Surat Pembaca
Pagi ni, aku check kat Berita Harian dan surat aku dah pun kuar kat ruangan pembaca. Sekali baca macam tak percaya. Ayatnya memang ayat aku Cuma dia ada potong dan edit sikit. Tak kisah lah. Asalkan orang boleh baca dan orang SPA bukak mata. Pas tu apa lagi, satu Malaya lah aku bagitau. Kihkihkih
Tengahari aku call abah pulak. Nak bagi tau pasal aku tak jadi kerja. Sekali abah cakap dia ada baca kat surat kabo pasal tu. Hehehe aku bagitau lah aku yang antar surat tuh. Aku tau abah beli Berita Harian tiap2 ari. Hari Isnin je dia beli utusan sebab dapat Utusan Melayu. Pastu aku suruh abah simpan keratan tu. Jap lagi nak tengok kat kedai pulak. Aku pun nak simpan gak. Kak Uni pun balik minggu ni. Dia nak gi Haji 20 Disember ni. Tapi masa aku tepon tu diorang gi Kota.
Pagi pulak abang gi bank. Settlekan segala hutang. Sekali Awie tepon. Aku bagi SMS ari tu pakai tepon abang, tu yang dia tepon abang tu. Dia kata nak email quotation. Dia suruh Ermeey. Orait lah tu. Pastu dia nak antar sample pattern pulak. Tak pe gak. Boleh aku jual kat internet dulu. Yang penting nak dapatkan quotation dan boleh hantar proposal. Tak sabo lak nak mula berniaga.
Nak kuar ke Summit lah. Boring jek duk umah panas2 gini. Masalahnya air cond kat The Store Summit tu sejuk macam dalam peti ais. Dari stesen minyak seberang jalan lagi dah rasa sejuknya. Ari tu air cond dia rosak, panas sangat, pun aku tak suka masuk. Sekarang lagi lah tak leh lelama, sejuk ya amat. Malam Selasa tu aku gi The Store Wira Court. Ada sale perpindahan. Dia nak pindah kat BP Mall. Tengah rancak dalam pembinaan.Aku rancang nak bukak kedai kat situ lah. Sempat lah beli frame gambar. Kebanyakannya diskaun 40%. Tapi dah lapang sket. Banyak dia dah jual atau repacking. Yang elok2 dia packing, yang tak berapa nak elok tu yang dia cut abis-abisan tu.
Saturday, 25 November 2006
Hasil karya AyunasiA pada 2:54 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment