Kami dibawa ziarah ni pada hari isnin 6hb jun. Aku memang dah niat nak puasa sekurang2 nya sekali di madinah, sekali di mekah. Oleh kerana besok dah nak ke mekah, tinggal hari ni je lah yang boleh puasa. Takpe lah kalau tak dapat makan kurma dan minum teh di ladang kurma.
Sebelum keluar, kita baca paper dulu. Macam la faham hihi. Tengok gambo je la.
Mula2 sekali kami melintasi perkuburan baqi'. Ni belah yang bersetentang dengan masjid. Katanya, pada hari kiamat nanti, orang yang pertama dibangkitkan ialah orang2 di perkuburan baqi' ni lah. Kendian baru perkuburan ma'ala (di mekah) dan last sekali semua kubur2 di dunia. Sebab tu ramai orang nak mati kat sini. Kot.
Sama je macam ladang sawit rupanya. Eh, rasanya aku bukan ambik gambo pokok kurma tu. Aku nak ambik gambo benda yang dililit di tiang lampu tu. Aku nampak macam pelekat lalat. Saje dia takmo serangga berterbangan di jalanan kot.
Kemudian kami ke bukit uhud di mana peperangan uhud berlaku. Banyak la ustaz tu cerita, tapi aku tak geti nak cerita balik. Bukit ni kelihatan kemerah2an sebab katanya umpama darah para syuhada la.
Masa nak balik dari bukit uhud ni, ada sorang makcik ni tertinggal. Dia datang bersama femli. Dekat 10 orang aku rasa femli dia. Time kat situ dia jalan sensorang. Pastu dia citer, ada orang pimpin tangan dia. Dia ingat anak sedara dia (pempuan). So, dia ikut je lah. Bila dah jauh tu, rupanya2 baru dia perasan yang itu bukan anak sedara dia. Cecepat dia baca rabbi yasir wala tu'assir dan dapat lari dari pompuan tu. Mujur juga dia nampak sedara dia kat bas. Drama betul la makcik ni.
p/s kat madinah susah nak jumpa atm bank al-rajhi. Kalau kat mekah bersepah atm drive thru.
1 komen:
Salam.
Terasa sangat mcm dah berada disana. memang rindu.
tq.
amin
Post a Comment