Monday, 9 August 2010

Apa Ada Di Pentas Persada?


Ini kali ke-4 kot aku menjejakkan kaki ke maya persada ini. 2 kali dulu ialah semasa hom3fair 2008. Masa tu aku baru saja habis kursus p3dagogi dan sedang excited nak dapat kunci rumah. Padahal lambat lagi. Abis, rumahnya kat depan mata. Tau lah dia dah siap ke belum, kan. Masa pergi 1st time tu, memang niat nak beli dapo. Siap pegi 2 hari berturut2 lagi. Kali ke-3 kami pergi time hom3fair jugak kot. Ke something yang lebih kurang home2 jugak la. Tapi, takde beli apa2 pun. Saje menyinggah. Kali ni, aku pergi lagi sempena hom3dec pulak. Rasanya, sama je ngan hom3fair. Ada exhibition, ada talk, ada contest. Dan exhibitor yang terlibat pon, balik2 orang tu jugak.

Maka, semalam, kami pon pergi lah pada pukul 11.30am. Owh, dari mana tau ada hom3dec nih? Dari majalah (jawapan kat survey). Sebelum itu, petang semalam (sabtu), kami dah pergi ke kedai rinna1 kat bp nih. Survey dulu. Ada promotion sempena hari raya. Purchase with purchase. Kalau beli hood ngan hob, akan dapat oven dengan harga rendah sikit. Kata tokei tu, kebetulan ada orang nak beli hood ngan hob aje. So, dia boleh order sekali dan secara otomatik aku boleh dapat harga rendah tersebut. Katanya lah.

Dari PR, kami terus ke sana. Sibbaik ada parking kat tepi jalan yang sah. Dan free. Takyah la masuk ke parking lot dia yang 5 hengget sekali masuk tu. Dulu kalo tak salah 4 hengget je. Mula2 sekali pusing keliling. Ada 2 hall. Yang mula2 tu banyak booth dapo2 la. Yang kedua pulak banyak perabot dan deko. Satu persatu oven aku belek. Dalam hati ada rinna1 dan rubin3. Biasanya, kalau dah ada set dalam hati, yang lain2 tak berapa pandang.

Akhirnya bertemu dengan booth rubin3. Eh eh, laaa kedai yang sama kami beli hood ngan hob la. Boleh kawtim nih. Kali ni dia promote barang rubin3 je. Dulu kami pergi cuma rinna1 jek. Sebenarnya aku dah baca semua kat internet. Datang ni nak dapatkan harga terbaik je. Kedai rubin3 kat bp ni pun kami dah survey.

Pung pang pung pang, dah terberkenan. Tapi, belum habis jalan lagi. So, kami mintak diri dulu. Strategi jugak tu hehehe. Habis round semua, dapat lah disimpulkan bahawa, harga yang dia offer tu tidak dapat ditandingi jenama2 yang lain dalam kelasnya. Malah yang lain tu harganya lebih mahal dengan function yang kurang. Kenapa bayar lebih?

Jadi, kami pon balik semula ke booth tadi. Kebetulan tokeinya pun ada. Tah ya tah tidak dia ingat kami beli dapo ngan dia 2 tahun lepas. Ya je dia cakap ingat. Tapi aku masih ingat la muka dia laki bini. Dah selesai tawar menawar, kami pun terus beli. Yang ada stok dan boleh cash and carry. Yang lain tu banyaknya takde stok dan kena ambik minggu depan. Kalau duk jb boleh gak dia anto. Tapi, kena tunggu la sampai petang sebab dia nak kena ambik kat kedai. Ok, sempat la kalau nak tengok wayang ke haper.

Settle kat situ, pusing pulak hall lagi satu. Banyak gak yang menarik, tapi macam takde nafsu lak nak membeli. Sebenarnya hati sudah ada bunga. Tu la pasal.

Sementara menunggu barang sampai, kami ke ct square. Sebenarnya teruja nak lalu susur gajah sebelah pablik bank kat belakang persada tu. Nostalgia gitu. Dulu, turun bas kat k0mtar, kami akan lalu situ untuk ke kotaraya. Jauhnya dating. Itu kali ke-2 kot aku masuk ct square. 1st duluuuuu masa study lagi. Tengok wayang replacement killer time raya. Mula2 solat dulu. Jauhnya surau dia. Tingkat 6. Sebelah panggung wayang.

Pas solat, makan. Ramai nya manusia! Ciner terutamanya. Kat tengah2 tu ada pameran perabot. Cantikkk sangat sofa2 kaler putih. Sibbaik aku dah ada sofa.

Betul2 kami habis makan, tokei tu call, dia dah nak sampai. Sedang elok je timingnya. Boleh, tengah2 jalan tu dia bukak kotak nak kasi aku tengok. "Lu nak balik batu pahat kan, kena la tengok kat sini." Owh, ini lah bestnya berkereta AH. Ko cakap je nak beli apa, takyah pikir delivery atau muat ke tidak. Ok, tak jadi lah nak tukar kereta.

Isy isy isy kuat betul orang jb ni merokok, ek?

Sampai rumah sebelum maghrib. Aku, biasalah, tak sabo. Terus nak pasang.


Ok, muat. Pasni kiter renovate kabinet ni pulak.

Wahhh harapnya tak hangat2 tah1 ayam ler semangat aku nih.


Tengkiu abang. I love you.

p/s nak masak apa ek untuk perasmian???

4 komen:

kakLuna said...

eii geli ar tgk puntung rokok tu...

AyunasiA said...

apa yg ko bygkan?

Anonymous said...

laki ko nak bini angkat tak?
aku pn nak oven..kih3x

Anonymous said...

aku yg send msg tuh...shue