Merawat Luka
Lega betul rasanya bila dalam kelukaan, ada yang sudi merawatnya. Selasa lepas, lepas kol abang sambil nangis2, abang tak balik terus. Dia tau, aku ni kalau tengah sedih, jangan ditanya. Nak penumbuk? Petang tu, abang balik lambat lah jugak. Konon nak ajak gi Summit. Sudahnya, lepas Maghrib abang ajak gi pekena Sup Sitam lagik. Set! Elok pulak tengah hujan renyai2. Memang lah sedap hirup sup panas2 kan. Tapi, kesudahannya sungguh memilukan. Tutup lah pulak kedai dia hari ni. Dah terlanjur keluar tu, cari lah kedai sup lain. Last2 jumpa kat bus stand lama. Aku makan sup campur, abang sup daging. Makan ngan roti tawar. Boleh lah tahan sup dia. Tapi tak pedas cam Sup Sitam. Nak pedas, letak sambal kicap sendirik. Kalau Sup Sitam memang sedia pedas. Pedas sedap tu. Kalau aku boleh tahan, orang lain sure boleh la sebab aku tak berapa tahan pedas. Takat meleleh hingus sket tu boleh lah terima lagi. Jangan pedas tahap dewa cam mi goreng basah yang aku makan raya ari tu. Pedas nak mampos!
Rabu dan Khamis, abang gi jumpa Dr. Hantar draf terakhir. Hari ni, Dr pulangkan draf dan abang buat correction sket. Pastu terus print. Print kat Lab, free je belasah printer lab. Kertas pun free. Pasni boleh claim lagi untuk tesis. Abang wat 7 copy. Dua untuk Pusat Pengajian Siswazah, satu untuk Lab Robotik, satu untuk Dr, satu untuk Fakulti, satu untuk Library, satu untuk JPA dan satu untuk sendirik. Hantar hard binding kat Parit Raja. Satu RM20. Siap ari Isnin. Kawan dia yang Ganu ngan Mersing tu kirim hard binding sekali. Dah selamat lah tu. Dah boleh start sambung kerja. Yang Ganu kat TATI yang Mersing kat Unisel. Petang tadik, abang bagi SMS, nak tengok wayang tak? La... Aku nak tengok Cinta 30 November baru kuar. Balik2, abang ajak gi tengok wayang. Tapi, malas lah. Takat tengok Casino Royale baik tak payah. Lagipun abang balik lagi 15 minit kul 6. Kalau lepas kul 6 tiket wayangnya RM6. Biasa RM5. B4 kul 12 RM4. Lenkali je lah. Lagipun cite omputeh selalu kami beli DVD jek. Eh, teringat Amir sebut CD Faber Castell dia CD Pacoi. Best CD tu. Abang siap burn lagi. CD untuk budak2, kami yang over tengok banyak kali.hihi
Dah nak kul 9 ni. Nak tengok separuh akhir Muzik2. Chow!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment