Majalah S0lusi adalah satu fenomena. At least bagi aku la. Membaca s0lusi telah membuka mata aku. Terima kasih kepada abang epet yang telah memperkenalkan majalah ini kepadaku. Pada hari raya tahun lepas, aku membaca s0lusi buat pertama kali di rumah abang epet. Sejak itu, aku mula menjadi pelanggan tetap. Tapi aku belum melanggan secara rasmi. Bukan apa, aku takut kalau majalah tu dipos, ia akan rosak semasa dimasukkan ke dalam peti surat ku yang cinonet tu. Kang mesti di lipat dua untuk dimuat ke dalam tu. Memang lah tak menjejaskan isi kandungan majalah tu. Cuma, biasa lah. Aku kan cerewet. Beli kat kedai pun pilih yang tengah2, yang belum disentuh. Dalam fikiran aku, kalau yang atas2 tu biasanya orang dah belek2, free reading. Nanti ilmu yang ada dalam majalah itu dah diserap oleh orang tersebut. Kurang pulak ketumpatan ilmunya hihihi. Nevermind...
Membaca s0lusi pada setiap isu, aku mesti mulakan dengan page terakhir, iaitu ruangan anggukgeleng. Kalau dulu, masa kecik2, aku baca majalah jelita/wanita, aku suka baca ruangan sekapur sirih. Ruangan untuk pembaca bercerita kisah2 mereka yang biasanya lucu (eiii macam skema je tulis lucu. lawak ok, lawak). Tapi, untuk ruangan anggukgeleng ni, ia lebih bersifat sinis. Dan bukan tulisan pembaca. Kadang2 tu, memang kena di batang hidung sendiri. Sadis sadis. Dan kisah yang dipaparkan dalam isu 22 telah membuat aku tersentak. Simple, tapi sangat memberi kesan. Kisahnya lebih kurang begini.
Ada seorang professor menaiki sampan dengan seorang pakcik. Sedang mereka belayar (eh, apa istilah untuk sampan ek? mendayung ke?), prof ni pon tanya kat pakcik ni. Pakcik, pakcik pandai membaca tak? Pakcik ni cakap, saya ni buta huruf encik. Tak boleh baca. Prof ni lalu berkata, oh, kalau begitu, pakcik dah kehilangan separuh dari hidup pakcik. Tak mungkin orang jaman sekarang ni boleh hidup kalau tak pandai membaca. Pakcik ni tak kata apa2. Pastu, prof ni tanya lagi. Pakcik, pakcik ada saving tak? (erkkk aku lupa la dia tanya saving ke harta, tapi rasanya saving kot). Pakcik ni pun cakap, saya ni semekin encik, mana der saving. Prof ni pun cakap, oh, kalau cenggitu, pakcik dah hilang separuh lagi hidup pakcik. Tak mungkin orang jaman sekarang boleh hidup tanpa wang. Sabo je lah (dalam hati pakcik ni kot *aku menambah je ni).
Tak lama kemudian, tiba2, sampan mereka dipukul gelombang lalu bocor. Air mula memenuhi sampan pakcik itu. Mereka pun bertungkus lumus cuba menimba air itu, namun air semakin memenuhi sampan itu. Pakcik pun bertanya kepada prof itu, encik, encik pandai berenang tak? Prof tu menjawab, tidak!. Pakcik tu pon berkata, oh, kalau cenggitu, encik akan kehilangan seluruh hidup encik. Kita nak karam ni, cemana encik nak selamatkan diri kalau tak pandai berenang?
Kuang kuang kuang...
Moral of the story, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kepandaian masing2. Jadi, jangan lah kita suka2 hati memperkecilkan orang lain.
Kenapa kisah ini sangat menghantui fikiran aku? Selain daripada mengingatkan diri aku agar tidak memperlekehkan orang di sekeliling aku (dalam kes ini, students), aku turut berfikir tentang orang lain, rakan2 terutamanya. Kadang2, bukannya mereka memperlekehkan secara direct seperti professor tadi, tetapi, lebih teruk lagi, memaksa pula orang yang diperlekehkan itu mengikut jejak mereka dengan alasan, ingin berkongsi kejayaan. Mungkin apa yang aku katakan ini terlalu kabur. Banyak aspek yang boleh dikupas mengenai hal ini. Cuma, cukup lah aku mengupasnya dalam aspek pendidikan/pelajaran/ilmu. Bab bisnes2 tu boleh lah kiter abaikan. Huh! Bukan semua orang nak kaya sangat la.
Bila direnung2 kembali, aku cuba membandingkan ilmu yang aku perolehi semasa diploma dengan student aku yang juga buat diploma. Bunyi nya sama, tapi isi nya berbeza. Dan perbezaan itu bukan la seperti perbezaan diploma yuitm dengan utm, mahu pon poly. Perbezaannya terlalu jauh. Dan kalau difikir2kan balik, student aku mendapat lebih lagi kalau dilihat dari sudut employability. Ye lah. Diploma aku lebih kepada teori. Kira2, analisis. Semuanya belajar dari buku. Yang hands on nya tidak seberapa. Projek akhir, kalau zaman sekarang ni taraf projek budak sekolah je. Projek budak emaresem pon lagi dasat aku nengok huhuhu. Apa tidaknya, nak buat projek, time tu lah baru nak belajar etching segala bagai. Pandai2 sendiri jek.
Tetapi student aku belajar benda2 yang berkaitan dengan industri. Bukan setakat dalam hal amali, tetapi juga berkaitan dengan management. Cuba bayangkan kilang. Ada QC, purchasing, hr, training, admin, stor, iso, maintenance, semuanya derang belajar. Kiranya kalau derang dapat serap semuanya, masuk keje kat kilang tu kira takyah diajar la. Mungkin la derang lupa, tapi semuanya dah pernah belajar. Pasal commisioning untuk pembelian barang pon masuk dalam silibus. Nak buat meeting pun belajar jugak. Isy isy isy, aku pun tak tau tu semua.
Tapi, ye lah, belajar kat uni, kiter kena independent. Pandai2 la nak belajar benda tu semua. Bijak2 semua kan. Sebab tu lah ramai yang menganggur hihihi.
Apa2 pun, betul lah. Menuntut ilmu biar sampai ke negeri ciner. Dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Orang berilmu akan disanjung mulia. Dan berbagai2 lagi. Masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2. Orang yang pandai, mungkin tak pandai menyelam. Orang pandai menyelam, mungkin tak pandai memasak. Eh, macam lari lak fokus. Kalau semua orang jual murtabak kat bazar, sape nak beli murtabak? Sebab itu Allah menjadikan manusia dengan fungsi masing2. Ada guru kerana ada murid. Ada engineer kerana ada sekolah nak dibina. Ada driver bas kerana ada orang nak pegi keje naik bas. Ada makcik smiling face jual nasi ambeng sebab ada orang yang malas masak untuk berbuka hehe.
Kesimpulannya, hari ini hari terakhir 10 hari pertama, tempoh yg penuh dgn rahmat. Esok, kita akan masuk 10 hari kedua, tempoh yg penuh dgn keampunan. Selamat berpuasa!
Friday, 20 August 2010
S0LUSI
Hasil karya AyunasiA pada 11:28 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
terima kasih kpd solusi, krn kita pun kdg2 ada gak membincangkan perkara berfaedah kan?
ya, boleh juga menyeimbangkan perkara tak berfaedah.
Post a Comment