Tuesday 17 October 2006

SABTU

Petang, pergi Parit Kemang, beli kerepek. RM47. Then, pergi The Store Rogayah. Beli baju Pak Asim. Pastu pergi Summit, beli barang kek sikit. Pastu pergi Pasar Malam Pesta, beli bawang dan makanan buka. Mi and kuih. Balik, betul2 nak buka. Malam aku tak pergi surau. Buat terawih sensorang kat rumah. Malamnya ada Qiamullail. Abang pergi sensorang. Aku kejut kul 3 pagi.

AHAD

Pagi pergi pasar. Beli udang sekilo RM13, daging ½ kg RM8, kerang 2 piring RM4 (mahal sebab dekat setahun tak de), sayur dan buah oren. Ingat Jumaat nih nak buat lauk raya. Raya awal sikit. Tahun ni raya kat Semenchu, selalu takde masak rendang daging. Pulak tu, belah diorang ni suka masak rendang cili padi. Tak best. Putih je kaler nya. Rasanya pun not my taste la. Hehehe. Pastu pergi K4 beli chicken thigh. Ok ayam nya setakat nih. Buka, cuba masak kerompot, tapi rasanya macam banyak serai or lengkuas. Tapi ok-ok je lah. Masak banyak gak. Ingat In nak datang, sekali tak jadik. Heeeee. Abang bawak balik bubur lambuk dari surau lepas Zuhur. Cukup lah sampai sahur. Yang best nya dalam bubur tuh ada gear box. Best-best.

Petang, sambung menjahit langsir rumah sendiri. Yang dah siap tu langsir umah Semenchu. Ari tu dah jahit gak, tapi tergendala sebab lom dapat idea. Memula iron langsir. Pastu pasang langsir bawah, bawak ke bilik2 atas. Bilik aku kaler putih, bilik sebelah kaler biru.

Langsir baru aku nih kombinasi tabir kawin dulu kaler krim ngan kain organza kaler merah/maroon, ada bunga2 timbul. Cute. Asalnya aku dah siap jahit tape untuk dipasang pada rel. Tapi, abang tak beli2 relnya. Konon nak beli lepas dapat ’surat’. Takde kaitan. Dah tentu lah raya minggu depan, takkan aku kena pindah minggu nih kan? Lagi pun Fara yang dapat post PSM bagitau dia report 7 Nov. Aku mesti lah lagi lambat.

Oleh sebab semangat nak pasang langsir, aku pasang lah siap2 cangkuk nya. Konon nak try pasang kat paku je. Sekali bila pasang, WAH! Just nice! Macam pasang kat rel jugak. Kitorang sangkutkan cangkuk kat spring langsir yang lama. Kalau cenggini sudah bagus. Bleh jimat banyak. Takyah lah abang tebuk lagi rumah Cik Leman nih. Maka, pada hari Ahad, 22 Ramadhan 1427H, rumah ku telah berlangsir baru. Yeah! Tapi aku tak jahit aksessorinya lagi. Boleh kalau nak beli pengikat tu kat kedai, tapi, dah terlanjur jimat, biar jimat banyak, kan. Hehe.

HARI INI, ISNIN

Hari ni aku sambung jahit langsir untuk tingkap dapur. Langsir ni kena singkat. So, aku letak kain maroon atas kain krim. Yang krim tu tegak je, yang maroon aku buat lengkuk, letak ropol biasa. Ropol pun tak beli, recycle dari langsir lama. Langsir lama tu dah kena makan matahari, dah pudar. Tapi ropolnya elok lagi. Memang aku tak rajin bukak basuh pun. Kira pakai buang lah. Ni pun tengah pikir nak buat apa ngan langsir tuh. Nak derma kat orang miskin pun tak sampai ati, dah berbelang pudar. Kalau nak bagi, biar yang elok kan? Idea, anyone?

Dah siap tu, aku jahit pengikat langsir pulak. Aku jahit reben besar dari kain krim. Pastu aku gunting lebih2 bunga timbul kat langsir maroon, jahit kat tengah reben. Jadinya, memang cute. Penat aku bebel bila abang asik kritik je. Nak kritik pun biar lah time orang tengah jahit. Ni, dah nak siap, dia kritik, dah kena tetas balik. Eeeee kurus puasa aku ari ni. Aku ni bab tetas kain ni memang tensen. Buang masa tul. Tapi takpe, hasilnya memang memuaskan.

Siap2 jahit dekat kul 6, cecepat masak. Sibbaik aku dah siap rebus dan kopek kerang. So masaknya pun sekejap je lah. Malam, aku jahit langsir kecik. Ada lagi satu bahagian bawah sink nak kena cover. Dan siap! No more menjahit!!!

Thursday 12 October 2006





Hari ni takde mood nak membuat apa2. Dah tak menjahit nih, tak tau pulak nak buat apa. Tahun ni tak nak buat kuih raya lagi. Tahun lepas aku buat kuih goyang dari pagi ke petang, kerepek pisang tanduk 2 hari, almond london sehari suntuk. Kuih2 tu sumer terbuang begitu saja. Takde sape nak makan, dan takde selera nak makan. Jadi, kesimpulannya, tahun ni, beli je kerepek2 yang berlambak kat BP ni. Buat kek jek. Tupun bukan untuk diri sendiri. Nak bagi mak. Mak ada suruh buat kek kukus, tapi aku tak geti. Tak pernah cuba pun. Lagi pun aku takde pengukus pun. Jadi, aku akan buat kek coklat je lah. Kek lain aku tak suka makan.

Petang ni nak masak mi goreng lah. Malam tadi, kat surau ada lawatan dari Majlis. Diorang round surau2 dan masjid2. Ada moreh mi goreng. Nampak sedap, tapi aku tak makan, terus balik. Abang nak pegi semula lepas antar aku, sekalinya moto lak tersengguk tengah jalan. So, aku akan ganti mi goreng untuk abang hari ni.

Suspen je bila posmen berenti depan rumah. Tapi takde pun surat yang aku tunggu. Takpe lah, lepas raya kot.

Aku teringin nak buat agar2 kering lah. Masa kecik2 dulu arwah mak selalu buat. Aku ingat lagi dia jemur lengkong tu atas bumbung ikut tingkap bilik depan tu. Tapi kena jemur 8-10 hari. Sempat lagi tak ek? Sempat je lah ek. Kat sini kan panas. Eh, tapi jerebu ni, boleh ke jemur kat luar? Kang jadi lengkong jerebu plak. Elok2 warna-warni, jadi kelabu plak. Akan difikirkan...

Wednesday 11 October 2006

Semalam, siap lah sudah aku menjahit segala tok nenek jahitan untuk hari raya. Nyampah dah tengok mesin jahit tuh. Sibbaik dia tak buat hal bulan2 pose nih. Jarang sekali benang terbelit atau putus macam selalu dia buat tu. Thank you mesin! Kalau ada lebih duit sok, aku nak beli mesin yang tegar sket. Baru bleh jahit lelaju. Aritu dah usha mesin jahit high speed yang macam selalu tukang jahit ada tuh. Tapi masa tu sebab ada plan lain. Kalau dah keje gomen sok, menjahit sebagai hobi je lah di samping pendapatan sampingan buat beli jajan.

Semalam buka mihun goreng. Asik mihun aje aku ni. Nampak sangat malas. Bukan malas sebenonya. Dah jemu makan nasi tetiap ari. Lagipun, takde lauk nak di masak. Kan kemarin aku suruh abang beli ayam kat K4 kan. Tapi takde. So, takde lah stok lauk dalam fridge. Best je tengok area freezer tu clear. Tapi, benda2 segera tu adalah. Macam drummet, prawn ball, frankfurter, air batu. Yang tu aku letak atas dulang atas. Makanya mihun aku semalam tak sedap. Lupa lak, pagi semalam abang dah pesan, kalau nak beli udang kering, pegi lah jalan sket kat kedai tu. Bukan jauh pun. Oklah. Demi nak masak mihun, lepas siap menjahit dan Asar, aku pun menapak ke kedai, beli udang kering mihun dan sayur sawi. Entah kenapa, banyak sangat kot bahan campuran dalam mi tu hingga telah mengubah rasa mi ku itu.

Sekarang memang dah standard, Isyak kat surau memang mengantuk. Tapi time terawih ok plak. Tak tau lah spesies apa yang bergayut kat kelopak mata ku ini di bulan mulia nih. Semalam imam nya baca laju jek. Tapi dia baca ada mood. Kejap laju, kejap slow and steady. Selalu tiap2 ari aku akan tanya, imam mana tadi? Sekarang, aku dah kenal. Ada beberapa imam kat surau tu. Satu, imam slow and steady semalam. Bacaan dia lembut jek. Kalau part baca surah al-A’la tu, aku dengar macam lagu plak. Mendayu2. Tapi dia baca kejap laju, kejap slow. Kekadang bila dia da masuk gear 5 tu, laju semacam jek. Terkejar2 aku nak mengikut dia rukuk dan sujud. Eh, ni bukan mengumpat, just mengexplain diri seseorang.

Imam kedua plak, bacaan dia teramat lah pekat makhraj dan dengung nya. Slow jek. Kalau dia jadik imam, confirm, kul 10 baru abis. Sorang lagi, aku rasa imam muda sket. Makanya, aku rasa dia faham isi hati jemaah yang nak cepat cam aku ni. Eleh, jangan nak tipu lah. Mesti korang sumer nak abis cepat kan? Hehehe. Imam ni baca laju jek. Rukuk sujud dia pun sekejap. Memang terkejar2 yeop. Ada lagi sorang, dia baca ada tonasi sket. Nak tau, kalau dia baca Fatihah, part ...Iyyakana’ buduwa iyyaka nasta’in. Ada lagu sket. Susah nak diterangkan. Tapi memang sedap. Lastly, ni bukan imam. Dia bilal yang tukang berbalas pantun selawat tu. Dia ni kami panggil ’amin aaamiiiiiiiiin’. Kan doa lepas terawih tu ada yang amin Ya Allah. Pastu ada amin aaamiiiiiiiiiin. Ha... kat situ lah keistimewaan tonasi bilal nih.

Ok abis cite pasal imam surau al-Azim Bukit Perdana.

Hari ni, pepagi lagi abang dah pegi pasar. Dia tak ajak pun. Tahu2 dia balik bawak udang, sayur dan buah limau. Sekarang ni dah takde limau jenama Sunkist. Kitorang selalu beli model Sunkist 4013. Yang biasa tu 4014, masam dan ada biji. Yang ni takde biji dan manis. Tapi sejak dah takde Sunkist nih, kami jarang beli. Kalau beli pun cuba dulu 10 bijik. Kalau ok baru beli selalu. Kalau tak, cuba yang lain plak. Setakat ni takde yang bebetul manis macam Sunkist 4013 nih. Sejak aku dah boleh makan udang nih, tiap2 minggu beli udang sedang. Memula bulan 3 dulu, harganya sekilo RM10. Puas ati, besar2. Sekarang ni, paling murah RM13. Tupun tak besar sangat. Last week, baru dapat yang besar2 ibu jari abang. Puas lah kalau makan sekor2. Aku selalu masak sambal jek. Kekadang jek goreng kunyit atau goreng tepung. Cumanya aku takleh makan telur, makanya, jarang lah masak goreng tepung udang or sotong. Kalau abang nak sangat baru aku masak.

Cakap pasal masak sambal nih, nak cite lah pasal aku memasak. Aku mula belajar masak masa sekolah menengah. Bukanlah belajar bebetul. Tengok mak masak. Lagipun, sebelum tu aku tak de mak, sape plak lah nak mengajo kan. Sampai abis sekolah aku cuma pandai masak asam pedas, sambal tumis, kari dan goreng sayur. Tu pun asas je. Tak de petua segala.

Masa degree kat UiTM, aku duk rumah sewa dan umah sewa abang pun dekat ngan umah aku. Makanya, kami ni 100% bergantung pada PTPTpu kan. Memang bila dikira2, tak cukup 3500 tu untuk satu semester tu. Masuk semester baru, pinjam duit abang TP. Dapat PTPTpu, cover balik. Makanya, aku pun share duit ngan abang, setiap awal semester tu, beli beras dan segala bahan memasak. Aku masak almost setiap hari termasuk cuti umum. Masa ni aku pinjam buku masak Kak Shila dan fotostet. Memula tu aku ikut lah jugak resepi dalam buku. Lelama aku try improvise sendiri ikut selera aku. Sebab resepi dalam buku ni kekadang ada letak bahan yang aku tak suka samada rasa atau baunya.Kat sini lah aku mula memasak lauk campak2 dan pelbagai lagi.

Kitorang selalu makan sesama time lunch kat Tasik Shah Alam. Kekadang housemate aku pun terikut2 gak. Malam, aku tapau siap2 kat abang. Kelakar plak. Aku ada tupperware yang cukup untuk 2 kali masak. So, tiap ari abang akan antar tupperware semalam dan aku bagi lauk ari ni. Bertukar2 gitu. Sepatutnya kan pulang lah bekas berisi kan? Ini memang tak pernahnya berisi. Kesian abang, selalu makan kat rumah jek. Kawan2 lain biasa lah kan, makan kat luar or mamak. Dia plak duk rumah makan masakan aku yang kejap sedap kejap tak. Sampai sekarang, kena makan lagi masakan aku, sampai bila2 lah pulak. Tu pasal aku cakap kat abang, kalau balik kampung tu, takyah lah suruh aku masak lagi, nak lah pulak rasa masakan mak kan? Tapi dia tetap lah nak aku jugak yang masak. Kalau aku tak tolong masak, dia kata malu nak makan, aku tak tolong. Hisy. Tapi kekdah nya memang takleh skip memasak kat rumah mertua. Walau selalu aku confuse ngan resepinya yang berbeza. Plak tu, ada plak comparator yang tukang tanya2 resepi aku yang lain dari kebiasaan dia kan. Bukan mak lah bang. Dot dot dot. Bila abis degree tu, aku rasa dah semakin yakin memasak. Kira kata orang kalau nak kawin dah boleh lah. Tapi, nak masak untuk banyak orang, tak berani lah jugak.

Ok, nak cakap pasal sambal udang. Resepi sambal udang aku ni sama je cam orang lain, tapi aku rasa, nilah sambal udang terbest pernah aku makan. Hiks. Ke sebab aku dah 8 tahun tak makan udang? Bila makan tu, aku selalu tak makan misai dan kulit tapi aku hisap sambal kat kulit tu, terasa sedap lah sambal tu. Cumanya, aku masak tak macam mak. Aku tak tumis bawang besar dulu. Tapi aku tumbuk sumer bawang putih ngan bawang merah dan belacan. Pastu terus tumis cam biasa. Sejarah aku tak pakai bawang esar ni sebenarnya masa aku duk Tganu dulu, kan balik seminggu sekali. Makanya masak pun jenjarang. Bawang besar plak, kalau sebijik, sekali masak memang tak abis. So, kalau aku belah dua, minggu depan nak pakai, dah layu. Buang. Sejak tu aku dah tak pakai bawang besar. Membazir jek. Aku tau ada orang suka masak pakai bawang besar kan. Lain rasanya.

Ok rasanya petang nih nak masak sambal udang lagi lah. Abang ada beli mi kuning. Dia suka lah tu mi goreng yang aku masak minggu lepas. Kalau tak, takkan dia beli lagi kan 2 minggu berturut2. Main hentam je aku masak mi tu, tapi sedap jugak. Hehehe.

Monday 9 October 2006

SABTU

Petang keluar pergi The Store card sale. Dapat lah beli munyak masak cap buruh 9.99 dua botol. Nak bagi mak2. Selalu beli minyak Saji. Sokong produk Felda. Tu pun beli bila harganya bawah 10. Sekarang ni lagi untung. Makin banyak pasaraya, diorang saling menawarkan harga rendah. Yang untung pengguna. Kan? Beli gak lagi 2 Buttercup, satu 1.89. Ari tu dah beli 2. Nak buat kek. Beli Dynamo 17.99. Tunggu punya tunggu, turun gak harga dia. Kitorang memang tak beli kalau harga biasa. 20++. Selalu tengok katalog bila masa harga murah. Barang dapur bukan ada diskaun 20% ke, 50% ke. Kena lah jadi pengguna bijak. Kalau sofa, langsir boleh banding2 ngan jiran sebelah, beli barang pun kena lah banding kan harga. Eh, Yayu, kat sini kalau offer Drypers selalu 31.99. Kalau nak, bagitau.

Pastu beli Maybelline Clear Smooth aqua gel foundation 19.90. Sejak tak kerja ni, memang tak pernah beli lagi. Suka pakai benda ni. Beli Sunquick 7.90. Beli gak baju baby untuk anak Kak Long yang baru bersalin last week. Anak pempuan. Senang nak pilih. Baby Kiko 17.90. Best buy item. Nak beli cam Nurin, takde bajet. Kak Zela pun dah nak bersalin raya ni. Ingat nak beli sekali hadiah. Sekali tanya, dia tak scan pun. Hehe ada ke tanya jantina orang tu yang belum kuar lagi. Hiks.

Tak beli buka. Masak simple, goreng ikan keli ngan sotong. Terawih sekarang nih, mengantuk tul. Lebih2 lagi part solat Isyak. Tersengguk2. Lepas terawih ada tazkirah. Lama lah jugak.

AHAD

Lepak kat rumah jek. Jahit sket. Buka bubur lambuk ngan udang goreng jek. Bubur dari surau. Siap ada gear box lagi. Siap sedut guna straw lagi. Malam lepas terawih, masak mi goreng. Sahur pun makan mi ni.

HARI NI

Hari ni menjahit langsir lagi. Tak cukup plak tape nya. Kena beli 10 meter. Suruh abang. Buka masak mi lagi. Abang beli ayam panggang kat K4 yang tak semenggah. Tawar hebeh. Langsung takde rasa. Ingat jap lagi nak masak kicap la ayam tu.

Terawih kat rumah ngan abang. First time.

Friday 6 October 2006

Pagi, pergi pasar. Tak lah pagi sangat. Kul 11.30. Kitorang memang saje pergi lambat. Kalau awal2, mahal sket. Kalau da nak tengahari, diorang nak perabis, so boleh murah sket. Beli sayur kailan seikat, mee kuning setangah kilo, tahu dua keping, sawi seikat. Beli buah oren seedless, ’janji manis’. Beli telur sepuluh biji. Beli udang sedang 1.5 kilo. Sekilo RM14. Beli sotong setengah kilo.

Tak mo beli ayam sekor lagi. Selalu, kalau beli sekor, part dada selalu terpinggir. Kalau nak masak mee baru kuarkan. Last2, makin bertambah part dada kat dalam fridge. Kalau beli kat Fajar, murah, tapi ayam ’make-up’. Macam tak bermaya je aku tengok ayam tu. Tak selera nak masak. Aritu beli kat Carrefour. Part thigh jek. Sekilo baru RM4++. Ada ati kura. Beli 4 keping, boleh masak 2 kali. Ayamnya pun ok. Nampak segar. Tapi, tak tau lah kalau awal2 ni aje ayam nya segar. Dulu, tahun lepas, masa Fajar baru bukak yang baru, murah jugak. Sekarang, sama jek. Apa2 pun, shopping kat The Store gak yang best. Macam shopping kat Jusco. Seronok tengok cadar cantik2.

Petang sambung menjahit langsir. Dah 3 keping. Yang tebal tinggal satu. Yang nipis ada baaaaaaanyak lagi. Baju raya aku pun baru siap. Dah lama beno aku jahit. Tapi aku tak pasang getah siap2. Takut2 tergemuk ke kan. Tadi dah pasang getah. Tak mengembang pun pinggang aku. Masih 23. Hehehe

Buka masak sambal udang. Yummy! Ngan udang goreng. Sayur kailan masak sos tiram ngan bawang putih. Sayur wajib. Ari ni tak beli kuih. Ada, makan. Tak de, tak mintak.

Terawih harini ngantuk sket. Cuma imam tu baca surah panjang banget. Aku rasa dia perabis satu page satu rakaat. Baru aku tau diorang baca surah dari Quran besar. Aku ingat selama ni diorang hafiz. Tapi masa kat Tganu dulu, memang hafiz la. Lancar je. Teringat2 dia baca Surah Al-Qadr. Sedap je dia baca part ...Lailatul qadri khairun-min al fisyahr. Best aje bunyik ’syahr’ tu.

Kul 10 da abis terawih. Abang terus balik. Selalu balik semula ke surau. Tadarus. Nape entah arini dia nak balik lak. Sibuk siapkan tesis dia. Nak present 2 minggu lepas raya. Good luck abang! Caiyok!

