Monday 20 August 2018

Sinar Mentari Oh Korea - Part 3 : Library In A Mall - Near Gangnam & Makan Malam


Dari kedai makan halal tadi kami melalui satu jalan yang agak famous di kalangan pelancong (malaysia khususnya) iaitu insadong. Tengah2 jalan tu terjumpa dengan member yang datang dengan wife jugak. Dia belajar kat sini jugak dulu. Sedang budak2 muda asik nak pergi shopping mekap2, diorang lagi berminat shopping kat insadong ni. Aku rasa insadong ni biasa2 je. Banyak jual souvenir. Tapi satu keistimewaan tempat ni ialah adanya satu kedai menjual kuih manisan yang diperbuat daripada madu. Cara pembuatannya ala2 mee tarik warisan asli tu. Dari asalnya cuma sebatang madu yang agak keras, dia tarik dan simpul beberapa kali sehinggalah akhirnya jadi macam meehun. Pastu dia buat ala2 pau inti gitu. Inti dia ada macam2, tapi masa aku tengok demonstrasi tu dia buat inti kacang tumbuk. Tukang buat kuih tu boleh cakap melayu sikit2. Sudahnya aku tak beli pun. Tengok je.

Dari insadong kami terus cari stesen subway. Berpusing2 sesat tak jumpa pintu masuk. Dah jumpa stesen, kami terus pergi ke gangnam. Alahai lupa la nama stesen nya, tapi sebelum stesen gangnam la.

Sampai2 je situ, kami terus pergi ke library yang ada di dalam mall. Nama nya Starfield Library yang terletak di dalam Starfield COEX Mall. Tempat ni baru je dibuka sekitar bulan Ogos 2017. Memang ternganga ar aku tengok library tu. Wow!

Library ni ada 2 tingkat.




Banyak sungguh buku.

Kengkonon lepak2 baca buku la.






Sebenarnya nak bergambar2 je hehe.









Sempena krismas agaknya. Tapi dah lama.



























Dah puas bergambar, kami pun kembali ke rumah. Dah janji nak makan malam pukul 8. Kedai makan ni dijumpai oleh member yang kami jumpa kat insadong tadi. Malam pertama sampai lagi dia dah makan kat situ. Sampai ke sudah, seminggu kami kat sana, tetiap malam dia makan tak situ. Suka sangat dia. Kedai ni menjual makanan harian korea. Kira nasi berlauk la. Malam pertama kami makan ikan goreng. Besoknya siap order asam pedas lagik! Memang rasa ala2 asam pedas pun.


Telur stim.

Ikan saba (makarel) goreng.


Ini tahu lembut dengan telur masak ala2 asam. Pedas sikit kuah ni.

Kimchi wajib sebagai side dish.

Banyak betul side dishes dia.


Nasi sama macam jepun.

Menu kegemaran ramai... sambal sotong kurita. Kat sini tak boleh sebut sotong sebab maksud dia taik lembu hihi.

Balik rumah singgaj kombini beli susu pisang ni. Sedap pulak.

Habis dah kisah hari pertama di Seoul. Esoknya aku ikut pergi work trip ke Hanyang University. Jumpa esok!