Sejak sebulan yang lalu, line strimiks aku dah buat hal. Bukan macam biskot chocfudge yang sekejap ada sekejap takde. Ni jenis sekejap ada, lamaaa takde. Dan ada hari2nya, sekejap pon takde langsung. Hasil pemerhatianku, wireless network takde problem di mana, komputer2 boleh connect ke modem. Cumanya, dia tak boleh keluar ke internet. L3D hijau tak menyala dan L3D kuning blinking.
Oleh kerana dia kekadang ada, aku anggap mungkin masalah sejagat lah kot. Tapi, lama kelamaan, makin teruk. Kiranya tak berbaloi la bayaran rm60 aku tuh. Jadi, aku pon menelefon talian hayat. Masaelahnya, telefon kat rumah aku dah kong. Sejak tahun lepas aku tak tukar betri dan cecait betri itu telah merosakkan battery terminal. Maka, tak dapat lah aku menelefon secara free. Guna henfon ken acaj. Tu yang aku fikir 8x sebelum call talian bebas tol itu. Ni umpamanya kereta berpendaftaran luar la. Boleh isi minyak r0n97 je. Takleh isi r0n95. Eh, macam tak sesuai je perumpamaan ni? Lantak ler.
Kali pertama aku call hari sabtu lepas. Dari opis. Dia suh orang yang ada kat rumah supaya meng off kan modem sebab dia nak refresh kat tempat dia. Dan dia suh orang kat rumah juga telefon. Selepas 30 saat, dia suh on kan balik. Encik hairul, bila dia tengok lepas tu line dah ok, maka dia pon tak menelefon balik. Konon dah baik lah tu.
Tapi, panas tak berpanjangan. Tak sempat semalaman, dia jadi balik. Maka, aku pon menelefon lagi pada hari isnin. Orang lain pulak. Lain pulak kekdah diagnosisnya. Dia tak suruh off-on lagi dah. Time aku kat rumah, tak pulak dia suruh off-on. Setelah disiasat, dia pon mendapati terdapat masalah pada talian. Aritu pernah jadi sekali, masalah sambungan kat bumbung rumah ku. Jadi, dia pun dia bukak satu report dan suruh tunggu 24 jam. Kalau takde technician carik, call dia balik.
Esok tu, lebih kurang pukul 11 pagi kot, ada sorang pakcik call berkenaan report tersebut. Aku pun suh encik hairul balik. Selepas dia siasat dalam rumah, takde masalah. Masalah berlaku di kabinet. Teringat pulak masa aku praktikal kat telek0m suatu ketika dulu. Asik laaa mengikut technician tu membaiki line rumah orang.
Selepas itu, keadaan kembali pulih. Petangnya, seorang pempuan call untuk mengesahkan kerja2 telah siap dijalankan. Masa tu aku berada kurang 5km dari rumah. So, tak dapatlah nak confirm dan dia berjanji untuk call lagi esok. Besoknya, sorang lelaki pula call. Dengan skrip yang sama. Dan report pun ditutup. Kes selesai.
Buat julung2 kalinya, aku ingin memuji perkhidmatan mereka ini. Tahniah kepada Telek0m Malaysia. Lenkali taruk ubat halau cicak ye dalam kabinet. Kot2 dia suka gigit kabel.
Saturday, 14 August 2010
Tak OK, Tapi OK!
Hasil karya AyunasiA pada 1:25 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
haaa...dah rasmi ke belum oven tuh?
kalu tak rasmi lagik...hadiah jek kat aku...
luper lagi...aku yg msg tuh..shue
shue: dahhh. ayam, daging, ikan semua aku dah panggang. tinggal kek ngan kuih raya je belum lagi.
Post a Comment