JPA, SPA DAN PUNB
Mula-mula, aku call JPA dulu. Cakap ngan Alhafiz. Dia kata, nama aku takde dalam senarai. Oh, tidak!!! Kendian, aku call SPA pulak. Lepas di pass ke beberapa orang, sampai ke satu perempuan. Dia check IC aku, dia kata surat dari SPA dah di pos sejak bulan September lagi. Non ado!
Aku call JPA semula. Alhafiz lagi. Dia check lagi. Aku sebut nama2 yang sekali ngan aku dalam list berjaya aritu. Sorang India, ada. Sorang Jawa, ada. Aku tanya, diorang dah report lom? 16hb nih. Means, hari Khamis nih. Big problem nih. Tak pernah berlaku lagi sepanjang kerjaya Alhafiz nih. Pastu aku tinggalkan no IC ngan no phone. Dia nak call SPA dan call aku ASAP.
Tunggu punya tunggu, pukul 5 lebih, dia pun call. Soalan pertama dia, aku kerja ke tak. Ah sudah. Maknanya nak suruh aku jangan resign dulu lah tu. Dia cakap, jangan buat apa2 andaian dulu dan doa banyak2 sementara tunggu keputusan. Maknanya, aku dah kembali kepada situasi sebelum keputusan keluar lah. Anggap cam sebelum 2 Oktober lah. Dan aku tak terlibat ngan report hari Khamis nih. Huh! Aku tanya, ni kira masuk calon simpanan ke? Dia kata tunggu je. Aku tanya, sampai bila? Seminggu dua nih. Huargh!!! Tak efficient sungguh. Moral down. Kecewa. Frust. What else to say??? Semua kan ada hikmahnya. Bak kata lagu sinetron Hikmah.
Takde mood dah. Tetiba, lepas Maghrib, dapat ilham. Eh, kan dulu masa sebelum tahu, dah ada alternative. Malah kalau boleh tak nak pun kerja nih. Jadi kuli. Hello Norasiah, PUNB masih ada RM50,000 nak bagi kat kau lah. Jangan sedih sangat. Alhamdulillah, sekarang dah ok. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan urusan aku. Amin...
Monday, 13 November 2006
Hasil karya AyunasiA pada 9:13 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment