SABTU
Petang, pergi Parit Kemang, beli kerepek. RM47. Then, pergi The Store Rogayah. Beli baju Pak Asim. Pastu pergi Summit, beli barang kek sikit. Pastu pergi Pasar Malam Pesta, beli bawang dan makanan buka. Mi and kuih. Balik, betul2 nak buka. Malam aku tak pergi surau. Buat terawih sensorang kat rumah. Malamnya ada Qiamullail. Abang pergi sensorang. Aku kejut kul 3 pagi.
AHAD
Pagi pergi pasar. Beli udang sekilo RM13, daging ½ kg RM8, kerang 2 piring RM4 (mahal sebab dekat setahun tak de), sayur dan buah oren. Ingat Jumaat nih nak buat lauk raya. Raya awal sikit. Tahun ni raya kat Semenchu, selalu takde masak rendang daging. Pulak tu, belah diorang ni suka masak rendang cili padi. Tak best. Putih je kaler nya. Rasanya pun not my taste la. Hehehe. Pastu pergi K4 beli chicken thigh. Ok ayam nya setakat nih. Buka, cuba masak kerompot, tapi rasanya macam banyak serai or lengkuas. Tapi ok-ok je lah. Masak banyak gak. Ingat In nak datang, sekali tak jadik. Heeeee. Abang bawak balik bubur lambuk dari surau lepas Zuhur. Cukup lah sampai sahur. Yang best nya dalam bubur tuh ada gear box. Best-best.
Petang, sambung menjahit langsir rumah sendiri. Yang dah siap tu langsir umah Semenchu. Ari tu dah jahit gak, tapi tergendala sebab lom dapat idea. Memula iron langsir. Pastu pasang langsir bawah, bawak ke bilik2 atas. Bilik aku kaler putih, bilik sebelah kaler biru.
Langsir baru aku nih kombinasi tabir kawin dulu kaler krim ngan kain organza kaler merah/maroon, ada bunga2 timbul. Cute. Asalnya aku dah siap jahit tape untuk dipasang pada rel. Tapi, abang tak beli2 relnya. Konon nak beli lepas dapat ’surat’. Takde kaitan. Dah tentu lah raya minggu depan, takkan aku kena pindah minggu nih kan? Lagi pun Fara yang dapat post PSM bagitau dia report 7 Nov. Aku mesti lah lagi lambat.
Oleh sebab semangat nak pasang langsir, aku pasang lah siap2 cangkuk nya. Konon nak try pasang kat paku je. Sekali bila pasang, WAH! Just nice! Macam pasang kat rel jugak. Kitorang sangkutkan cangkuk kat spring langsir yang lama. Kalau cenggini sudah bagus. Bleh jimat banyak. Takyah lah abang tebuk lagi rumah Cik Leman nih. Maka, pada hari Ahad, 22 Ramadhan 1427H, rumah ku telah berlangsir baru. Yeah! Tapi aku tak jahit aksessorinya lagi. Boleh kalau nak beli pengikat tu kat kedai, tapi, dah terlanjur jimat, biar jimat banyak, kan. Hehe.
HARI INI, ISNIN
Hari ni aku sambung jahit langsir untuk tingkap dapur. Langsir ni kena singkat. So, aku letak kain maroon atas kain krim. Yang krim tu tegak je, yang maroon aku buat lengkuk, letak ropol biasa. Ropol pun tak beli, recycle dari langsir lama. Langsir lama tu dah kena makan matahari, dah pudar. Tapi ropolnya elok lagi. Memang aku tak rajin bukak basuh pun. Kira pakai buang lah. Ni pun tengah pikir nak buat apa ngan langsir tuh. Nak derma kat orang miskin pun tak sampai ati, dah berbelang pudar. Kalau nak bagi, biar yang elok kan? Idea, anyone?
Dah siap tu, aku jahit pengikat langsir pulak. Aku jahit reben besar dari kain krim. Pastu aku gunting lebih2 bunga timbul kat langsir maroon, jahit kat tengah reben. Jadinya, memang cute. Penat aku bebel bila abang asik kritik je. Nak kritik pun biar lah time orang tengah jahit. Ni, dah nak siap, dia kritik, dah kena tetas balik. Eeeee kurus puasa aku ari ni. Aku ni bab tetas kain ni memang tensen. Buang masa tul. Tapi takpe, hasilnya memang memuaskan.
Siap2 jahit dekat kul 6, cecepat masak. Sibbaik aku dah siap rebus dan kopek kerang. So masaknya pun sekejap je lah. Malam, aku jahit langsir kecik. Ada lagi satu bahagian bawah sink nak kena cover. Dan siap! No more menjahit!!!
72 RANCANGAN B
1 week ago
0 komen:
Post a Comment