Friday, 13 August 2010

R0b0tic II

Sambungan.

Besok nya (khamis), aku pikir2, balik besok kena pegi kl lah, cari kat jalan tar pulak. Tapi, macam leceh, kan? Jadi, aku pon paksa encik hairul menggugel branch2 nagoia yang ada kat klang. Kat shah alam pon ada satu lagi kat seksyen 32 (k4/tesko bukit ghimau). Maka, lepas asar hari khamis, aku pun pergi ke klang. A'ah, elok ler tu. Pergi time orang balik keje. Pikir, memang aku dah pikir. Tapi, kalau pergi lambat pun, sama jugak masa sampainya. Tapi, takde la jem yang menyebabkan otakku jem. Biasa2 je. Sampai kat klang, aku singgah kat bandar klang sat. Setahu aku, centerpoint tu yang ada thestore seberang jalan dari maidin tu. Maka, aku pun park kat maidin. Sekali tengok, aiyok? Dia tengah buat jalan la. Tak boleh dah nak lintas ke sana. Dulu ada jejantas. Last choice, ke tesko bukit tinggi. Aku pun ingat2 lupa kat mana. Lenjan je la. Mesti dekat2 jasko kot. Nak hala ke banting tu pun satu hal jugak. Sebab aku dah masuk kat pusat bandar dan jalan yang aku biasa lalu tu dah tutup sebab kerja2 pembinaan. Maka aku pun ikut je lah signboard. Eh eh tiba2 aku lalu kat little india laaa. Ooo kat sini rupanya. Meriahnya kat sini... Jalan mesjid india pun tak meriah cenggini. Maidin pun ada kat situ. Tiba2 tembus kat roundabout 100.

Lepas spital, tak jauh tu, ternampak la tesko tu, tapi jauh gak dari jasko. Cemana nak ke sana? Maka, aku pun terjah je masuk kat simpang ke jasko. Aku pun terus dan berjalan mengikut logik akal. Tesko tu tadi kat belah kanan, jadi aku masuk je lah jalan2 yang menghala ke situ. Last2 jumpa giantt. Dah dekat la tu kot. Sebab dulu, dulu-dulu masa gaintt tu baru bukak, aku pernah pergi dan masa tu tesko tengah dibina. Pusing punya pusing, akhirnya ketemu jua. Berguna jugak ilmu geografi ek?

Sampai2 je, terus aku ke nagoia. Dan terus menuju ke bahagian curtain. Senang je nak cari sebab aku tau rege curtain tu dan nagoia biasa susun kain dia mengikut harga. So, aku tengok je kad harga yang bergantung2an tu. Sampai je kat tempat dituju, nampak yang kaler biru. Pastu nampak yang kaler biji kundang. Time tu dah lega dah sebab aku plan kalau takde yang aku nak, aku beli yang kaler kundang je. Sekali aku belek2, ternampak pulak yang aku kehendaki. Serta merta terus call encik hairul. Tak tau sebab apa. Saje nak bekongsi kebahagiaan kot hahaha.

Dan, dan2 tu barulah aku berfikir, berapa meter aku nak beli. Selama ni tak terfikir pun. Selesai membeli, terus aku balik. Dah pukul 7pm dah time tu. Waktu balik, jalan adalah lengang. Singgah beli zinger burger kat tepi hiway. Eh, baru aku perasan. Yuitm sekarang diapit oleh kehepsi. Depan, belakang dan tepi. Dulu pernah ada meribraun kat kolej cempaka/kenanga, tapi aku tak pernah la pulak pergi.

Hari terakhir, lepas abis kursus, aku makan dulu. Kendian terus balik. Laaa ropa2nya, selama aku kursus ni, nama aku tak masuk senarai rupanya. Gini. Sebulan yang lalu, dia suh hantar borang pengesahan ke situ. Aku pun isi dan serahkan kat admin untuk sign boss. Katanya dia nak tolong faks kan. Aku pon, ok lah. Pas seminggu, aku pergi admin, tanya, dah faks kan ker? Dah katanya. Aku pun, ok lah. Tak terfikir la pulak nak follow up kat cia5t. Rupanya orang cia5t tak dapat pon borang aku tu. Patut ler bilik asrama tak cukup hihihi. Aku tau pun bila hari last tu, derang suh isi borang pengesahan kehadiran dan nama aku takde. Dah ler sebelum tu, encik tangan emas tu cakap, "kat senarai ni 9 orang je, tapi kat sini ada 10 orang pulak." Aku takde la rasa apa2 masa dia cakap tu. Tapi, bila aku nak sign borang tu, baru lah rasa macam nak menyorok bawah kusi. Isy isy isy dah maca pendatang tanpa izin lak aku rasa. Dah la asik aku je yang nak pegang robot tu.

Balik tu, aku keluar kat ebor dan masuk kat klia. Ada misi yang belom selesai. Actually masa aku sampai nilai ahad lepas, aku ternampak flyer berkenaan jualan clearance stock kat kilang sleepf0cus yang selalu aku pergi tu. Rasa nya tiap2 tahun kot aku pergi. Semuanya kebetulan masanya. Oleh kerana aku dah lama tak beli cadar (lama tak lama, ada la dalam 2 bulan kot), aku pun nak menyinggah ke sana. Dah sampai nilai, kena cari atm dulu. Kebanyakan stesen minyak yang aku lalu dari klia ke nilai, ber atm kan ci*mb. Maka aku pun pusing2 kat nilai. Tak tau pun kat mana ada mebank. Sibbaik ada kat petr0nas depan kedai motor. Ada nostalgia di situ.

Pada suatu masa dahulu, aku pergi ke nilai naik komuter. Kebetulan masa tu motor rosak kot. Jadi, lepas amik aku, encik hairul gi hantar motor tu kat kedai yang disebut di atas. Dan tak boleh siap. Kena tunggu petanggg sikit. Jadi, kami pun turun ke bus stop berhampiran untuk ke stesen komuter semula untuk pergi dating. Entah, nak dating kat mana tah? Dari shah alam ke nilai dan dari nilai ke entah mana semata2 untuk dating? Dasat jugak tahap kesanggupan aku ek?

Pastu, sedang kami duduk menunggu bas, ngah pun lalu. Malu nyer akuuu sebab itu kira first time aku jumpa ngah. Dan aku malu sebab macam desperate sangat sampai ke nilai nak berjumpa adik dia hikhikhik. Dan ngah pun hantar kami ke stesen komuter. Kisahnya, bus stop tu dekat dengan stesen petr0nas yang aku keluarkan duit di atm nya itu. Sekian kisah nostalgia.

Dah kuarkan duit, berdesup la aku ke kilang itu tadi. Ramai jugak pompuan2 sedang memilih cadar langsir bantal dan lain2. Cumanya pilihan kali ni macam kurang menyengat. Tapi, aku terbeli la juga satu set comforter + cadar dan cadar. Selesai membeli aku pun balik. Singgah solat di rnr somban dan terus saja sampai ke rumah. Demikian lah kisah aku yang menghadiri kursus r0b0tic. Eh, aku ni beriya taruk tajuk r0b0tic, tapi takde pun cerita pasal r0b0t ek? Bab kerja kita keluarkan dari blog yea. Tengok gambar saja. Keseluruhannya, aku puas hati dengan kursus kali ini. Sangat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Terima kasih encik tangan emas!

Peserta kursus

Seronok sebab dah geti guna robot. Kira boleh la sembang pasal robot dengan encik hairul sambil makan.

Beriya aku menekan. Actually tangan kiri kena tekan bawah dan atas. Lenguh.

Sampai je rumah, aku terus bertanya tentang tugasan yang aku tinggalkan untuk encik hairul sepeninggalanku. Dan ini lah jawapannya.

Siap ditanda mengikut hari lagi. H stand for HUJAN. So sweet.

nota kaki :
1. tutup esbok: dah 2 kali kejadian pintu esbok tak rapat.
2. kebabom: kebab


2 komen:

kakLuna said...

kiranya ari isnin tu buat semua ek

AyunasiA said...

ya. kebab dan air tahu habis serta merta (sbb tu xde ulangan pd hari2 lain.