Tengah buka, abang TP call. Tanya pasal offer. Lepas raya kot. Bisnes ditangguhkan nampaknya. Or, nak tukar strategi.

Thursday 5 October 2006

Hari menjahit sedunia. Hari ni siap semua baju. Yayu, Kak Zela, Mak dan Risya. Huh. Tinggal langsir plak. Hm... nak buat macamana kalau nak jadi menantu kesayangan, kena lah jahitkan langsir. Pulak tu, bukan disuruh atau aku yang offer diri, abang yang suka2 offer bagi pihak aku. Suka2 dia jek. Memula jahit langsir biasa jek, tegak je, letak tape. Sekali, pak mentua plak suruh pasang ’night curtain’. Tingkap kat rumah tu, kalau malam memang telus. Sudahnya, baru sekeping je daripada 8 keping yang aku dah jahit. Banyak nya lagi...

Hari ni buka nasik je. Ada kuih abang beli, tapi tak menepati selera aku. Kuih keria, cucur badak, kuih dadar ngan pulut panggang. Sungguh tak menyelerakan.

Hari ni terawih sungguh mengantuk. Betul agaknya teori diorang, sape duk saf depan sekali memang mengantuk. Saf pempuan la. Esok aku nak kembali ke saf asal lah.

Wednesday 4 October 2006

Tengahari, dapat SMS dari Fara,
’Asia..aku nampak nama ko dlm spa.ko dpt keje kt jpa ek?tahniah!:-)
La... satu Malaya dah tau la ek? Hehehe

Telepon Ita lak. Pun dah tau?

Dah takleh rahsia dah. Konon nak tunggu dapat surat. Malam, SMS abang TP, abang Epet ngan telepon abah. Terlanjur dah tau, baik bagitau sumer kan. Hehehe.

Arini buka mihun goreng. Masak banyak. Sedap. 3 kali masak dah abis singgit udang kering.

Petang, menjahit lagi. Bengang betul, asik tersalah aje. Last2, dapat siap satu kain+3/4 kain jek.

Tuesday 3 October 2006

Hari ni genap setahun nenek meninggal. Al-Fatihah.

Hari ini pada tahun lepas, aku masih kerja di Tganu. Dapat call dari abah tengah malam, tak ingat kul berapa. 2 minggu sebelum tu, pun sama. Atuk. Dapat call dan aku decided to bertolak pagi kul 5. Tapi sampai2, dah pun dihantar ke tanah perkuburan. Tak sempat tengok.

Kali kedua ni, aku tak nak terlepas. Pukul 3 pagi aku dah mandi dan bersiap dan bertolak dari Dungun. Pagi yang hening, aku sesorang drive dari Dungun ke Mersing. Bayang aje lah keadaan jalan time tu. Lengang dan berkabus. Boleh aku singgah isi minyak lagi kat Paka. Dalam fikiran aku time tu, kalau ada orang jahat pun aku tak kisah. Janji sampai secepat mungkin.

Aku sampai dalam kul 8 pagi. Subuh kat Pekan, surau tepi jalan. Kalau 2 minggu sebelum tu aku terus balik BP petangnya, yang ini aku balik esoknya. Pagi2 sebab ada kelas kul 2 petang. Sempat lah sampai tu lunch dulu. Kul 1. Thanks to Aziz sebab tolong aku untuk kedua2 kes ni.

SABTU

Hari jalan-jalan sedunia. Tak nak masak. Tak nak duk umah. Penat dah mengadap mesin jahit, jarum, gunting, benang. Sampai kasar2 jari hantu aku kena cucuk jarum masa sembat leher. 6 pasang baju kurung. Kira baik lah aku jahit mata lalat jek. Nak jahit tulang belut?

Kul 2 petang, keluar. Tak tau lagi nak gi mana. Mana lagi tempat nak jalan kat BP ni? Memula pegi bus stand. Jenguk competitor. Oh... bukan competitor lah. Masih ada peluang. Terus ke Carrefour. Tak tau cari apa. Bukan pergi cari barang nak dibeli. Cari apa barang nak beli. Last2, beli otak2 gulung ngan ayam.

Tak puas lagi jenjalan, pegi Summit plak. Pusing2 jek. Tengok ada 2 kedai nak pindah. Satu, kedai emas, pindah kat dalam Carrefour. Dua, kedai jahit+andam+kebaya nyonya, pindah sebelah Carrefour. Upah jahit dia punya lah mahal. Leher jahit mesin je 30. Mata lalat 35, tulang belut 40. Agaknya memang rate sekarang kot. Aku je yang ketinggalan kot.

Pastu, tengok jam baru kul 5. Gi pasar malam Pesta+bazaar Ramadhan. Beli mi, kuetiaw, tahu panas, kuih donut+popiah sambal. Tak selera la tengok makanan. Malam Terawih macam biasa. Tengah malam, wat sembahyang Taubat+Hajat. Sahur lebih mi dan roti telur, termasin. Kesian abang dapat makan sikit jek.

AHAD

Hari duk rumah sedunia. Abang tak mo jalan lagi. Esok baru jenjalan. Segamat. Petang, dekat2 nak buka, Saleh, In dan Ulin datang. Buka mihun goreng aku masak. Sedap plak. Malam, Terawih cam biasa. Balik tu ikut diorang gi Carrefour cari kasut Saleh. Sampai pintu masuk, pak guard dah sound, ’lagi 15 minit jek’. Cecepat cari kasut. Aku beli kurma je. RM10. Ada 2 macam sama tapi tak sama packaging. Dia kata, yang ni datang sekali banyak, packing kat Malaysia, yang tu siap2 packing kat sana. Oh. Aku pilih yang dah packing siap2. Sama je. Balik tu dah lapar semula. Habiskan mi dan goreng otak2 gulung. Sedap. Selalu kalau nak makan otak2, beli jek kat Kempas, kilang dia. Satu baru 20 sen. Raya tahun lepas, da naik 21 sen satu. Baru2 ni beli, dah 20 sen balik. Sahur, bebola udang ngan otak2 lagi. Ngantuk tul, aku tido balik.

ISNIN

Lepas Subuh terus siap2. Nak antar Saleh ke Segamat. Nak kena hantar ek? Aku ikut jek. Bab jenjalan, mana bleh tinggal. Bertolak kul 7.05 pagi. Sampai kul 9 pagi. Nostalgia plak lalu Yong Peng. Dah setahun aku tak lalu situ. Opsss Saleh ada Kursus Intensif Bahasa Inggeris anjuran Felda di Kolej Komuniti YPJ kat Taman Yayasan Segamat.

Kolej tu kat kawasan kedai. Siap daftar dalam kul 11, hantar ke asrama; rumah teres setingkat kat taman tu. Kul 12 taklimat ibu bapa dan abang kakak. Rasanya kitorang je yang bukan ibu bapa. Hehe. Abis tu, gi cari mangga dan makan2. Cari bantal RM 7 kat kedai perabot. Untung kedai tu kalau tiap kali student register, tak diberitahu, apa yang kena bawak.

Tengah tunggu Saleh register tu, Yayu telefon. Tak fikir apa2. Sekali Yayu kata, Tahniah! Tahniah nape plak? Nga dapat. Heh? Bukan 10hb ke baru keputusan keluar? Yeah! Akhirnya. Syukur Alhamdulillah. Percubaan kali ketiga baru berjaya. Abang macam tak suka jek?

Balik lepas antar Saleh ke asrama lepas beli bantal. Singgah Jakel. Wajib? Tak beli apa2. Bukan taste aku lah corak kain kat Jakel tu. Terus balik. On the way, start berangan2 ngan abang. Kemungkinan2 posting ke mana2. Seronok nya…

Singgah Yong Peng. Econsave. Ingat nak beli serbuk coklat Van Houten RM3.99. Dah abis. Kecewa. Beli kopi jek. Ngan mihun. Beli buka kat Bazaar lagi. Sampai umah dalam kul 5.30. Lepak. Tapi excited nak tengok result dengan mata kepala sendiri. Takde kredit nak bagitau satu Malaya...

Lepas buka, dah tumbang. Tak larat nak gi surau. Tertido sampai kul 9.30. Bangun, Isyak+Terawih+witir sesorang. Amin Aaamiiiin. Tengah malam, masak mihun goreng untuk sahur. Bangun kul 4.45 terus panaskan jek.

Monday 2 October 2006





What else to say? Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan.