BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 26 August 2010

Matematik Kuadratik ke Trigonometri?

Kalau pergi pasar ramadhan, aku sangat jarang beli kuih. Ke, tak pernah langsung eh? Senang citer, memang aku tak pandang kuih la. Bukan sebab boikot harga kuih yang naik, cuma, tah, tak berapa gemar kot. Tapi semalam, aku terpandang satu gerai ni menulis, (tak ingat kuih apa)

1= 40 sen
4 = rm2.

Sekali pandang macam takde apa2. Tapi, bila difikirkan balik, eh, betul ker tu? Sampai membuatkan aku terpikir, rumus apakah yang dia gunakan sampai dapat formula tersebut. Macam ada sikit2 y=mx+c, kan?

Kalau takde part 1=40 sen tu, boleh la jugak diterima. Ok, sebijik 50 sen. Tapi??? Apa2 pon, berhati2lah di jalan raya. Ada gunanya korang belajar matematik kat sekolah dulu sebenarnya...

4 komen:

kakLuna said...

persamaan tak berkadaran la pulak. ada ke beli 1 40 sen, beli banyak jd 50sen lak...ish ish sapa la ajar mate dulu eh...

AyunasiA said...

tu lah pasal. pelik jer.

cik puan daun said...

teruk sungguh la matematik.. nak kata riba ke apa ek? ahahahaha

AyunasiA said...

ntah. dia pakai kamiran tak tentu kot.

kat kafe kami pon pernah, satu 3posen, tiga singgit. pas di bahasakan dek cikgu2 ni, baru lah tiga 9posen.