Rabu, 3 September 2014
Pukul 4 pagi, aku bangun dan menyiapkan sarapan. Buat burger juga buat makan tengahari nanti. Pukul 5 pagi, kejut encik suami pula. Pung pang pung pang, tepat jam 6.30 pagi, kami pun meninggalkan rumah.
|
Dah terang benderang pun |
Perjalanan kami melalui lebuhraya Tomei dan Shin-Tomei. Keluar di Nagoya IC dekat2 nagakute, kemudian masuk highway shin-tomei, highway baru yang merupakan alternatif untuk ke tokyo. Melintasi kawasan hamamatsu, teringat kat seorang blogger 'hamamatsu now'. Aku baca blog tu sejak zaman anaknya sorang sampai lah sekarang dah 4 ke 5 orang tah. Dari dia dekat jepun, balik mesia, datang jepun balik dan dah balik mesia semula dah pun hahaha. Dekat jer dengan nagoya rupanya hamamatsu ni.
|
Highway ni agaknya yang aku lalui masa pergi petik epal tu ari. Sebab ladang epal tu kat Iida ni. |
Di shin-tomei, kami keluar kat exit fujinomiya. Ada dua jalan sebenarnya nak ke sana. Samada ikut fujinomiya ni atau gotenba. Bezanya fujinomiya ni akan ikut jalan biasa, manakala gotenba ni highway. Pepaham je lah kan. Kos nya dah tentu berbeza. Tapi ikut fujinomiya ni macam dekat sikit dan jalan pun tak banyak traffic light dan kenderaan takde yang lempun. Lori banyak, tapi semua jenis laju2 belaka. Kira pilihan yang tepat jugak lah ni.
Dari fujinomiya ni juga, akan jumpa tasik2 yang banyak orang ceritakan ada di sekeliling gunung fuji ni. Selain gua2 yang termasuk dalam pakej jalan2 di kawaguchi bagi yang ikut pakej jenjalan satu hari di situ. Next time aku ingat nak jenjalan kat 5 buah tasik ni. Yang penting sekali nak ke tasik motosuko sebab kat situ boleh nampak view fuji-san yang sama seperti yang terdapat di belakang duit 1000 yen. Dan tempat ni tak lah jauh dari gotenba. Dalam 30-40km kalau tak silap aku. So, boleh lah kalau nak wat trip flora dan fauna merangkap window shopping dekat outlet tuh huhuhu.
Tiba kat pekan kawaguchi tu, singgah sekejap kat yubinkyoku sebab nak keluarkan duit. Jepun ni macam ni lah. Booking hotel ke hape, takde mintak deposit pun. Dah sampai baru bayar kekdahnya. Kami booking semalam pun pakai sebut nama je.
Pastu kami terus menuju ke fuji-subaru line highway. Jalan nak ke 5th station. Jalan ni selalunya tak dibuka kepada kenderaan awam sepanjang musim mendaki ni. Bas je boleh. Tapi bermula 1 september dia dah buka pada semua. Maybe sebab dah nak hujung2 musim kot. Kalau time peak aritu dia bukak, harus lah jammed dan takde tempat parking. Kena bayar tol kat sini. 2060 yen jer untuk turun dan naik. Bayar sekali je masa naik.
Sebelum naik ke 5th station tu, kami berenti sekejap kat tepi tu untuk membuang apa yang patut.
|
Setiap step ada papan tanda. |
|
Keadaan jalan adalah agak landai. Tak rasa mendaki sangat pun. Dan takde selekoh2 maut. Masa balik, kami ada lalu kat satu permukaan jalan yang berirama. Bila kita lalu je, dia mengeluarkan bunyi macam lagu. Terkesima sekejap. |
|
Third step ni kat selekoh. Tiba2 je. Tu yang sempat tangkap gambar camni. |
|
Makin tinggi, pokok di tepi jalan pun bertukar kepada pokok2 pine. |
|
Dah semakin menghampiri, nampak banyak parking lot kat tepi jalan. Ramai juga yang menapak dari sini. Jauh tuuu... Masa kat sini ada guard tahan. Bila ada kosong parking kat atas baru dia lepaskan. Best! |
|
Tak banyak sangat parking lot kat atas ni, tapi boleh je tunggu, tak lama pun. Ramai yang naik kete ke sini untuk tangkap2 gambar, beli2 souvenir je. Bas pelancong pun banyak. Orang china la yang selalunya ramai melancong kat jepun ni. |
|
Takyah pening2 cari parking sebab dari tempat ditahan tadi dia dah allocatekan untuk kita sebenarnya. |
|
Kecik je area 5th station ni. Ada kedai2 dan sebuah hotel kalau tak silap. |
|
Kabus tebal, so tak dapat lah nampak apa2 kat bawah tu. |
|
Toilet ada jenis duduk dan cangkung. Air ada kat sinki jer. Itu pun dia suh stemet2 (first time tulis perkataan ni hihi). Aku memang bawak air dalam botol dari rumah. |
Lepas gi toilet, kami pergi pusat maklumat. Beriya datang redah je kan... tiba2 kang dia tak kasi naik, naya jek. Tapi tak. Bukan setakap boleh naik, pakcik tu siap terangkan step by step lagi. Dia pesan, setiap kali berhenti, pastikan minum air dan excercise sikit. Ramai orang tak buat ni. Banyak lah juga tips2 yang dia beri. Sebelum pergi, dia beri kami 2 batang stick yang orang buat cop2 tu. Yang kalau beli 900 yen sebatang tu. Memula ingat dia nak bagi pinjam. Sekali dia suh ambik jek. Tu pun orang yang tinggalkan kat situ. Dia simpan pun nak buat apa, katanya. Bagai orang ngantuk disorongkan bantal, kami terus lah ambik hihihi. Dah jimat 900 yen! Tapi kami bawak naik sebatang je lah. Sebatang lagi boleh la bagi kat saper2 yang nak naik lenkali hehe.
Pastu, kami pergi semula ke kereta, solat, makan dan bersiap2 nak mendaki Gunung Fuji! Kami bergerak dari kereta jam 12.30 tengahari.
|
Lepas mengumpul maklumat. |
|
Stretching tidak dilupa. |
|
I follow u! |
|
Tiba2 naik semula, dah tak nampak pape dah. |
|
Di hadapan post office. Sepatutnya kat summit pun ada post office, tapi dah tutup pulak sejak 20hb ogos aritu. Tak dapat lah hantar poskad dengan cop summit. |
|
Depan kedai souvenir. |
|
Are you ready??? |
|
Let it go! Eh, let's go! |
|
Bentuk sebelum naik. |
|
Kot lah turun besok dah bentuk lain ke kan. |
Sebelum memulakan pendakian, kami singgah di pusat maklumat sekali lagi untuk meminta bantuan. Climbing stick aku tu, tak boleh nak diextend. Dah melekat kot. Beli kat kedai chuko katakan. Puas dah kami pusingkan, takmo bergerak pun. Bagi kat orang kat situ, haaa... siap kuar spanar hidup playar bagai. Dengan tenaga 2 orang, akhirnya stick itu berjaya dipanjang pendekkan hehe.
|
Haaa kan dah panjang stick tu. Ni di pintu masuk fuji-subaru line trail. Ekceli nama sebenar trail ni ialah Yoshida trail dan trail ni bermula dari 1st step lagi. Oleh kerana kita naik dari 5th station yang terdapat fuji-subaru line highway tadi tu, so, dia bagi nama entrance ni dengan nama tu. Penting juga bab nama ni sebab time turun besok, tiba di satu tempat, kena ikut fuji-subaru line punya trail. Kot follow yoshida trail, maka sampai ke step 1 la ko menapak sambil menangis. |
|
Sementara ada selera nak posing. Balik besok dah komfem tak kossser dah nak posing2 camni dah. |
|
Serentak dengan kami, ada 2-3 group yang naik bersama guide. Kami pun menyelit la sekali ngan derang. Slow motion je group derang ni. Asik berenti jek. Asal berenti je, guide dia suh minum la, makan manisan la, pakai glove la, pakai baju itu lah ini lah. |
|
Tak banyak tumbuhan kat sini. |
|
Time gagah perkasa lagi. Siap boleh menyanyi2 lagik. |
|
Lebih kurang 30 minit kemudian, jumpa lah satu persimpangan yang dipanggil izumigataki. Tah, ada shrine ke ape tah kat sini. |
|
Memang tak nampak apa kat depan. Follow je lah jalan tu. |
|
Bagusnya, kita tak tau kat depan tu naik bukit tinggi ke apa. |
|
Pemandangan di kiri kanan. |
|
Laluan dari 5th station ke 6th station agak rata. Dari 6th ke 7th dah mula memanjat sikit2. |
|
Takde lah susah laluan nya. |
|
Tiba di 6th station. Takde mende kat sini. Toilet je. |
|
Rasanya kat sini ada mount guide centre kot. Lupa dah. |
|
Semua orang yang kami berselisih mengucapkan konnichiwa! So sweet... |
|
Kat mana tah ni. Masih di 6th station rasanya. |
|
Tanda2 dah sampai 7th station ialah bermulanya aktiviti mengecop stamp ni. Dan bermula adanya rumah penginapan. |
|
Satu stamp 300 yen. Oleh kerana kami dapat kayu tu free, dah jimat 3 stamp di situ. |
|
Kat setiap hut ada termometer camni. |
|
13 darjah celcius. |
|
Tensen aku bila tengok papan tanda ni. Dia tulis jarak dan masa untuk sampai ke summit. Tak nak tau boleh tak? |
|
Dari 7th ke 8th station, laluan semakin berliku. Banyak batu2. Tapi aku suka! Ala2 rock climbing gitu. |
|
Setiap hentian ada hut dan setiap hut ada stamp. Banyak kot. |
|
Dia stamp guna besi panas. |
|
Muka puas ati dapat stamp banyak2. Aku lak yang bising, membazir, membazir hihi. |
|
Asal jumpa hut je, berenti. Bilanya nak sampai? Rilek... tak lari gunung dikejar, kan... |
|
Petang hampir senja. Dah mula gelap. |
|
Kabus berlalu pergi. Dah boleh nampak jauh di hadapan. Jauhnya lagiii! |
|
Stamp lagi. |
|
Ada tempat yang dia tak bagi tangkap gambar. |
|
3.4km? 273 minit? Hergh!!! |
|
Uiii jauh dah perjalanan kita. Jauh lagi juga nak sampai huhuhu. |
|
Aku paling lemah bila jumpa tangga. Biar lah panjat batu pun, jangan panjat tangga. Tengok budak tu, cergas jek. |
|
Eh, dia dah potong kiter! |
|
Bapak budak tu masih di belakang. |
|
Ganbatte!!! |
|
Tetiba air aquarius tu jadi sedap sangat! Selalu sebelah mata pun tak pandang. |
|
Lega sesangat lah tu dapat minum. |
|
Dah sampai toyokan. Salah sebuah hut yang famous di kalangan pendaki yang datang dengan pakej dari shinjuku. |
|
Tapi ini bukan hut kita... |
|
Nampak batu jer aku jadi cergas. Pelik betul. |
|
Tapi tangga??? Oh no!!! |
|
Boleh pasang eskalator tak? |
|
Adeh... |
|
Merangkak je lah. |
|
Hiah! |
|
Hiah!! |
|
Hiah!!! Sound effect sebenar ni tau. |
|
Dah nak penuh sebelah kayu. |
Akhirnya, lebih kurang jam 6.35 petang, kami pun tiba di tempat penginapan kami. Sampai2 jer, terus dia bagi makan. Memang kami booking siap dengan makan pun. Jangan risau, kami minta vegetarian menu, tapi ikan boleh.
|
Sampai jugak kat sini... |
|
Ittadakimasu! |
|
Bila terlampau penat, selera pun kurang. |
Lepas makan, solat dan aku terus tido. Boleh? Pukul 7.30 rasanya time tu. Tapi pukul 9.30 aku dah tersedar dan tak boleh tido balik.
Okeh, bersambung lagi hari kedua. Aku dah sediakan video untuk gambar2 ni. Enjoy!
*Backgroud lagu macam tak sesuai, tapi nak buat macamana, ini lah lagu yang tengah aku suka sekarang hahaha.
1 komen:
Lake matosuko tu la yg ktorang pi aritu tgk shibazakura.. Tatau plak tmpt tu dlm duit seribu yen tu hehehe
Post a Comment