Open House Dan Baby Cute
Satu-satu. Nak cerita pasal open house kecil-kecilan yang aku organize kan special untuk meraikan abang dan kawan2 Masternya yang selesai ber ‘presentation’. Tarikhnya 8 November. Tengahari. First time buat makan2 begini, aku siap buat jadual ala2 organizer lagi. Hehehe.
Menu yang dicadangkan, nasi impit, sayur lodeh, rendang daging, kari ayam, kuah kacang, sambal telur puyuh, kek coklat, lengkong santan, buah oren, tembikai dan honey dew, air jus mangga dan oren mandarin, teh o panas.
Rabu, 7 November pagi, pergi pasar ngan K4 beli bahan2. Daging ½ kg, tulang 1 kg, santan, sayur2 lodeh, ayam, telur puyuh dll. Balik tu terus siang sumer. Hari tu puasa ganti 12-2. Petang, buat kerisik. Lenkali guna kuali kecik, cepat sikit. Sangai kacang dan abang kisar. Sangai jintan dan ketumbar. Goreng bawang untuk sup. Buat kek coklat dua buku. Satu untuk marhaban malam tu. Buat lengkong gula melaka santan. Buat air gula. Petang, hujan lebat. Pastu abang gi beli buah. Takde buah oren, tembikai ngan honey dew jek. Ok je lah.
Lepas Maghrib, group marhaban pempuan dah jalan. Memula sekali rumah kami, tapi time tu kami tengah buka pose. So, diorang gi rumah sebelah dulu. Ngan rumah depan. Pastu baru diorang masuk rumah kami. Sekejap jek, tak makan minum pun. Makan minum last sekali. Makanan kumpul kat satu rumah, makan kat situ jek. Pastu aku tak ikut marhaban dulu sebab lorong aku tu aku dah jalan aritu. Aku ikut masa gi lorong depan. Yang aku perasan, rumah2 lorong depan tu kureng sket. Kalau lorong aku ni, walau rumah murah, sumer hias ala2 ok gitu. Kul 10.30 habis marhaban, baru makan. Macam2 ada. Aku makan sup tulang kambing. Peh! Sedap tu. Kolesterol tinggi sungguh. Cuma takde straw je, takleh aku nak sedut tulang gear box tuh. Rugi2.
Balik tu, group lelaki lum balik. Tak lama baru abang balik. Bawak balik pinggan kosong. Licin gak kek aku. Aku pun start bersilat. Bunga2. Rebus nasi impit dua tungku. Takde periuk besar. Aku risau kan gas abis je esok. Dua jam je aku rebus. Tu pun da kul 1 pagi lebih. Kopek2 bawang. Aku tak blend sekali. Sebabnya, malu nak cakap. Aku tak geti nak agak berapa banyak nak letak kalau dah blend asing2 bawangnya. Kalau sekali campur tu aku boleh lah nampak variasi bawang2 tu dlaam blender tu kan. Boleh lah agak2. Hehehe. Bawang sumer aku dah siap asingkan. Tinggal basuh and blend dan terus masak. Sayur pun dah siap potong. Lepas siap nasi impit aku rebus tulang pulak. Dua jam lebih gak. Sambil2 lelap. Kul 4 pagi baru empuk.
Pagi, kul 6 aku dah bangun. Mula2 rebus telur puyuh dulu. Sambil solat Subuh. Pastu blend barang rendang dan terus campak sekali bahan2, daging dan santan. Tinggal aje. Abang tolong kopek telur puyuh. Time kasih bang. Sambil2 tu blend bahan kari dan masak terus. Kali ni sumer aku blend. Malas nak tumbuk. Kalau ikut aku, bawang2 lagi aku suka tumbuk. Bukan sebab lagi sedap. Psyco je tuh. Sebabnya kalau tumbuk, bila tumis tu cepat je kering. Kalau blend kan banyak air, so perasannya macam tak masak je bawang tuh.
Sekejap je masak kari. Terus masak lodeh. Rendang pun masak saing2 lodeh. Sekali pandang dah ada rupa rendang Mak Siti dah. Oh... dah ingat la, kalau nak wat cam mak, kaler kerisiknya camana. Tak leh sama ngan Mak Umi.
Pastu masak sambal telur puyuh diikuti ngan sambal kacang. Bab sambal kacang ni je yang aku tak confident sangat. Macam tak sedap je. Lenkali takyah buat lah. Bukan diorang makan pun. Buang je banyak. Last sekali baru aku tumis untuk sup dan renih bagi lagi empuk. Kul 10 pagi, selesai memasak atas dapur.
Lebih kurang kul 9.30 gitu, abang call. Laaa presentation dia postponed esok. Sorang je yang present arini. Panelnya takde plak. Tahu pulak baru pagi nih. Maka, takde lah berpoya sakan mereka petang nih. Nak wat camane, masak pun dah siap.
Lepas siap masak, kerja potong memotong membanting padinya bercerailah tangkai jerami. Tak lah. Potong kek, lengkong dan nasi impit. Buat air. Lama gak aku mengerjakan benda alah tu. Sampai abang balik kul 12. Abang pasang meja yang dipinjam dari surau. Kebetulan malam tadi diorang pinjam untuk marhaban, kami pinjam terus lah untuk open house nih. Nak hidang kat dalam rumah, alamat makan atas tangga lah jawabnya. Sibbaik tak buang lagi langsir lama tuh. Boleh buat alas meja. Pastu abang potong buah-buahan. Aku mandi siap2. Bukan aku masak busuk2 ok. Kul 4 pagi lepas rebus tulang malam tu aku dah mandi dah.
Pukul 1 tengahari, kumpulan pertama datang. Bukan ramai pun yang kami jemput. Tak sampai 15 orang. Yang memula sampai nih: Idzura, Huda, Hisyam. Yang si Huda tu aku pernah jumpa 2 kali. Dua-dua masa interview; KUiTTHO n KUTKM. Diorang datang je aku terus solat. Karang leka pulak. Kul 1.30 datang group kedua: Tee, Aldrin, Yusri, Afarul, Damhuji. Yang Aldrin tu aku jumpa first time masa interview KUTKM gak. Yusri tu orang Kemasik. Masa aku kat Dungun, abang pernah lah datang sana naik kete dia 2 kali. Pernah gi rumah dia sekali, sebelum raya tahun lepas. Eh, aku tak perasan diorang ni datang sekali ke tak.
Kul 2 Reza datang sorang. Bila diorang sumer balik, baru Reza ni makan. Boleh dia tak tau presentation postponed. Dia ngan Aldrin memang dah confirm postponed. Dah kul 3.45 abang baru solat. Leka lah tu. Tak tenteram konon. Kul 4 gitu aku dah mamai. Terlelap2 sambil tengok CSI. Sambil abang borak2 kat luar, aku naik atas dan tido. Kul 6 baru sedar. Abang dah siap basuh.
Lepas solat, tengah panas2 lauk, Daus pulak datang. Firdaus @ Awang ni orang AT5. Satu sekolah masa sekolah rendah dan satu kelas masa sekolah Semenchu. Dua tahun lepas, sebelum kitorang kawin, dia tumpang rumah ni sebulan masa bulan puasa. Masa tu dia baru pindah keje kat SWM. Tengah makan2 (Kitorang pun makan sekali) Shahrizal pulak call nak datang. Dia sampai area kul 7 gitu. Shah ni satu sekolah ngan abang kat Vokay dan satu kelas aku masa diploma. Dia keje kat Hospital BP sebagai apa entah. Tech kot. Dia datang bawak kawan, Zaki. Zaki ni pulak sebelah bilik si Daus ni masa kat UIA. Dah pusing2 jejak kasih pulak dah.
Solat Maghrib berjemaah kat bawah, pastu baru makan2 lagi. Diorang lepak sampai kul 8.30. Pastu kemas2 segala. Abang sambung rehersal.
Hari Jumaat, abang balik b4 Jumaat. Selesai dah. Tinggal hantar thesis jek. Kira cam dah grad lah jugak. Pukul 3, siap2 keluar. Nak tengok wayang. Ingat nak tengok Bilut, sekali dah takde. Tengok kartun je lah. Flushed Away. Best lah jugak. Show pukul 5. Lepas Asar pusing2 Summit dulu. Lagi 5 minit kul 5 baru gerak ke GSC, sekali aku tertinggal tiket dalam hand bag. Masa beli memang aku bawa hand bag. Pastu masa nak solat, aku gi letak hand bag kat kereta, bawak beg telekung. Dah berlari2 pulak gi ambik hand bag pulak. Masa sampai tadi hujan lebat. Masa ambik telekung dah berenti. Masa ambik hand bag balik, hujan lebat balik. Habis wayang kul 6.30. Terus gi Sitam Sup kat BP Walk. Aku dah gian sup gear box. Sedap tul. Pedas2 gitu. Very recommanded.
Sabtu semalam, lepas Zuhur; kul 2 ok, pergi Muar. Nak menengok ’baby cute’. Singgah Astaka beli hadiah baju, susu Lactogen ngan rencah mee bandung Muar. Kecik2 dulu aku minum susu Lactogen nilah. Sampai2 tu, Amir sibuk tunjuk baby cute dia. Lama gak lepak situ. Siap makan nasi lagi. Sedap plak popiah otak2 tuh. Lepas Maghrib baru balik. REKOD DUNIA!!! AMIR IKUT KAMI BALIK! Memula ingat dia main2, nak bawak segala mainan, baju dia. Konon nak jalan2 dulu kat Econsave baru bukak. Kot2 dia nak balik ke. Sekali tengok cam ber yo-yo ol je. Terus lah bawak dia. Naik2 kete je terus mintak Mentos. Beli kan ’ayam tangan’ untuk dia. Dah nak tido boleh mintak ayam tangan pulak. Strateginya, letak DVD kat atas, boleh la kami tengok TV kat bawah. Sibbaik pagi ni dia tak rebut nak tengok Ceria.
Ni dia baru balik ikut abang Marhaban. Suka dia nak ikut ’masjid jalan2’. Dapat jajan ngan duit raya. Tu pun boleh jatuh satu ang pow. Ok nak tengok The Apprentice.
Sunday, 12 November 2006
Hasil karya AyunasiA pada 11:27 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment