BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 June 2008

Doakan Aku!!!

Esok pagi, aku akan exam induksi. Doakan aku lulus (janji lulus pon jadik lah) yea kengkawan!!!

Thursday, 19 June 2008

Ada Masa

Saper cakap takde masa? Masa sentiasa ada la. Sekarang ni apa? Bukan masa? Cuma masa terluang je takde. So, bye bye!

p/s esok lawatan sambil belajo ke umah chedet, muzium padi dan padang besaq. lusa kembara ke gua apa tah, itik kot?

Sunday, 15 June 2008

Haiii!!!

Wassup wassup! Aku sangat suka ngan intura ni. Makan tiptop, facilities pon tiptop. Tapi yang paling penting wifi pon tiptop hehehe. Tunggu update dariku apabila aku kelapangan (ada ker?). Daaa...

Friday, 6 June 2008

Minyak + Si Tanggang + Jahit + Niat + Induksi + Mamak

Wei, korang isi minyak penoh2 malam nipon, minyak tu boleh tahan sampai tahun depan ke?

Aku tokei basikal, sape nak beli basikal leh contact aku.

Korang ni, minyak naik komplen, ni yang korang chat kat sini, banyak plak duit.


Itu lah antara dialog atas carpet @15 yang aku baca sambil2 layan af6 final kelmarin. Macam2. Aku plak camne? Kalo isi minyak malam tu, sure dah jimat RM8. Tapi, berbaloi ke RM8 tu dengan penat menunggu tu? Kerek ko yer. Hihihi bukan aku berlagak banyak duit la. Sebenarnya aku malas nak keluar. Dahlah abang takde kat rumah. Penat balik keje pulak. Karang balik lambat, tido lambat, gi keje ngantuk, membahayakan diri di jalan raya pulak. Elok la aku layan af tu. Kan ke aku tak tengok lagi konsert final tu kan. Cover beb. Pastu kan, aritu, tah ari apa tah, aku tertengok cite klasik si tanggang. Tanggang nyer jins samsudin, puteri raja nyer sarimah ibrahim. Keskeskes apa kes sarimah ibrahim berlakon cite si tanggang pulak kan. Sarimah marjina tu lah. Pastu, biler minyak naik ni, aku pun terpikir, nampaknya jadik si tanggang la aku kalo tak rajin balik kampong sebab minyak mahal. Tapi, kalo kena sumpah jadi burung cam tanggang tu pun bagus gak. Balik kampong terbang jek, takyah isi2 minyak bagai. Hihihi imaginasi penulis sajer.

Eh, at least aku lepak kat rumah sensorang, dah siap 3 pasang baju baru tau. Best betul. Ni ada lagi sepasang tinggal nak jahit sembat bawah ngan tangan. Cukup la 4 pasang baju raya tahun lepas yang tak siap. Hihihi. Akan datang, ada la 8 pasang kot tengah queue. Biler la nak siap tu kan. Abang dah nak balik plak arini. Dah tak best la nak menjahit time abang ada kan. Dahlah tinggal lebih kurang sebulan je lagi aku nak report kat putrajaya plak. Masa yang ada tu, kena lah digunakan sebaik2 nya. Tapi kan, aku tengah semangat menjahit nih. Aku memang salu cenggini. Nak mula memang susah. Tapi biler dah mula tu, kalo boleh nak abiskan sumer sekali. Adeh la…

Induction Engine. Dulu masa belajo selalu dengar perkataan ni setiap kali semester baru. Induction ni lebih kurang orientasi lah. Cuma induction engine ni dibuat di peringkat fakulti. Abang2 dan kakak2 engine la yang buat nih. Time nilah kami diperkenalkan dengan HELL’S ENGINE. Time aku dah kurang semangat hell’s nih. Eh, nostalgia la pulak. Apa aku nak cite sebenarnya ialah berkenaan induksi umum dan khusus yang bakal aku tempuhi pada 15-26hb Jun ini di intura sungai petani. Saspen nyer. Orang kata banyak assignment, exam. Alah… time pedagogi aritu pon orang cakap cenggitu. Hidup sihat dan enjoy je aku 3 bulan kat situ. Ini 2 minggu je pon. Apa lah sangat kan. Dulu nak sangat keje gomen. Ikut kan je lah. Persoalannya sekarang, camne aku nak pegi sana dengan kenaikan harga minyak sekarang nih. Setakat ni kawan2 belah selatan ni ramai pegi sama. Paling bawah kat pasir gudang, diikuti aku, melaka, pedas dan kl. Sebenarnya bukan persoalan minyak la. Boleh kongsi2 apa. Persoalannya, macamana aku nak melibatkan abang dalam kes ini? Huhuhu. Sementara abang masih dalam ‘cuti’, ini lah masa nak berjalan2 kan. Minggu pertama tu abang kena buat lawatan budak praktikal. Memang confirm takleh ikut. Minggu kedua tu mungkin ok. Jadi, perancangan aku, plan A naik bas sampai kl, kendian tumpang kawan dari sana. Plan B tumpang kawan dari pasir gudang, tu pon kalo dia kasik. Dan yang penting, kalo abang kasik sebab kawan tu laki2 dan laki orang (pengantin baru tu...). Plan Z (ni kalo dah takde pilihan) aku la yang menumpangkan kawan2 tu sumer. Wait and see lah. Lagi pulak, belum confirm lagi kami bleh pegi sebab kami kan dalam kursus. Mana bleh kursus dalam kursus kan. Melainkan dapat kelulusan dari cia8t. So, petang ni baru leh tau keputusan dari kabinet okeh?

Isy isy isy semalam kan, time aku solat maghrib kan, aku bleh plak tersasul niat makmum. Abang, i miss you. :)

Okeh, aku dah lama nak cite pasal kedai mamak nih. Apa beza kedai mamak ngan kedai makan ala thai tomyam dan ikan baker melayu? Ya betul. Servis. Dan satu lagi, kalo korang duduk kedai melayu tu lelama, dia akan buat2 angkat pinggan, hint nak suh korang balik la. Tapi kat kedai mamak, korang bleh duk situ tengok bola sampai besok pagi pon takpe sebab sure korang akan order teh tarik lagi dan lagi dan lagi. Apa yang aku nak cite ni cuma sebahagian kecil dari kisah kedai mamak iaitu prosedur order.

Aku mula kenal kedai mamak ni dah lama dah. Sejak sekolah rendah lagi, setiap kali nak balik kampong, mesti abah bawak sarap kat restoran akbar kat bus stand lama tu. Rupanya restoran tu kepunyaan femli kakak mak aku sekarang ni. Tapi time dulu mana la aku perasan kedai mamak ke melayu ke. Cuma biler mula duduk shah alam, baru lah aku nampak skop kedai mamak nih. Aku mula pandai masuk kedai mamak ni pun sebab hostel aku dulu kat atas kedai mamak. Khalifah kat seksyen 7 lama. Eh, ada ke seksyen 7 lama dan baru ni ek? Takpe, aku saje kasi nama tu untuk bezakan seksyen 7 belah uitm ngan seksyen 7 belah kompleks kebudayaan tuh.

Okeh, kedai mamak terakhir kat shah alam yang aku pegi ialah di bintang side walk. Fullamak, dah ada bunyik bintang walk dah. Actually kedai tu kat sebelah pasaraya bintang seksyen 7. Tu yang nama pun sebelah bintang tuh. Fokus aku kepada prosedur order kan. Kalo dulu, kekdahnya, mamak ambik order, kendian selitkan cebisan kotak rokok dengan rege makanan. Lepas makan, ambik cebisan itu, bawak ke kaunter dan tunjuk kat mamak cashier pulak dan bayar. Tu dulu. Sekarang aku tengok ada 2 kekdah. Tu pon sebab aku pegi 2 kedai je. Kalo gi 10 kedai, agaknya ada 10 kekdah agaknya.

