Raya Lagi
Pagi raya, semua bangun agak lewat. Kelam kabut jugak masak lodeh. Lelain dah siap malam. Tak dapat bersolat raya tahun ni. Abang balik masjid, terus siap2 makan2. Tak sempat makan before solat tadik. Makan reramai. Makan makanan pemberian orang lagi banyak dari makan makanan rumah sendiri. Rumah sendiri banyak, bebila boleh makan lagi.
Lepas makan, berkumpul sekeluarga, bertahlil untuk arwah2 sanak saudara diikuti ngan sesi bermaafan. Tahun lepas sesi ni dibuat malam sebab kami beraya di AT5 dulu. Takde ’ketua’, takleh buat siangnya. Lain sikit tahun ni. Tahun lepas aku bermaafan ngan hubby lepas solat Subuh.
Pastu, makan2 kuih dan lepak jap. Then, pegi rumah mertua Kak Long. Kat Semenchu ni jugak. Kak Long baru melahirkan 3 minggu. Sambil2 tengok baby gak. Balik tu tak buat apa, lepak jek.
Petang, lepas Zuhur, janji ngan Yayu nak balik AT5. Sebelum tu abah call, tanya jadik dating ke tak? Kalau tak, nak ikut mak balik Kampung Makam. Abah tak jadi ikut. Nak tunggu kitorang. Sampai AT5, Yayu lom sampai. Siap2 makan kat sini pulak. Takleh miss rendang mak. Yayu sampai, terus makan. Makan roti canai ngan kuah kari dan rendang. Memang selalu rumah ni buat makanan lain sket. Ala2 sikit. Tahun lepas buat puri. Tahun sebelum tu tosai. Tahun ni Abang Ali balik, so dia lah yang tukang uli dan tebarnya. Memang ni pun makanan yang orang blok ni tunggu2 bila baraan. Kekenyangan, jamah sikit je kuah lodeh.
Tengok CD Heart. Lembab je citenya. Sampai tertido. Petang, gi rumah Wakru. Pastu ingat nak gi rumah Mak Aji, sekali tengok ramai orang, tak jadik. Pastu lepak je. Petang, Yayu balik Sungai Mas. Malam, ajak abah gi Sungai Mas. Pastu bawak abah gi Semenchu. Pastu antar balik AT5. Balik tu, mak dah balik. Ingat nak makan dulu, tapi rasa tak selesa plak. Makan kat Semenchu lah.
Balik Semenchu ada bawak balik lauk dari AT5, Memang niat nak makan ala2 lontong. Siang tadi jamah sikit je lodeh tu. Sekali, lepas mandi, tengok2 tepen tu dah siap basuh. Tanya mak, dah campur sumer ngan lauk yang sama dalam periuk. Maknanya kuah lodeh pun dah campur ngan 3-4 kuah lodeh rumah lain gak. Telan liur jugak aku. Lepas mandi abang ajak makan. Aku tak makan. Merajuk sket. Huargh!!! (raya haji kat AT5 tau bang.)
Raya kedua tak pegi memana. Petang mak antar Kak Zela ke hospital. Dah ada tanda. In yang hantar. Abang Man balik kampung dia kat Muar semalam.
Raya ketiga, Abang Epet balik AT5 hari ni. Dah pakat ngan Yayu nak tido AT5 ari ni. Kak Zela dah bersalin pagi Subuh tadi. Girl. Tengahari mak gi hospital jemput dia. Petang lepas Asar baru balik. Diorang nak berjalan raya plak. Aku dah bengang je. Lepas Asar, keluar. Konon nak gi AT1 ngan Pasak je. Sekali dah dekat Maghrib, decide nak gi Kulai pulak. Ingat dekat ke. Mana sempat nak balik AT5. Bengang betul. Lepas 2 rumah AT1, singgah Masjid Kota solat Maghrib. Then, terus ke Kg. Pertanian rumah Cik Man. Takde orang. Anak dia ada, tunjuk jalan pergi pulak rumah Cik As. Dekat taman2 area IOI Mall tu jek. Pastu pergi rumah Pak Andak plak. Langkah kanan. Memang tengah lapar giler. Makan rendang ayam kampung ngan roti. Sedap betul.
Lepas tu, terus balik. Masuk Taib Andak, nak tengok rumah baru Mawi. Tak jumpa pun. Balik terus tido. Tido bersandar. Lom turun roti ngan rendang.
Raya keempat, pepagi lagi balik AT5. Sumer tengah siap2. Mak nak beraya ke Masai. Kitorang sarapan dulu. Lepas siap sumer, pergi kubur. Then, gi rumah kak Nana kat Ulu Papan Bandar Mas. Dah gemuk Ijat tu. Adik dia Faiz dah kawin. Pun dah gemuk. Kat rumah tu ada Mak Long ngan keluarga Abang Razak. Sambil2 tengok VCD kawin Faiz. Makan mihun ngan air oren.
Balik tu, abang Epet nak balik Mersing. Ita dah gi Air Terjun plak. Terus gi Mersing. Abah ikut gi Mersing. Esok balik abang Epet hantar lagi. Tinggal rumah ngan Yayu. Petang sikit gi rumah Mak Aji. Jumpa Nana, anak sedara Mak Aji. Dah besar pun. Dah keje, grad UiTM. Adik dia Norma tengah Kat UiTM gak amik coz yang sama ngan Jun. Dulu masa kecik2 diorang duk kat kedai Pak Aji. Kawan2 gak ngan diorang. Macam2 cerita kat rumah Mak Aji. Balik dah kul 5.
Lepas Maghrib mak balik. Kami pun nak balik. Singgah makan kat Daud. Aku order Mi goreng basah, Abang nasi goreng paprik, Yayu Nasi Pattaya, Najib Ayam masak kunyit. Mi aku pedas giler tahap dewa. Takleh nak makan. Aku makan daging jek. Ingat sama cam mi goreng kat Daud Kota. Ala2 mamak. Order satay. Aku yang tukang perabis. Pastu balik Semenchu, Yayu ikut sekali beraya.
Raya kelima, Sabtu, lepas sarapan, siap2 nak balik BP. Yayu nak bermalam sana. Lebih kurang kul 10 dah bergerak. Ulin ikut sekali nak balik KUiTTHO. Tengahari dah sampai. Beli lauk kat kedai oren. On the way tu Yayu call, ingat nak saing. Aku ingat tak saing. Dah jauh dah. Abang yang tak nak saing. Dia ingat Yayu nak singgah Parit Yaani. Sebenarnya Yayu nak singgah rumah Ayani kat AT5 tu je. Apa da…Tak lama Yayu pun sampai. Lepak2 dulu. Petang sikit keluar. Gi K4. Maghrib kat situ. Pastu gi Summit.
Ahad, pagi gi pasar. Balik beli sarapan kat kedai oren lagi. Tengahari aku masak ikan siakap sweet sour. Petang Yayu nak bertolak ke Pagoh pulak. Kami bertolak ke Parit Yusof. Singgah Bintang Emas, tengok kain. Banyak habis stok lepas raya. Tak jadi beli.
Sampai Pt. Yusof dah Asar. Ada Busu ngan nenek je. Huhahuha, kul 6 gi rumah Mak Long plak. Dinner kat situ. Lepas Maghrib gi rumah Kak Long Idah. Then, gi rumah Tok Man kat Semerah. Lama gak kat situ. Sampai ngantuk2. Balik lebih kurang kul 11.
Isnin jalan raya satu lorong. Gi rumah Kak Yana/Man Popeye, Kak Jah/Cik Sis, Kak Lela/Abg Enal, Ibu, Kak Mala. Sambung esok. Esoknya gi rumah Kak Zira/Zam, Kak Mek, makan mi, Kak Idah (Cikgu), Cik Anis dan beberapa lagi. Habis. Diorang serbu rumah kami. Aku masak mi goreng, tapi tak cukup lah pulak. Tak sangka ramai gitu.
Hari seterusnya abang sungguh sibuk menyiapkan technical papernya. Sepatutnya hantar ari Khamis. Tapi tak siap. Hari ni baru hantar. Tu pun macam tak nak siap2. Aku yang penat menengoknya.
Hari ni abang ajak puasa. Dia puasa enam, aku puasa ganti. 12-1.
Monday, 6 November 2006
Hasil karya AyunasiA pada 3:02 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment