Tuesday, 24 August 2010

Reasons To Date An Engineer


Ingat lagi tak? Masa zaman belajar di universiti dulu, budak2 engine (ada u yang panggil 'kejut' ek?) suka pakai tiset 'reasons to become an engineer' (RTBAE). Tiset ni kira taraf2 fidodido, boylondon la kalau masa kita kecik2. Tiset tu biasanya warna putih atau hitam dan tulisannya kaler kuning kalau tak salah. Ada jual kat CM tiset tu. Bila memakai tiset tu, ada satu kebanggaan dalam diri. Kembang2 idung. Rasa kental, waja, cekal, tough dan macho. Kalau lelaki yang pakai, komfem saham naik punya ar. Saper tak nak berpakwe kan budak engine? Cuba cakap? Budak masscomm je kot hahaha. Tapi, aku dah lupa apa ke reasons nya. Kecuali 1 je yang aku ingat, 'to pay back my study loan' Tak sehsuai betul. Macam la keje lain takleh bayar study loan ek?

Itu kisah tiset rtbae. Yang aku nak kisahkan kat sini sebenarnya ialah tentang satu lagi tiset yang telah diubahsuai daripada tiset rtbae tu tadi, iaitu, 'reasons to date an engineer' (rtdae). Saper ada? Takde kan? Memang la tempat lain takde sebab tiset ni limited edition hehe. Encik hairul je ada. Sebab? Sebab tiset ni didesign oleh housemate dia. Kan aku pernah citer, housemate dia ada students dan ada engineers. Biasanya kalau grad dan dapat kerja kat area situ jugak, derang terus je stay situ.

Tiset tersebut telah direka pada sekitar tahun 2001/2002, aku pun dah lupa. Tapi yang pastinya masa aku degree. Tapi, tiset ni tak berapa laku. Sebab apa tau? Sebab orang tak paham apa makna ayat2 tu. Mungkin derang rasa, kalau derang pun tak paham, inikan pula orang lain yang melihatnya di belakang mereka? Dan kalau mereka2 tak paham, tak sampai lah maksud dan tak tercapai lah objektif mereka memakainya. Tapi, apakah objektifnya? Adakah untuk menackles aweks/balaks? Dah tentu lah kan. Dah tajuk nya pun rtdae kan. Tapi, adakah encik hairul juga menggunakan tiset ini sebagai medium dengan maksud yang sama? Entah lah. Dah memang kami sama2 'engineer to be' pada ketika itu.

Selain faktor kebombastikan jargon2 (taklah dasat sangat sebenarnya) yang digunakan pada tiset ini, satu lagi reason kenapa orang tak berminat nak memilikinya ialah kerana ayat2 itu kebanyakan mempunyai double meaning. Agak bahaya lah. Jadi, takkan lah aku kena buat tiset 'reasons to not buying rtdae tiset' pulak kan. Maka, berkubur begitu saja lah kot. Tak tau lah kalau derang dah komersilkan tiset nih. Setahu aku, tak. Memang tak pernah nampak kat mana2 selain di dalam lemari rumah ku itu huhuhu.

Ok, mari kita terus melihat, apakah yang orang tak paham dan double meaning sangat pada tiset ini. Lets cekidaut!

REASONS TO DATE AN ENGINEER

Lubrication, Friction and Wear is really a class (wo!)
They don't give a damn what people think
They are need to all nighters
They are always willing to experiment (are we? eh, macam tanya kat encik hairul pulak)
They know how to decrease and increase friction (ngehngehngeh)
They know how to deal with stress and strain
Engineering couples haves better moments (awww!)
They know all about heat transfer (ouch!)
They do it with more torque (do what???)
They know how to test their rigid cantilever (apa tuh?)
They design and build larger erections (grrrrr)

Erkkk apa nak tulis ek? Dah lah, tu jer.


2 komen:

kakLuna said...

oo tsirt ni lebih kurang mcm tsirt budak akaun kalau kat UUM la. kalo pakai mcm bangga gitu. (aku ada tapi ntah mana..adik aku amik kot pastu wat pekasam)

ayat dia lebih kurang 'Accounting...It's tough but I still get going (lupa lak apa lagi ayatnya)..'

abang andry yg design tshirt tu pun kreatif..setiap course ada ayat yg membanggakan.

AyunasiA said...

oh, ada ek? tp baju rtbae tu mana2 uni pun pakai.