Kedai 1, bintang ni lah kan. Kekdah dia, mamak ambik order tu cam biasa, tulis kat paper. Kendian tak lama tu dia bawak kad magnetik. Kiranya dia dah key in kan order kita dalam kad tu lah. Kendian, biler nak bayar, just bawak kad tu ke kaunter cashier, dia swipe kad tu dan bayar lah.

Kedai 2, apa ke nama dia kat bawah alam sentral tu. Kedai ni berteknologi lebih advance lagi. Kat dinding ada monitor tv yang menayangkan iklan2. Kekdah order dia, mamak waiter datang ambik order cam biasa, cumanya dia tak tulis kat paper. Tapi PDA! Wallaaa canggih betul. Pastu, kiranya dia send la order kiter tu pada tukang2 masak kat belakang. Biler dapat order tu, waiter dari belakang akan bawak sekali printout order kiter tu (from pda derang). Dan bila nak bayar, bawak printout tu ke kaunter dan bayar la cam biasa.

Okeh, tu 2 contoh aku la kan. Kalo korang ada contoh lain, sila lah tambah. Tu contoh kat shah alam. KL mesti ada banyak lagi kekdah kan. Satu lagi yang best nyer kedai mamak ni ada wi-fi free!!! Dan tidak seperti starbaks, kofibean dan lain yang sewaktu dengannya yang menawarkan wi-fi free, kiter tak segan silu nak masuk sebab rege dia kan biasa2. Biler kedai mamak parit raja nak wat gitu ek? Huhuhu...

Backdated

Jumaat 31 Mei 2008

Tak suker!!! Aritu dah sekali. Ni sekali lagi. Lepas ni kena organize betul. Almaklumlah, pelupa. Sedo diri tu, okeh?

Kisahnya adalah, jeng jeng jeng, aku lupa isi minyak lagi! Dah nak sampai adtec tadi baru perasan lampu dah nyala. Tah2 dari rumah lagi dah nyala sebab masa gi keje semalam aku dah niat nak isi minyak balik keje semalam. Luper. Maknanya aku kena gi bandar la petang ni. Tu pon kalo sampai. Kalo tak? Kena panggil abang la belikan minyak. Aku tau sebab apa aku selalu lupa isi minyak. Sebab takde stesen minyak sepanjang jalan ke senggarang tuh. Petrolnas parit raja plak ala2 tak menonjol gitu. Plus stesen dia dah dekat sangat ngan simpang umah aku. Jadi ati dan otak nyer dah target memang nak belok masuk rumah, mana nak ingat isi2 minyak nih.

Moral of the story, jangan pegi keje ari isnin dengan minyak tak penuh sebab aku mungkin lupa isi minyak sepanjang minggu tu. Minyak mesti penuh ari isnin! Wajib.

Semalam dapat flyers dari pasifik dan fotochali. Aku memang suka baca flyers cenggini, kecuali bisnes kad along. Salunya kalo ada benda yang aku nak beli, aku akan bulatkan dalam flyers pasifik or store ni. Senang sok nak gi shopping, terus tuju ke situ je. Kalo tak, pusing2 la satu supermarket tu, carik apa benda yang nak dibeli. Salunya bukan keperluan lah tu. Tak pon beli stok sabun kalo jumpa yang murah. Sampai sekarang, stok dainamo 5liter ada 3, comfort ada 2, shokubusuk ada 3, obat gigi ada 2. Tu pun kekadang abang letak balik benda yang aku dah ambik sebab dah banyak. Abis, bukan selalu dia rege murah. Lagi pon expired lambat la benda2 cenggini. Tak sempat expired dah abis dah. Isy, tapi bleh meyebabkan inflasi kan kalo buat cenggini? He? Aku tak tau pon inflasi tu ape. Hehehe. Yang aku faham, biler permintaan melebihi penawaran, rege akan naik dan inflasi meningkat. Hehehe harap je belajo BOM; bisnes organization n management, tapi inflasi pon tak tau. Eleh, kat berita tupon dia terangkan pasal bakul2 la, tah apa2 tah, macamana aku nak faham. Time dia explain tu aku bayangkan bakul sayur gi pasar tu je. Huhuhu. Tah pape aku mengeradau nih.

Balik cite flyer. Satu flyer yang menarik semalam ialah dari fotocharli. Dia ni satu kedai gambar cum henfon com kemre yang established la kat bp nih. Aku beli kemre aritu pon kat sini la. Dia ada banyak branch, ada la 6 ke 7 gitu lah. Makanya sekarang ni dia ada tambah satu lagi produk iaitu laptop sony vaio. Aritu nampak dari jauh je, tak singgah. So, dalam flyer yang ni dia letak lah promotion laptop ni ngan gambo daphne iking sebagai aweks model nyer. Yang buat aku teruja tu, laptop ni sangat lah comel dan colorful! Ada kaler pink, merah, gold, silver dan hitam. Tengok spec kira ok lah. Rege boleh tahan.

Yang tambah teruja pulak, baca blog kak su hari ni, dia cite dapat hadiah besdei laptop. Feh ! Lagi lah aku tak sabo nak membeli nih. Ikut kan aku dah plan nak beli dell punyer. Tapi biler menengokkan sony ni, aku pon ala2 berbelah bagi. Camno?

Eh, aku ni betul ke nak beli ni? Sebenonya belum nak beli lagi. Tapi abang tu kan dah sibuk2 tanya biler nak pulangkan laptop ’dia’. Bayangkan kalo aku tak beli sofa ngan tv cabinet, dah lepas dah sebijik laptop spec biasa2. Kalo nak dell punyer ker... kena korban sofa ngan dining table. Ermmm raya bulan 10, kalo aku beli benda2 tu time nak raya, kan lagi meriah raya aku kan? Tapi sebelum nak raya tu, tak best la pulak duduk bawah je. Eleh, sekarang ni ko duduk kat mana puan asiah oi! Tapi tak pe jugak, melaram di hari raya lebih syiokkk. Apa la aku nih. Tetiba cakap pasal raya. Ehhh mesti lah, perancangan kena pandang ke depan. Lagi pon bukan lama lagi pon. Ni dah nak masuk bulan nam. 6, 7, 8, 9, hah 4 bulan lagi dah nak raya. Best la jugak kalo masuk rumah baru ngan laptop baru. Hehehe apa kena mengenanya tah. Yang hampir pasti, sebelum raya aku akan berpindah ke rumah baru. Ermmm nak kena propose kat abang nih. Camne bang? Bleh tak? (balik ni jawab)

Isnin 3 Jun 2008

Jumaat yang lepas, konon2 lepas punch card ( tak punch pon, mesin tu rosak, tulis jek ) terus nak mintak card baru. Sekali dah pukul 5pm lebih, tak jadik lah. Datang je e’awal ari isnin sok. Kan aku nak gi isi minyak. Lagipon awal ke lewat ke, bukan bleh punch pon. Tapi betol eh... aku tulis masuk kul 7.50am, kuar kul 5.10pm. Kendian aku pon bergegas keluar menuju ke bandar. Untuk rekod, stesen minyak terdekat ialah kaltex, kira2 separuh perjalanan ke petrolnas jalan rahmat. Dan selepas itu ada eso dekat2 ngan bukit perdana. Tapi kedua-duanya belah kanan. Bukan stereng kete aku takleh pusing ke kanan, tapi sebab bukan petrolnas, jadi, tawakal je lah. Doa moga2 minyak cukup.

Yang saspen nya bila tiba trafik lite. Bukan ke selalu kete orang mati kat trafik lite kan? Ok lah, aku dah mati kan ekon dari adtec lagi. Memang hangat, lebih hangat dari biasa. Nak tambah saspen lagi, bukan setakat berenti kat trafik lite je, berenti pulak kat depan petrolnas tu. Nak masuk tak boleh sebab ada divider. Kena pulak buat u turn kat dewan jubli intan tuh. Bikin saspen betul. Dah tarik henbrek dan bukak seat belt baru kega. Fuh! Sampai jugak.

Time lalu kat IPD tu, ada lori tangki kena tarik. Kepala lori kaler hijau petrolnas, badan kaler itam. Tah2 ni lori yang sama kes ngan yang dalam berita arituh. Badan lori pon kaler ijau, tapi ada tangki kecik, tempat dia seludup diesel.

Pas isi minyak penuh, aku terus lah balik. Tak suka nya balik time orang kilang pon balik. Takat kete tu boleh la dikira berhemah lagi. Ni yang orang yang berlari2 anak time orang lalu depan dia tu yang tak tahan tuh. Dah tentu ada trafik lite kat situ, tunggu le sekejap lampu tu merah, sure tak yah berlari pon boleh lintas punyer. Macamana aku boleh tahu? Aku pun pejalan kaki jugak seperti anda tau. Smile!

Esoknya hari sabtu, seperti biasa. Pukul 12.30pm lagi kami dah kuar. Mula2 pegi summit dulu. Makan M. Isy, ada menu baru mega big mac. Tak takut gemuk eh? Lepas makan, kami pon blah. Sempat la beli suar abang ngan kain satin 2 meter. Eh, cop! Kain satin tu beli kat bintang emas. Ooo sekarang dah tau, kedai tu memang mahal. Kain yang sebijik sebijon aku beli kat jalan tar aritu rm30, dia jual rm50. Kain miele. Tapi kalau nak cari kain satin, apa2 kaler je, mesti ada kat situ. Lepas beli kain tu kami masuk kots. Tak pernah masuk situ. Saje. Kendian gi jalan rahmat, konon nak tengok lampu. Lalu je kat dewan jubli intan tu, abang cakap, tu kete kak azie tuh. Eh eh eh dia bagi signal gak kat situ. Lerrr sama rupanya tujuan kete tu. Berenti2 tengok dua orang lelaki. Ooo kak azie takde. Sebelum gi kedai lampu, kami gi kedai frame dulu. Apek tu takde kaca >5 kaki la pulak. Baru nak masuk kedai lampu, husband kak azie pon kuar. Beli mentol rupanya. Kebetulan.

Tak jumpa lampu yang berkenan pon. Plak tu kedai nya bersepah2. Nak jalan pon takut terlanggar lampu. Kang, berpantun plak aku kat situ :

Nice to see nice to hold
Once broken considered sold

Kendian kami singgah hoeheng. Saje lagi. Saje survey ekon. Okey, dah tau dah bajet berapa. Mahal sket la inverter type tuh, tapi untuk jangka masa panjang, menjimatkan karen. Nak beli murah sekali, mahal (api) banyak kali ke nak beli mahal sekali, murah (api) banyak kali? Sama gak la ngan lampu energy savingkan. Memula je mahal. Tu pon dia suh beli yang hall punyer jenis biasa sebab jarang guna. Errr ye ke jarang duk hall. Abis, tv tu kat mana? Dia tak tau hobi aku ada dua. Tido dan tengok tv. Huhuhu. So, kami pon terus gi k4. Aler... tutup plak prima moda ari nih. Ooo baru perasan bangunan square one tu. Dah tinggi pon. Confirm balik2 kedai yang sama kat summit, bpmall, k4 jugak yang bukak kat situ nanti. Yang paling confirm fotocharli lah kan. Ngan modani hihihi. Takmo beli kasut modani lagi. Kasut abang beli time nak raya arituh dah koyak pon. Jahitan dah tetas, tapak dah tanggal. Tak macam kasut dr kardin, boleh pakai sampai tapak nipis, tak koyak2 or tetas pon. Alah membeli menang memakai kata orang. Masuk k4 boleh lupa plak apa benda yang nak dibeli. Last2 beli blouse je kat kedai peace!

Akhir sekali macam biasa lah. Square one tak bukak lagi, kiter pegi bpmall la pulak. Parking kat depan tutup plak. Terpaksa naik atas. Pusing punya pusing, dekat maghrib baru kami balik. Tupon singgah solat kat petrolnas sebab nak terus makan. Makan kat taman u pulak. Saje je nak tanya pasal kaca 6 kaki, rupanya kedai tu pon ada buat frame. Terus la ukur2. Rege pon reasonable plus dekat ngan rumah dan dia bleh hantar ke rumah. Tapi tak terus buat sebab nak iron dulu. Next week la abang gi.

Esok nya hari Ahad, abang nak pegi genting. Tak best lor. Tak pernah lagi aku kena tinggal sensorang kat rumah nih. Selalu aku je yang tinggalkan rumah. Kali ni abang plak. Meeting kat genting sampai ari selasa, kendian kalo dekan release, abang gi melaka pulak sampai jumaat. Huaaa tak best!!! Takleh ikut!!!

Selasa 4 Jun 2008

Simpanan dan Pelaburan


Aku ni kan, suka tangguh2 nak melabur. Bab menyimpan je aku kira advance terlampau. Kata mata duitan... Kalo boleh tu, duit gaji sumer nak simpan. Kan ada encik hairul yang boleh bayokan hutang ptptpu? Eh, baru aku perasan. Kalo aku guna duit sekarang ni buat bayo ptptpu pun best jugak ek? Pastu, peace of mind. Dah tak tau duit nak buat apa, baru boleh melabur.

Kalau lah cara simpanan aku tu diconvertkan kepada pelaburan, sure dah dapat hasil pulangannya ek? Masaklah nya duit tu aku nak buat rumah la. Karang dah melabur, sayang pulak nak kuarkan. Takkan baru beli saham ari ni, bulan depan dah jual balik. Mana nak dapat untung nyer kan. Tu pasal lah aku nak lepas kan pindah randah ni, kendian baru fikir pasal pelaburan. Setakat ni, aku baru bukak akaun tabung haji. Hihihi lambat betul kan? Biar lambat asalkan cepat berisi. Daripada orang tu dari sekolah rendah dah ada akaun, tapi isi kat dalam sama je ngan aku nyer isi dalam yang baru sebulan bukak akaun nih. Kikiki.

Itu yang pertama. TH ni aku tak lah anggap sangat sebagai pelaburan sebab niat nyer menabung nak pegi menunaikan haji. Dapat dividen tu, kira Alhamdulillah. Insya Allah tahun depan dah boleh register. Kalau dikira2 mungkin dalam 7-8 tahun lagi lah aku layak pegi selepas register tuh. Kira elok lah tu, tak muda, tak tua sangat.

Yang kedua, insurans. Syukur lah aku dah terbuka hati nak membeli insurans nih. Selepas menyaksikan beberapa kejadian kemalangan kawan2 termasuk juga kemalangan abang tahun lepas tu dan beberapa orang yang menghidap penyakit2 merbahaya plus menyedari kemungkinan penyakit keturunan akan menimpa diri, maka aku pun dengan rela hati memanggil ejen insurans untuk menjual insurans nyer kepada aku. Tak payah la ejen tu kejar2 aku kat shopping complex kan. Akhirnya aku telah membeli polisi insuran takaful ikhlas basic saving + wanita. Penyakit wanita sekarang kan macam senang je menyerang kan. Nak harapkan insurans kritikal, dah tahap 3 baru dia bleh cover. Eloklah ada skim wanita nih, bleh cover pada mana2 tahap pon. Tapi mahal lah sikit kan. Pulak tu, dia takde cover 10k, ke 20k ke. Terus 50k atau 100k. Ambik je lah yang murah. Mana tau ditakdirkan sihat sampai ke tua, pulangannya pun banyak lah kan. Insya Allah. Amin. Teringat pada seseorang yang aku kenali waktu praktikal kat talikom dulu. Biasa kan ada skim berkelompok insurans la, asb la kan. Semua dia sapu. Dia kata, simpanan hari tua.

Yang ketiga, saham. Setakat nih aku belum ada melabur lagi. Dulu selalu masuk asb. Sekarang abang dah tak kasik pulak. Katanya dulu haram, pastu tak haram pulak. Gegel keliru tau. Nak senang, takyah terus. Lagi pun masih ada nama british tobako dalam senarai prokpektus dia kan. Kalau ingat cite cikgu masa btn aritu pasal asal usul asn, terharu dan sebak jugak. Tapi tu dulu. Aritu, dah cukup best dah dapat beli kambing. Jadik tokei kambing lah aku sekejap. Tapi, dah takde rezeki. Gempa bumi yang beberapa kali di sumatera awal tahun ni telah mengakibatkan bisnes itu terpaksa dihentikan. Takde supply. Sempat lah kami merasa pulangannya sekali. Yayu pun dah beli sudu dan senduk kat langkawi hihihi. Jadik, sebagai ganti, aku terpaksa lah mengganti pelaburan itu dengan cara lain pula. Kawan abang dah cucuk suh beli public mutual. Aku pulak tak berapa nak yakin. Dengar pulangan memang la menarik, tapi tak berani lah pulak. Baik aku beli saham felda yang boleh tahan jugak pulangannya kan.

Sangking

Pernah dengar tak perkataan nih? Ada dalam kamus hijau tak? Aku ni kan suka sangat nostalgia2 nih. Aritu aku bukak la buku abang yang selalu sad ending tu, apa lagi kalau bukan buku akaun. Ada macam2 akaun. Ada bank bsn, affin, maybang, cimb, bank islam, asb, th dan asw. Agaknya selagi ada bank, semua dia nak ada akaun. Tengok punya tengok, aku pon tertarik lah pada tarikh disember 2004. Setiap akaun ada withdrawal pada tengah atau hujung bulan. Ada tu kuar 400, 200, sikit2 jek, tapi besar maknanya tu. Aku pun tanya abang. Nape abang korek2 akaun ni sumer time nak kawin eh? Abang cakap, tu laaa sangking nak mendapatkan ayang. Errr sangking tu apa?

Khamis 5 Jun 2008

Minyak naik, naik minyak. Agaknya paklah panic kot. Kan ke dia da ban kereta luar isi minyak 50km dari sempadan. Stesen minyak tak masyuk la kan. Jadi, apa nak buat? Ikut asalnya bulan 8 baru nak umum. Tetiba, tak sampai bulan 7 dia dah umum. Silap haribulan ke paklah? Apa perancangan aku dalam menghadapi situasi ini? Yang dalam kepala aku, nak suh abang renew roadtax motor. Tapi kan aku fobia la kalo abang naik motor. Hujung bulan ni cukup setahun tragedi itu berlaku. Bahaya tapi jimat. Actually abang dah bayo insurans motor tu, tapi tak gi renew roadtax sebab in ada saman kete. Kan motor tu nama in. Tapi sekarang dia dah bayo saman, so dah boleh la renew. Nampak gayanya pas ni takyah pilih2 lagi. Jalan2 naik kancil jek. AH hanya untuk gi keje je. Alamak, camne la kalo aku keje jb or putrajaya bulan depan. Terpaksa duduk sana la. Baru plan nak berulang. Miskin ler aku kalo berulang. Baik lah duit minyak itu aku bagi sedekah anak yatim.

Bulan depan nak renew roadtax AH pulak. Tengah piker nak tukar insurans ke tidak. Kalo sambung mitsui sumitomo (tak pernah dengar sebelum ni) kurang dari 2k. Kalo tukar lain, tak tau lah. Insurans ni kan dia ikut tahun kiter beli kan. Walaupun kiter beli yang baru, still tak kira rege asal kete. Kan ada susut nilai jugak. Tengok lah nanti.

Pasni paklah kene review rate claim mileage la pulak. Takkan masih sama jugak kot. Kalo tak, pegi mana2, kiter lenjan kete jabatan je lah. Bio driver tu ada keje sikit. Next week abang nak gi lawatan LI naik kancil je lah ek? Eh, sama je lah naik AH ke kancil. Lagi lah kancil tu tangki kecik, asik nak kena singgah stesen minyak je pulak. At least naik AH leh tahan 2 minggu aku gi keje. Kalo naik kancil, tiap minggu nak kena isi. Letih tau. Tugas abang tu. Aku tak suka isi minyak ni sebab ianya membahaya kan kesihatan.