Awak sihat?
Huh! Memang lah sihat, tapi jiwa ku kacau! Apa lah mamat JPA tu. Dahlah lum ada apa2 perkembangan dari SPA, lagi tanya aku sihat ke tak.
Minggu lepas memang tak best. Khamis lagi lah. Kalau tak, kan aku dah berkerja. Tensi tensi. Rabu malam, pergi hantar Amir ke Muar. Petang tu makan kat Sitam Sup lagi. Heaven tul sup dia sampai sakit sakit perut aku malamnya. 2-3 kali gak memerut. Tapi takpe, asalkan sedap makan. Sakit perut sekejap jek. Pergi antar Amir tu pun lepas abang balik surau kul 9 lebih. Abang Z dah balik dari Acheh, esoknya nak gi KL. Dah lah kami tinggalkan Kancil kat dia. Kancil tu pulak tengah panas baran. Tak berani lah nak bagi dia jalan jejauh kan. So, memang kena hantar Wira tu balik Muar. On the way ada kebakaran kat pekan Semerah. Tapi bukan deretan kedai, Cuma satu rumah kat area pekan tu jugak. Masa kami lalu tu memang tengah marak lah. Bomba pun tak sampai lagi. Kalau ikutkan, bomba mesti lalu ikut laluan yang sama ngan kami. Ni mesti baru je terbakar tuh.
Sampai Muar, pindah kete, duduk jap, terus chow. Tak singgah memana lagi. Lalu kat kebakaran tadik, dah padam sepenuhnya. Bomba masih ada lagi.
Khamis malam, lepas Isyak jugak, keluar. Teringin makan Pizza pulak. Tapi dah nak tutup, makan pun lelaju. Tu pun tak sempat habis, dia dah kemas2, mintak bayar bil. Bawak balik sepotong, sampai2 rumah terus makan.
Jumaat, malas masak lagi, makan kat Seri Kenangan. Aku makan Nasi Goreng Paprik ngan Fresh Apple. Abang makan Nasi ngan Tomyam Udang, air Mango Ice Blended. Sedap. Apple juice aku tawar jek. Lenkali boleh mintak ice blended dia lagi. Tapi rasanya bukan fresh mango lah.
Sabtu pagi pergi pasar. Ada orang tu dah komplen asyik makan luar jek. Tak sampai pun seminggu sebenarnya. Petang Ulin ajak pergi shopping hamper. Bebudak tu nak gi Pulau Sibu. Tapi Ulin tak pergi. Abah tak bagi. Sekarang ni memacam kes kan. Hanyut la, lemas lah, hilang lah. Lebih kurang kul 6 ambik Ulin kat bus stand, pergi K4. Seronok tul shopping jajan. Ada hamper Deepavali ngan Raya, tapi tinggal yang mahal jek. Yang Deepavali pulak memang murah, tapi ada Whisky pulak. Maka, beli lah banyak2 jajan, wrap sendiri. Dua troli gak tuh. Kami beli barang dapur sket. Try beli Chochettes. Mansinya! Kena hisap, takleh gigit. Abang bayar ngan KK. Dapat cash. Lepas Maghrib, hantar diorang ke KUiTTHO. Singgah lagi beli plastic wrapping ngan bakul. Pusing2 kat Bukit Pasir. Banyak kedai dah tutup.Beli bakul tu pun kat Parit Raja. Kat kedai tu ada servis wrapping free. Ada ke abang cadangkan wrap hamper kat situ. Gilo ko opo? Mendap lah jugak kete. Dahlah Kancil. Orang nya 4 orang. Pas antar diorang, singgah Lab, abang print draf tesis.
Ahad, plan nak gi JB. Angin apa ntah abang tu. Konon hari ni nak enjoy. Lepas abang gi kenduri kawin kat rumah Kak Sabar, bertolak lebih kurang kul 11.30. Pergi ikut Pontian. Tukar angin. Oleh sebab kereta tu panas baran, 2 kali kena berenti bagi dia sejuk. Satu kat Air Baloi, second kat Masjid Pekan Nenas. Kebetulan dah Zuhur, solat sekali. Panas terik tul. Dah dekat2 Skudai ada hujan sikit. Terus pergi Tebrau City. Lalu jalan Tebrau. Dah bukak pun susur keluar ke Kota tu. Abang yang lupa. Aku macam ingat dah bukak. Sekali tengok memang dah bukak pun.
Memula sekali masuk Jusco. Tengok bahagian Home Furnishing. Seronok pulak. Macam2 ada. Bahagian cabinet dapur ngan toilet pun ada. Lama gak kat situ. Pastu gi tengok baju. Terbeli seluar jeans Lady Like 29.90. Abang pun terbeli jeans 39.90. Seperti biasa beli benda tu 10.00. Pastu jenjalan masuk macam2 kedai. Bukan nak beli pun. Saje suka2. Lepas Asar baru keluar. Terus pergi Stulang Laut, makan mi rebus. Memula nak singgah The Zone. Sekali dah kenyang, malas pulak. Memula makan sepiring sorang. Tak cukup pulak. Tambah lagi satu, share. Makan otak2 6 keping. Tak pedas sangat. Mesti otak2 JB. Kalau Kempas punya pedas sikit.
Selesai makan, dah dekat maghrib. Jenjalan kat bandar. Jammed jugak. Tak singgah. Saje nak tengok suasana kat area Sg Segget. Oh, dah jadik cenggitu. Nostalgia zaman bercintun. Pastu ingat nak balik, tapi singgah lagi Mydin kat BBU. Maghrib kat situ. Beli barang sket. Lebih kurang kul 8, dah bertolak balik. Kali ni lalu Kulai. Singgah Isyak kat Petronas, makan ais krim Nestle aku makan ais krim coklat inti vanila, abang nyer inti coklat. Aku punya RM1, abang nyer Trophy, RM2. Tapi Trophy tu pahit sket coklatnya.
Sampai Parit Raja dekat pukul 10. Singgah makan kat restoran sebelah Wellward. Aku makan lamb chop, abang chicken chop. Memang niat nak jalan2 cari makan. Boleh tahan gak sedap. Total RM16 jek. Pastu terus balik. Penat.
Pagi tu dengar Carta ERA, Nana cakap pasal mi bandung sedap kat bas stand Muar. Lenkali nak pegi. Hehe.
Monday, 20 November 2006
Hasil karya AyunasiA pada 8:11 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment