Monday, 23 August 2010

Suka Makan, Tapi Tak Pandai Lor...


Aku suka sangat makan kek gula hangus a.k.a kek sarang semut a.k.a kek sarang anai2 (ada ke anai2 dok dalam sarang? bukan ropa kek ni mcm kayu yg digigit anai2 ke? patut namanya 'kek kayu dikerjakan anai2'). Ada juga orang panggil kek kukus. Tapi, aku bakar??? Ermmm... Apa2 pun namanya, yang aku maksudkan ialah kek yang kaler coklat berlubang kenyal2 macam plastik tu lah.

Dulu. Bila tah. Pernah la musim mak buat kek nih. Ya, aku ingat, kek ni dikukus pada masa itu. Masa musim tu, mak, along, busu temah dan ibu, masing2 menerai membuatnya. Siapa yang paling bersarang kira terbaik dari ladang lah. Aku ingat, aku pernah tolong buat kek ni kat rumah along. Aku ambik tugasan membuat gula hangus tu. Tapi, dah lupa la cemana. Tak prektis, mana nak ingat. Cuba ko tanya sekarang, komfem aku boleh kasi resepi teros.

Dan petang sabtu lepas, aku pun menerai membuatnya. Dan, dengan tidak disangka2, cempedak dah jadi nangka, bukan sahaja kek itu berlubang seperti kayu digigit anai2, tetapi rasanya juga sangat enak uolsss... Lagi2 bila dimakan panas. Ada rangup2 sikit. Feh!

Selepas di terbalikkan, rupanya adalah almost perfect

Tapi, tetap berdebar2 bila nak potong sebab takut cover buku je menarik tapi isi dalam hampeh.

Bila dipotong, dia seperti span. Toing toing! Kenyal dan seperti plastik. Aku takkan meminta lebih dari ini...

Ok, berdosa rasanya kalau tayang2 tapi tak kasi resepi, kan? Dah lah bulan puasa. Ilmu ni, kalau kita share dan orang gunakan, boleh menjadi bekalan di hari esok. Insya Allah. Ya, kek juga boleh jadi bekalan di hari esok, tapi lepas abis puasa nanti la.

Jadi, inilah resepi kek gula hangus yang tak tipu langsung. Memang menjadi. Kalau tak jadi, salah diri sendiri, bukan salah resepi hihi.

Bahan2 karamel (gula hangus):

1 cawan gula (cawan standard ok)
1 cawan air panas (panas ya, takmo suam2 kuku ke haper)
2 tablespoon mentega (pon sudu standard)

Bahan2 lain:

4 biji telur
1/2 tin susu pekat (ni versi manis2 buah. kalau nak manis lagi, taruk la 3/4 tin ke, 1 tin ke, 2 tin ke)
1 cawan tepung gandum }
1 sudu teh soda bikarbonat } ayak sekali
1 sudu teh esen vanila

Kekdahnya:

1. Taruk gula dalam kuali. Masak sampai cair dan berwarna kecoklatan. Api biar sederhana ya. Godak2 la masa nak cair tu. Kang dia tak cair rata pulak. Warna ini akan menentukan warna kek tu pada akhir nanti. Biasanya orang buat memang kaler coklat tua cam gambar aku tu. Kalau kaler coklat cair tu nampak macam tak menyelerakan jek hihi.

2. Bila dah komfem dengan warna pilihan anda, tuang air panas ke dalamnya. AWAS! Sila sediakan tutup kukus bersama2 anda sebab nanti dia akan meletop kebabom (exagerate sikit supaya korang ikut. kang dah melecur tangan baru tau, tangan tu kena tutup dengan kain anduh pula). Pastu godak2 la sampai sebati.

3. Pastu, masukkan pula mentega. Godak lagi sampai mentega cair dan semuanya sebati. Dah tu, tutup api. Eh, lupa, masa tuang air tu tadi, api tu kasi pelahan la sikit. Kang betul2 meletup pulak.

4. Kemudian, pegi la on mixer dan pukul telur sampai kembang. Caner nak tau dah kembang ke belum? Cer ar senget kan bekas adunan (lub, aku dah rasmikan bekas adunan profesional tu) tu. Kalau dia dah tak cair, slow je movementnya, kira dah kembang la tu.

5. Pastu masukkan susu. Godak lagi kasi sebati.

6. Dah sudah tu, masukkan tepung+soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Jangan lupa ayak ya. Kecuali anda mahu ada serangga menghuni sarang semut anda! Mix lagi dan lagi perlahan2.

7. Kendian, tuang kan gula hangus yang dalam kuali tadi. Godak lagi.

8. Last sekali, masukkan esen vanila. Godak dan godak dan godak.

9. Pas dah siap tu, tuang dalam loyang, tutup dengan apa2 penutup dan tinggalkan dia 4-5 jam. Lagi lama kita tinggal, lagi bermaharaja lela la anai2 tu mengerjakan kabinet dapo korang muahahaha. Ya, sarang akan lagi cantik gitu. Kalau buat adunan ni malam, besok pagi time sahur tu bakar pun boleh. Alah, sempat je kalau bangun kul 5 tu, panaskan oven 10 minit, masukkan kek. By the time waktu imsak, dah boleh test cucuk2 dah. Lepas sembahyang subuh dah boleh matikan oven dan sambung tido. Eh, tapi dah tak boleh makan la ek? Sabo ke korang nak tunggu berbuka petang nanti? Ok, aku anggap malam raya la. Pagi raya bakar kek. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 60 minit.

Selamat Mencuba!

p/s ayam di atas ialah ayam perasmian oven itu ari.


2 komen:

kakLuna said...

la aku pun suka..kalo time x posa, kalo beli kuih, mesti ada kek gula hangus ni sbg pilihan no. 2. no.1 popia goreng atau mini burger ikan bilis tu.

AyunasiA said...

ya ker? nah! (aku kasi satu bekas).