada jual kayu panjang untuk mendaki yang boleh cop2 sekali. So, tinggal beli satu je lah nanti kayu tu.

Hujung bulan ogos, satu lagi grup dari meikodai pergi. Tengok gambar derang, bertambah semangat aku nak pergi. Padahal stamina tak sekuat mana ni. Tak sempat pun iyer jugak. 2 minggu jer aku training jogging dan panjat tangga depan rumah ni. Itu pun minggu pertama tu sekali je pastu stop sebab kaki sakit. Minggu kedua sambung balik, itu pun 2 kali jek. Alasannya suar senam aku ada 2 lai jek kikiki. Malas training pun ada hati nak mendaki gunung. 

34 anak tangga.

53 anak tangga. Siap kira tu.

Selain itu, aku terfikir juga, baik aku pergi tahun ni, sementara kami masih berdua. Kot ada rezeki besok bertiga berempat, memang tak akan lah aku sampai ke sana sampai bebila. Kalau pun takde apa2 komitmen, semangat tengah tinggi ni, baik pergi sekarang. Tahun depan umur dah bertambah, bukan semakin muda, kan.

1 September, encik suami balik dari lab trip dan dah dapat jadual bulan september. Besok tu jugak beliau pergi tempah tempat penginapan di atas gunung. Haaa bezanya kami dengan orang lain yang dah pergi ialah, kami nak pergi sendiri. Redah kasi pecah katanya. Sedangkan orang lain pergi dengan pakej agensi yang rata2 termasuk bas pergi balik. Kami plan nak pergi naik kete. Dan rata2 tak rekemen kekdah yang kami plan ini sebab nanti balik penat nak mati, tak larat dah nak drive balik, katanya. Kalau naik bas senang, naik bas terus tido. Tapi aku ada alasan yang lebih kukuh kenapa aku nak naik kete iaitu aku takmo rushing mengejar masa. Tau lah kan, kalau dia kata pukul 11 pagi bas dah nak bertolak balik, mestilah kena ada kat bas sebelum waktu tu kan. Ini jepun kot. 

Dan aku sedar diri yang aku tak mampu nak bergerak pantas, apatah lagi dalam keadaan mengetahui ada orang menanti kita. Tak best kot perasaan tu. Kalau nak kata balik nanti penat nak mati pun, boleh je kami tido, rehat2 dulu dalam kete sebelum balik tu. Tak larat sangat nak balik, tido lah hotel ke haper. Takde nak kejar apa2 pun. 

Satu lagi, mungkin lah derang risau kan kami yang tak geti cakap nihongo. Tapi aku rasa, selepas hampir setahun berada di sini, bahasa bukan lah masalah besar sekarang. Dan yang pastinya, pengalaman hidup banyak membantu. Kalau aku datang sini lepas spm, mungkin lah diorang perlu risau lebih. 

So, hari selasa tu kami dah booking hut dekat 8th station. Dan kami akan pergi besoknya!!! Aiyok! Cemas giler aku. Tiba2 rasa tak yakin pulak. Boleh ke aku? Aku mana pernah panjat gunung tinggi ni? Gunung ledang pun tak pernah, apatah lagi gunung kinabalu. Bukit soga pernah lah ekekek. Itu pun sampai tempat tinjau tu jer. Tapi terlajak perahu tak boleh undur dah. Kita redah je lah. 

Petang tu, kami pergi ke loft dekat sakae untuk membeli stokin. Kat kedai mont-bell. Rupanya banyak je kedai outdoor kat loft tu. Ooo tau lah sekarang kat mana nak cari stokin yang bukan sahaja sesuai untuk mendaki, tetapi juga sesuai untuk winter. Malam tu kami pergi cari headlamp lagi satu, pastu beli makan minum untuk bekalan. Beli jugak baju hujan. Oh, satu sebab kenapa aku terpaksa pergi secepat mungkin ialah sebab kaji cuaca cakap lusa tu akan hujan. Dan kebanyakan hut akan mula tutup operasi 15 september ini. So, memang besok tu lah tarikh paling sesuai sekali. 

Balik dari membeli tu dah pukul 2 pagi. Kul 4 pagi dah nak bangun ni. Acaner tu? 

Haih... panjang no intro ni. Kalau aku kata aku sambung dalam next entry, ada yang rasa nak hempuk aku tak? Lantakkan korang. Sukati aku lah, kan.

Bersambung lagi... babai!

0 komen: