LPPKN
Petang tadi, abang balik dari ITO, ajak gi Klinik. Jumaat aritu aku yang ajak, tapi tak sempat. Baru ari ni berkesempatan. Berikhtiar kata orang. Pergi tu dah kul 3. Klinik nya kat dalam kawasan Klinik Kesihatan yang dulu aku buat HIV test ngan Mak Cik Salamah. Opss nak cite pasal Mak Cik Salamah ni sket.
Masa aku wat test tu, bulan 9, kira 3 bulan sebelum kawin. Aku balik BP tu semata2 nak pergi test tu. Kan aku kat Dungun dulu kan. Makanya, masa test tu, mak cik ni ada lah tanya2 kitorang kerja mana, duk mana bla bla bla. Sekali abang ada cakap lah, kalau dah kawin, susah duk jejauh, biar aku duk rumah jek, jadi suri rumah sepenuh masa. Boleh lah pulak mak cik ni sebak, cam nak nangis. Dia kata kalau anak dia lah, dah bagi belajar tinggi2, tapi bila kawin, lakinya suruh duk rumah, dia sedih lah. Kira tak boleh balas jasa lah. Kami ni mendengar gitu cam kompius2 lah. Pastu dia bebel2 sket. Sampai sekarang, musykil tul ngan mak cik tu. Kalau lah dia tahu yang aku sekarang ni duk rumah, camne agaknya.
Ok sambung kisah tadi. Sampai2 situ, aku sensorang. Memula kitorang parking kat depan, tak tau tempatnya kat mana. Sekali tengok anak panah, jauh ke dalam. Tapi dah dekat lah jugak. So aku jalan sorang, abang patah balik ambik kete. So, aku masuk dulu lah. Suasana lengang jek. Aku sorang je pun yang datang. Sorang staf ni tanya nak apa. Aku jawab lah hajat aku tu. Pastu dia suruh tunggu. 2 minit, abang sampai. Tak lama tu, kami masuk lah dalam bilik runding cara. Dan kami pun bincang lah serba sikit. Renyah gak kerja nya. Cuma, kena rajin lah. Tak leh putus asa.
Permulaan, kami kena pergi Makmal Gribbles kat Hospital Putra, wat ujian darah aku pada hari ke 2. Kosnya RM 80. Pastu pada pertengahan bulan, kena wat ujian pap smear ngan HVS; High Vaginal Swab, kat situ jek. Tapi mendengar nya pun aku dah ngeri. Tahu2 aje lah. Kosnya RM 24.50. Kena hantar sample test tu ke Hospital Putra gak. Then, pada hari ke 21 pergi lagi Hospital Putra, wat ujian darah lagi. Kosnya RM 60. Dah dapat result test2 tu tadi, buat appoinment ngan Dr kat JB. Kat BP takde Dr. Kali tu buat kat Wisma Maria JB untuk ujian HSG; Hydro Salphingogram. Namanya pun dah ngeri. Kata orang tu ada masukkan air bagai lah. Memang ngeri. Kosnya RM 230. Selepas ujian2 tu sumer kalau nak, boleh teruskan ngan IUI; Intra Uterine Insemination, adik beradik IVF kot. Pun ngeri gak. Kos nya RM 100. Wat kat LPPKN JB. Akhir sekali kalau tak berjaya, terus ke Laparoscopy & Dye. Bunyik nya macam ’DIE’ je kan. Ni wat kat London Clinic / Johor Specialist / Puteri Specialist JB. Kosnya RM 1300. Yang menariknya, kata dia, KUiTTHO ada peruntukan untuk tu sumer. Dah ada staf ITO yang buat. So, selesai masalah bills. Tinggal masalah aku yang penakut ni je lah. Ingat nak wat sumer tu bila abang dah report duty sok. Bulan Januari.
Balik tu dah kul 4. Abang ajak gi K4, nak jumpa kawan dia. Abang dah ambik kan tesis yang di hard binding kan kat Parit Raja. So, budak tu nak ambik lah. Masuk tu tengok kedai butik kaler hijau tu dah bukak. Masuk gak jenguk2. Tengok macam pernah tengok baju2 dia tu. Baru ingat, ni mesti kedai yang kat Summit tu pindah kat sini. Sebijik je baju dia. Ye lah tu kot. Tengok keliling, takde persaingan. Ok.
Jenjalan kat dalam K4, tengok bahagian electrical appliances, kawan abang call. Dah sampai. Kat luar hujan lebat. Tunggu jap, kul 5.30 baru sampai rumah.
Eh, lupa. Pagi tadi Yayu tepon bagitau ada feedback dari orang Labuan pasal surat aku kat BH tu. Tapi dia tak cakap pasal aku nye kes lah. Cuma pengalaman dia jek. Tapi dia terpanggil untuk tulis bila tengok aku tulis. Bagus lah. Tengok esok pulak, ada tak lagi sambungan. Macam seronok pulak.
Monday, 27 November 2006
Hasil karya AyunasiA pada 10:16 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment