Sebagai salah seorang daripada bekas peniaga online, aku memahami bagaimana eksaitednya perasaan bila bisnes yang dijalankan mendapat sambutan. Asal nampak email baru, PM baru (kat forum), sms, apatah lagi call, berdebar2 je rasa. Bila dapat order, kalau boleh dan2 tu nak pegi pos. Dan rasa puas bila orang tu call back atau sms cakap, 'batik dah sampai. cantik sangat!'. Yang lagi rasa kembang tu, ada tambahan lagi, ' tengok life lagi cantik'. Nak tambah best lagi, ' 'pasni kalau ada stok baru bagitau ceepat ek, takut terlepas or orang lain sambar dulu'. Pergh! Seronok sangat pengalaman tu. Itu semua menyebabkan kita tambah teruja sampai nak meletup (kalau atom2 yang teruja, takut meletup pula. betul lah orang tua2 cakap, jangan suka sangat, nanti dapat sedih. sebenarnya takut nanti meletup hihihi. dah meletup, ye sedih).
Tapi, apakan daya, aku tak dapat teruskan bisnes tu. Kekangan masa. Walau pun masih 24 jam sehari, tak daya lah aku nak mencilok. Orang kata, alahhh buat je lah part time. Ko nak buat, buat lah. Aku, tak berdaya. Lagi pun, aku rasa dah cukup lah rezeki aku setakat ini. Bukannya aku nak kaya sangat. Ok lah ni. Janji aku cukup tido. Tido gak yang aku pentingkan hehehe.
Tapi, sekarang ni, bila aku tengok online bisnes versi kini, adakalanya aku jadi menyampah. Isy, agaknya dulu pun ada orang menyampah kat aku ek hihi. Bukan apa. Dulu, aku nyer bisnes, aku promote kat forum2. KMC, WMC dan tah apa2 lagi forum tah, aku pun dah lupa. Di samping tu, aku ada juga blog dan fotopagess. Dan untuk kesemua medium ni, aku buat benda yang sama. Kiranya kalau nak update stok yang tinggal tu, kena buat sekaligus pada kesemua medium nih supaya orang tak keliru. Dan konsep aku, kalau customer tu jumpa produk aku kat forum, kat forum lah settle. Kalau kat blog, settle kat blog, dan begitu lah seterusnya pada tempat2 yang lain.
Tapi trend sekarang yang aku tengok, bila kat forum tu, kita dah beriya2 nak tengok baju yang dia jual, dia tulis, 'sila ke blog saya yea...'. Nyampah betul aku kalau ada yang buat cenggitu. Umpamanya ko sewa kedai kat bpmall, pastu ko tampal notis, kedai sebenar kami bukan di sini, tetapi di depan bus stand. Gitu. Tak tau lah orang lain. Tapi aku, sangat2 tak suka. Mentang2 la forum tu kena bayar, ko divert kan orang ke blog yang ada advert seperti nanang. Berblog tu tak salah. Aku pun ada blog bisnes jugak. Dulu. Yang salahnya, kenapa tak letak gambar produk kat forum? Nampak nau malas, kan? Tak tau lah sekarang cemana, tapi dulu kiter kena upload gambar ke fotobaket, baru boleh tepek kat forum. Lagi pun kan dah bayar forum tu kan. Memang lah tak rugi sebab berapa la sangat bayaran sewa tu kan. Dulu rm30 je 3 bulan. Tapi, berusaha la sikit.
Dan sekarang, ada pulak social network site, bertambah lah ruang niaga kepada peniaga2 ini. Ni lain pula isunya. Bukan berkenaan berniaga kain2 tudung2 ni. Yang tu aku tak kisah. Ni yang dok ajak orang join bisnes tah haper haper tah. Ok, aku dah siasat, bisnes sms secara pukal. Contohnya ko seorang cikgu, nak bagitau semua student, ada kelas tambahan besok. So, boleh la ko hantar guna perkhidmatan sms pukal itu dengan kadar yang berpatutan. Patut tak patut tu, aku tak tau lah. Tapi, nak ambik pakej tu pun ratus2an la juga.
Bab bisnes tu, aku boleh la pejam mata, aku tak nak, tak perlu, belum perlu. Pendek kata, tak mau lah. Tapi, bila kiter dah tak nak tu kan, perlu ker orang tu membuat stetmen2 yang sepertinya kiter ni tolak rezeki, tak berani mencuba, peluang depan mata pon takmo grrrrrrrrab, gini lah orang melayu bla bla bla. Adoiii pelik betul lah. Tolak rezeki ke aku kalau rasa cukup pada apa yang aku ada? Bukan tak de rasa teringin nak mencapai 'kebebasan kewangan', cuma, aku tak nak. Ok, takde alasan lain. Tak nak. Tak nak!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ok dah. Puas ati aku dapat menjerit kat sini. Itu je. Babai!
Wednesday, 25 August 2010
Online Bisnes
Hasil karya AyunasiA pada 1:55 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
hahhaha..
sebelum ni aku rajin gak beli barang online kat forum2 bisnes..wanita dot com lah etc..kdg sennag gak..banyak je benda yg bleh dot kat situ..
hiks.
tak suka org promot2 bis dalam FB..
:)
ku suka jua, tp, bab kena pegi blog derang tu yg malas. tp dah lama gak tak beli sejak kes tudung bawal yg membawa bencana itu ari hihi.
pon x suka promote biz kat fb. sibuk je memenuhkan dinding rumah org.
Post a Comment