Pre and Post Raya
Seminggu sebelum raya lagi aku dah tak update. Takde pun buat kuih raya. Hari Selasa 17hb, aku try bakar kek coklat ikut satu resepi nih. Boleh tahan sedap. Cumanya resepi ni tak pakai susu segar. Dia letak air sejuk je. Jumaat petang, aku bakar lagi 2 kek. Satu untuk Yayu, satu untuk MIL. Malam, curah topping, tak cukup. Dah pukul 10 lebih, try cari kat Summit, dah tutup, Fajar pun tutup. Sekali, lalu kat Jalan Rogayah, bukak lagi. Oh… dia bukak sampai kul 12 malam Deepavali.
Tengah malam, BIL n SIL sampai. Sorang dari Melaka, sorang dari Segamat, sorang dari JB. Yang JB gi Muar renew insurans kereta, terus ambik dua lagi adik2. Esoknya nak balik kampung sesama. Memula yang dari Melaka nak tumpang kami, sekalinya, barang kami je dah cukup penuh. Nak sumbat dia kat mana? Besok pagi tuh, diorang bertolak dulu, kami keluar lambat sikit. Kemas2 dulu. Lebih kurang kul 12 baru gerak.
Kisahnya aku dah dua malam gatal2 badan. Merah2 macam awan. Abang kata, alah je. Boleh baik sendiri. Masuk dua malam, aku dah tak tahan. Dia bergerak plak ke tempat lain. Besar2 pulak tu awannya. Pagi Deepavali, pergi klinik. Klinik Min kat Bukit Pasir. Klinik panel KUiTTHO. Posmen pun kerja lagi cuti2 nih. Post office pun bukak. Doktor bagi ubat alahan ngan gatal2. Makan dan sapu. Agaknya terlebih makan udang atau makan kerang.
Pastu terus balik. Singgah First Lady Parit Raja. Konon nak belikan baju MIL. Sekalinya tengok bajunya meriah sangat. Liplapliplap. Tak sesuai. Beli minyak Wak Dakam yang Yayu kirim dua botol. Singgah Air Hitam tengok baju. Lalu BCB Kluang, nak singgah, takde parking. Tak jadik. Kereta pulak asik temperature naik. Berenti kat Bukit Tongkat bagi sejuk. Singgah Kota, cari Baju abah. Beli kat Kini. Baju abang pun beli kat situ. Beli murtabak, kebab buat buka. Jammed teruk, buka dalam kereta. Sampai Semenchu lebih kurang 7.30.
Hari Ahad, buat kuih raya. Tat gulung ngan biskut Cornflakes. First time buat. Petang, pergi AT5. Beli air katira ngan kuih muih kat depan. Ramai dah orang kat AT5. Anak2 mak. Malam tidur kat sana. Besoknya, tengahari, balik Semenchu semula.
Kat Semenchu, tengah masak ketupat. Guna kayu api lagi. Aku tolong blend bahan2, potong daging ngan hati. Buka, masak hati. Sedap plak. Tak pernah aku masak hati lembu nih. Makan selalu lah. Dulu. Ayam tua, masak kari. Sebarang je budak ni masak kari. Entah jadi apa je.
Malam, langsir tak siap2 pasang. Akak jugak yang kena. MIL masak rendang daging ngan sambal kacang. Tido lebih kurang kul 2 pagi.
To be continued...
Wednesday, 1 November 2006
Hasil karya AyunasiA pada 5:56 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment