Wei, korang isi minyak penoh2 malam nipon, minyak tu boleh tahan sampai tahun depan ke?
Aku tokei basikal, sape nak beli basikal leh contact aku.
Korang ni, minyak naik komplen, ni yang korang chat kat sini, banyak plak duit.
Itu lah antara dialog atas carpet @15 yang aku baca sambil2 layan af6 final kelmarin. Macam2. Aku plak camne? Kalo isi minyak malam tu, sure dah jimat RM8. Tapi, berbaloi ke RM8 tu dengan penat menunggu tu? Kerek ko yer. Hihihi bukan aku berlagak banyak duit la. Sebenarnya aku malas nak keluar. Dahlah abang takde kat rumah. Penat balik keje pulak. Karang balik lambat, tido lambat, gi keje ngantuk, membahayakan diri di jalan raya pulak. Elok la aku layan af tu. Kan ke aku tak tengok lagi konsert final tu kan. Cover beb. Pastu kan, aritu, tah ari apa tah, aku tertengok cite klasik si tanggang. Tanggang nyer jins samsudin, puteri raja nyer sarimah ibrahim. Keskeskes apa kes sarimah ibrahim berlakon cite si tanggang pulak kan. Sarimah marjina tu lah. Pastu, biler minyak naik ni, aku pun terpikir, nampaknya jadik si tanggang la aku kalo tak rajin balik kampong sebab minyak mahal. Tapi, kalo kena sumpah jadi burung cam tanggang tu pun bagus gak. Balik kampong terbang jek, takyah isi2 minyak bagai. Hihihi imaginasi penulis sajer.
Eh, at least aku lepak kat rumah sensorang, dah siap 3 pasang baju baru tau. Best betul. Ni ada lagi sepasang tinggal nak jahit sembat bawah ngan tangan. Cukup la 4 pasang baju raya tahun lepas yang tak siap. Hihihi. Akan datang, ada la 8 pasang kot tengah queue. Biler la nak siap tu kan. Abang dah nak balik plak arini. Dah tak best la nak menjahit time abang ada kan. Dahlah tinggal lebih kurang sebulan je lagi aku nak report kat putrajaya plak. Masa yang ada tu, kena lah digunakan sebaik2 nya. Tapi kan, aku tengah semangat menjahit nih. Aku memang salu cenggini. Nak mula memang susah. Tapi biler dah mula tu, kalo boleh nak abiskan sumer sekali. Adeh la…
Induction Engine. Dulu masa belajo selalu dengar perkataan ni setiap kali semester baru. Induction ni lebih kurang orientasi lah. Cuma induction engine ni dibuat di peringkat fakulti. Abang2 dan kakak2 engine la yang buat nih. Time nilah kami diperkenalkan dengan HELL’S ENGINE. Time aku dah kurang semangat hell’s nih. Eh, nostalgia la pulak. Apa aku nak cite sebenarnya ialah berkenaan induksi umum dan khusus yang bakal aku tempuhi pada 15-26hb Jun ini di intura sungai petani. Saspen nyer. Orang kata banyak assignment, exam. Alah… time pedagogi aritu pon orang cakap cenggitu. Hidup sihat dan enjoy je aku 3 bulan kat situ. Ini 2 minggu je pon. Apa lah sangat kan. Dulu nak sangat keje gomen. Ikut kan je lah. Persoalannya sekarang, camne aku nak pegi sana dengan kenaikan harga minyak sekarang nih. Setakat ni kawan2 belah selatan ni ramai pegi sama. Paling bawah kat pasir gudang, diikuti aku, melaka, pedas dan kl. Sebenarnya bukan persoalan minyak la. Boleh kongsi2 apa. Persoalannya, macamana aku nak melibatkan abang dalam kes ini? Huhuhu. Sementara abang masih dalam ‘cuti’, ini lah masa nak berjalan2 kan. Minggu pertama tu abang kena buat lawatan budak praktikal. Memang confirm takleh ikut. Minggu kedua tu mungkin ok. Jadi, perancangan aku, plan A naik bas sampai kl, kendian tumpang kawan dari sana. Plan B tumpang kawan dari pasir gudang, tu pon kalo dia kasik. Dan yang penting, kalo abang kasik sebab kawan tu laki2 dan laki orang (pengantin baru tu...). Plan Z (ni kalo dah takde pilihan) aku la yang menumpangkan kawan2 tu sumer. Wait and see lah. Lagi pulak, belum confirm lagi kami bleh pegi sebab kami kan dalam kursus. Mana bleh kursus dalam kursus kan. Melainkan dapat kelulusan dari cia8t. So, petang ni baru leh tau keputusan dari kabinet okeh?
Isy isy isy semalam kan, time aku solat maghrib kan, aku bleh plak tersasul niat makmum. Abang, i miss you. :)
Okeh, aku dah lama nak cite pasal kedai mamak nih. Apa beza kedai mamak ngan kedai makan ala thai tomyam dan ikan baker melayu? Ya betul. Servis. Dan satu lagi, kalo korang duduk kedai melayu tu lelama, dia akan buat2 angkat pinggan, hint nak suh korang balik la. Tapi kat kedai mamak, korang bleh duk situ tengok bola sampai besok pagi pon takpe sebab sure korang akan order teh tarik lagi dan lagi dan lagi. Apa yang aku nak cite ni cuma sebahagian kecil dari kisah kedai mamak iaitu prosedur order.
Aku mula kenal kedai mamak ni dah lama dah. Sejak sekolah rendah lagi, setiap kali nak balik kampong, mesti abah bawak sarap kat restoran akbar kat bus stand lama tu. Rupanya restoran tu kepunyaan femli kakak mak aku sekarang ni. Tapi time dulu mana la aku perasan kedai mamak ke melayu ke. Cuma biler mula duduk shah alam, baru lah aku nampak skop kedai mamak nih. Aku mula pandai masuk kedai mamak ni pun sebab hostel aku dulu kat atas kedai mamak. Khalifah kat seksyen 7 lama. Eh, ada ke seksyen 7 lama dan baru ni ek? Takpe, aku saje kasi nama tu untuk bezakan seksyen 7 belah uitm ngan seksyen 7 belah kompleks kebudayaan tuh.
Okeh, kedai mamak terakhir kat shah alam yang aku pegi ialah di bintang side walk. Fullamak, dah ada bunyik bintang walk dah. Actually kedai tu kat sebelah pasaraya bintang seksyen 7. Tu yang nama pun sebelah bintang tuh. Fokus aku kepada prosedur order kan. Kalo dulu, kekdahnya, mamak ambik order, kendian selitkan cebisan kotak rokok dengan rege makanan. Lepas makan, ambik cebisan itu, bawak ke kaunter dan tunjuk kat mamak cashier pulak dan bayar. Tu dulu. Sekarang aku tengok ada 2 kekdah. Tu pon sebab aku pegi 2 kedai je. Kalo gi 10 kedai, agaknya ada 10 kekdah agaknya.
Kedai 1, bintang ni lah kan. Kekdah dia, mamak ambik order tu cam biasa, tulis kat paper. Kendian tak lama tu dia bawak kad magnetik. Kiranya dia dah key in kan order kita dalam kad tu lah. Kendian, biler nak bayar, just bawak kad tu ke kaunter cashier, dia swipe kad tu dan bayar lah.
Kedai 2, apa ke nama dia kat bawah alam sentral tu. Kedai ni berteknologi lebih advance lagi. Kat dinding ada monitor tv yang menayangkan iklan2. Kekdah order dia, mamak waiter datang ambik order cam biasa, cumanya dia tak tulis kat paper. Tapi PDA! Wallaaa canggih betul. Pastu, kiranya dia send la order kiter tu pada tukang2 masak kat belakang. Biler dapat order tu, waiter dari belakang akan bawak sekali printout order kiter tu (from pda derang). Dan bila nak bayar, bawak printout tu ke kaunter dan bayar la cam biasa.
Okeh, tu 2 contoh aku la kan. Kalo korang ada contoh lain, sila lah tambah. Tu contoh kat shah alam. KL mesti ada banyak lagi kekdah kan. Satu lagi yang best nyer kedai mamak ni ada wi-fi free!!! Dan tidak seperti starbaks, kofibean dan lain yang sewaktu dengannya yang menawarkan wi-fi free, kiter tak segan silu nak masuk sebab rege dia kan biasa2. Biler kedai mamak parit raja nak wat gitu ek? Huhuhu...
Friday, 6 June 2008
Minyak + Si Tanggang + Jahit + Niat + Induksi + Mamak
Hasil karya AyunasiA pada 11:42 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment