BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 31 March 2009

Apa Apa Lah...

Sabar je lah. Cemana la counter tu nak up kalau dah aku tak update kan. Hihihi. Aku saje nak lelambat supaya aku ada masa nak kompol duet untuk beli adiah untuk korang uhuks. Al maklum lah, sila rujuk entry sebelum ini kekeke. Tapi FM memang ada yek. Ngan keychain sekali.

Kenapa aku lambat update minggu ini? Tak lain tak bukan, adalah kerana kemre or laptop yang takmo aku transfer gambar. Tak tau ar salah saper. Mungkin laptop kot, sebab kat laptop abang boleh jek transfer2 nih. Laptop ni je yang suka kasik virus kat memorystick kemre tuh. Ikut kan, banyak gambar yang aku tangkap last weekend, seperti gambar pokok payung indonesia, dan gambar pengukus pau pesta beserta pau2 nya sekali. Sanggup aku beli pau tu semata2 nak tunjuk gambarnya kat sini tau. Hehehe padahal rupa pau pesta memang cenggitu lah kan. Mana ada beza nyer.

Anyway, lupakan pasal gambar tu dulu. Esok aku paksa suami ku tolong upload kan kat entry nih.

Cerita pasal weekend, adoiyaiii dah basi dah. Aku ingat nak lepak2 rumah je weekend lepas. Ingat orang tu kepenatan, takleh nak jenjalan. Sekali, dia pulak yang ajak. Tapi kali ni tak makan beriani kambing he. Gilo ko opo asik nak makan kambing jek. Darah tinggi baru tau. Eh, elok la kalo dia naikkan darah aku, sebab aku ni darah rendah.

Tengahari, lepas zohor, aku bersiap2 ngan baju tradisional. Kena pakai baju kurung ler, nak gi perantin. Sampai2 je 'rumah' perantin, terus je makan. Nasi minyak, ayam masak merah, ulam dan daging. Selesai makan, blah la. Apa nak tunggu lagi. Bukan kawan pon yang kawin tu nak bergambar2 bagai kan. Anak kawan.

Pastu pergi bank2 plak. Sebelum gi bpmol, lalu bukit perdana, singgah kedai hardware. Macam lah parit raja takde kedai hardware. Memang ler ada, tapi, ada ko jual ubat semut? Aku hanya percaya kepada ubat semut dalam bungkusan kaler gold (dulu kaler silver) bertulisan cina. Kedai ni je yang jual dengan rege berpatutan. Kalo beli kat pasar malam pon, sebungkus singgit. Kat kedai ni, singgit dua bungkus. Akan tetapi, sangkaan tersebut benar2 meleset. Berikutan kemelesetan ekonomi, harga ubat itu telah meningkat. Dan tokei kedai itu telah menggunakan strategi pemasaran jenis 'price' untuk menaikkan rege. Eh, betul kan? Product, price, packaging, promotion, eh, ni tah pape tah, aku pun dah lupa. Alaaa kira dia buat ala2 pakej la, nak tak nak kena beli 3 bungkus = RM2. Tak kisah lah. Lagi pon memang aku nak memerangi semut2 kurus di rumah ku itu. Biar satu busut dia aku musnahkan. Wah! Kejam je bunyi nya. Sambil2 tu beli la angle valve sekali untuk bilik air kedua tuh. High maintenance tul bilik air tuh. Dah lah flush dia tak cukup power dan air. Dah jadi jamb*n simbah plak.

Pastu baru kami pergi bpmol. Ada promosi abpbh, tapi, takde artis pon. Pusing punya pusing, last2 pegi supermarket je beli makanan. Time nak balik tu, lalu kat promotion booth celcom broadband. Haiyaaa nyaris2 nak terbeli. Tengah murah modem tu rm299 jek. Takde kontrak plak tuh. Activation pon 24 hours. Tapi, bila difikirkan balik, kenapa aku tak jadik beli time dapat duit rebet kancil aritu? Haaa mesti ada sebab kan. So, tak jadik. Selamat.

Sebelum balik, patah balik ke pasar malam. Kat situ ar jumpa gerai pau pesta. Bukan kat pasar tu, kat depan sekolah tuh. Tah sekolah apa ke namanya. Sesuai sangat la pau pesta tu dijual di tapak pesta. Sirih pulang ke gagang.

Malam pulak, layan 60 earth hour. Tapi tengok tv jugak hihihi. Time rini nyanyi lagu seloka cinta remaja tu siap berangan, agaknya blogger yang baca blog aku mesti ingat kat aku time tuh huhuhu perasan. Elok lah tu, terus terkeluar.

Monday, 30 March 2009

Alahai... suamiku

Sumer orang laki cenggini ker? Ke dia sorang je? Banyak persoalan dalam kepala aku. Kat dubai takde kedai souvenir ke? Kedai kat sana cuma jual key chain ngan fridge magnet sahaja kah? Ok, syukur lah dia nak beli jugak. Aku tau lah barang kat sana mahal. Tapi, standard la kan, pelancong asing. Boleh plak dia ambik gambar shisha comei2? Tak terpikir ke benda yang kecik, comel, cantik dan berwarna warni itu adalah satu bentuk sovenir? Takkan ler aku nak hisap shisha comel tu tak pepasal. Alahai... suami ku.


15 Calon YB Anda

Aku ingat aku tersalah dengar berita kat radio pagi tadi. Rupanya betul. 13 calon bebas di Bukit Selambau. Ni dah macam pilihanraya indon dan thai. Semua nak jadi yb. Baru betul demokrasi.

13 calon tersebut ialah R. Loganathan berlogo kelapa sawit, Tan Hock Huat (kunci), Radzi Mohd Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Wahab (kepala harimau), Abdul Rahim Abu (jam), L.Sarala (basikal), M.Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), Michael Venasan (ikan), Anuar Abdul Hamid (telefon) dan T. Chandrarajan (kapal terbang)

Agaknya ada tak pengundi yang akan pangkah lambang yang disukai? Contohnya, makcik A teringin nak naik kapal terbang. Maka, makcik A pangkah kapal terbang. Pakcik B pula seorang kerani meibeng, maka beliau pangkah kepala rimau. Saudara C pula bangun pagi dikejutkan oleh kokokan ayam jantan, maka, dia memangkah ayam jantan. Yang pasti, mereka ada banyak pilihan dan banyak sebab untuk mengundi sesorang itu, dan tidak mengundi 14 yang lain. Lagi banyak pilihan, lagi meriah. Mungkin juga undi rosak akan meningkat gara2 pengundi pening tak tau nak undi saper.

p/s siap keluar kat berita terkini utusan lagi, erra dah bersalin baby girl.

Friday, 27 March 2009

Pau Pesta vs Pau Tanjung


Tah pape la aku ni. Dah siap tepek gambar, dah siap letak tajuk, last2 melencong jugak entry aku. Aku maksud kan previous entry. Tajuk entry ni sebenarnya adalah tajuk asal entry itu. Anyway, tak salah pon kan. Cuma mukadimah untuk entry ni, sila rujuk mukadimah entry itu, okeh?

Gini, kan aku cakap pasal produk tempatan vs produk boikot kan. Sebenarnya nak cite pasal makanan tempatan. Salah satu daripadanya ialah pau. Pau ye, bukan Pow. Kalo ko pow orang, memang ko boleh beli pau dengan duit pow itu.

Masa sekolah menengah, aku pernah makan pau ahmad. Brand ni kira produk nasional ke? Tak jugak lah. Tapi kat kl ada, kat johor pon ada. Tengah2 aku tak tau ada ke tak. Masa tu aku sekolah kat bandar mas. Dan kedai yang menjual pau ahmad ni terletak di gerai tepi jalan di persimpangan yang ada petronas kat sungai mas. Kira jalan sungai mas off jalan papan timur la. Seingat aku, aku beli benda tu pon time balik dari aktiviti koko ari sabtu ke ari jumaat (eh, dulu cuti jumaat sabtu, so aku tak ingat la aktiviti koko ari apa).

Tahu kah anda bahawa negeri Johor mula cuti sabtu ahad sejak tahun 1994?

Wah! Fakta sejarah nih. Aku tak ingat sangat la pasal pau ahmad tu. Tapi yang aku ingat cuma rege nyer namposen satu. Kalo daging atau ayam 7 posen kot. Tak ingat dah. Tak kisah lah tuh.

Sekarang nih, aku berada di batu pahat. Batu Pahat memang best! Tibe2. Sebab apa aku suka batu pahat? Sebab makanan kegemaran aku banyak di sini! Nak ke aku sebut banyak kali apa yang aku suka makan? Nak tak nak, aku nak senarai kan jugak la.

Nasi beriani - gam ke tak gam, tak kisah, janji beriani kambing
Nasi ayam - ni tak masuk masakan sendiri he, kiter bercakap pasal kedai mari. linda off, sila lupakan niat nak buka cawangan/francais kat batu pahat. aku dah ada my fevret di sini.
Sate - ok ni tipu sebab kat mana2 pon ada, tapi takde masalah la nak carik sate ni kan. cakap je nak makan sate, nak makan sate, banyak kedai ada.
Asam pedas - bersepah2 ada. kalo teringin muar style, pon ada branch muar punyer kat sini. tapi aku lagi suka asam pedas aku.
Mee bandung - muar dekat jer, tapi tak koserrr la nak pegi semata2 nak makan mee bandung abang sayang kan. parit raja je pon dah banyak. fevret - kedai sebelah gazebo seafud, pinang sebatang dan trafiklite.
Kebab - kebab istana is the best! aku sanggup turun bp ari sabtu semata2 nak makan kebab ni. even malinja doner kebab pon tak se best ni. hahaha macam promote plus condemn plak.

Ok, dah lah. Aku ni over betul. Nak citer pasal pau, ni dah sampai ke mana2 tah. Citernya pendek je, pasal pau pesta dan pau tanjung. Kat bp ni ada 2 brand pau yang fofular. Fofular ni bermakna banyak dijual di tepi jalan. Kalau gi ayer hitam pon banyak jual la.

Antara dua brand nih, aku lebih gemar kepada pau pesta. Tetapi, agak susah sikit nak jumpa gerai menjualnya. Pau tanjung ni pulak aku tak berapa sangat, tapi banyakkk sangat jual. Satu keistimewaan pau pesta yang menyebabkan aku terpikat ialah intinya yang banyak. Berbanding dengan pau tanjung yang kudukut inti. Tapi dari segi rasa tepung dia, dua-dua pon terbaik.

Antara lokasi yang aku kesan menjual pau pesta ialah di depan masjid beroleh (dekat shell yang menghadap tu, selepas bpmol kalo dari bp). Tapi gerai ni cam biskut. Kejap ada kejap takde. Ari sabtu ahad salu takde. Kedua, di kampung apa ek yang menghala ke peserai yang ada mini market moet tuh. Kampung muhibah ke? Situ lah. Dan yang terakhir ialah kat jalan ayer hitam. Yang ni tak pasti kat mana secara spesifik. Dulu ada satu gerai kat petronas ayer hitam sebelah kubur tu, tapi sekarang cam dah bungkus. Tapi kat situ mahal sket ah. Kalo kat beroleh 90 sen, dia jual singgit lebih.

Pau tanjung tak yah cakap la. Banyak je ada kat mana2. Kalo kat ayer hitam, tepi jalan tuh memang banyak pau. Brand lain pon ada.

Ok, abis dah cite pasal pau. Selain pau, aku juga suka putu piring. Eh, dah lah. Penat nak citer. Sekian sahaja promosi makanan tempatan dariku @blogspot.

Babai! Selamat bercuti.

Next entry, Cakap Banyak Kali.

Continuation

Aku percaya biler diberitakan bahawa, jualan produk tempatan telah meningkat sejak awal tahun ini, kesan daripada kempen buyakot membuyakot itu. Sekurang2nya, aku dan sebahagian dari femli ku (ni aku tak wat kajian, tapi kalo ikut prinsip masing2, rasanya betul lah ni) adalah antara pengikut kempen tersebut. Walau pon tak sepenuhnya, tapi ada dan memberi kesan kepada kami. Eh, aku ni asik wat kajian je, dah takde keje ke hape. Nama je kajian, tapi hakikatnya aku tulis apa yang terlintas langsung jek.


Berikutan kempen tersebut, aku telah menjadi agak susah hati biler nak keluar shopping. Kena fikir lebih sikit, nak makan apa dan di mana. Kalau sebelum nih, asal kata nak keluar jek, fikiran terus ligat membayangkan P, M dan K. Atau pun, kalau tengah travelling, bleh drive thru' jek. Pendek kata, kalau dah tak tau sangat nak makan apa, memang ke situ lah tempat dituju. Kira macam pilihan paling mudah. Sebab biler dah tahap lapar gaban tu, janji makan je lah.


Tapi kini, tidak lagi. Percutian aku ke kl minggu lepas telah menjadi sedikit rumit. Takde lah sampai tahap lapar nak mati, tapi kira leceh la sikit. Jangan marah he. Sebenarnya aku nak sambung cerita jalan2 kl aritu. Takkan tetiba nak sambung je kan. Kena la ada mukadimah sket hihihi.


Pada hari terakhir tu, aku sepatutnya turun breakfast, tapi, ahhh cuti2 apa kes nak bangun awal. Cukup lah 5 hari seminggu je. Ok, aku memang tak senonos. Besar kan tido. Lum datang seru nak berubah part nih. Eh bukan nak cakap pasal tido la.


Lepas check out lebih kurang pukul 1 pm, aku terus pergi loyat. Kendian masuk sg wang dan seterusnya bb plaza. Hampeh, takde tempat yang sesuai untuk makan. Takkan nak makan donut? Lapar beb. Pastu aku jalan lagi. Masuk lotten. Dan akhir sekali, aku masuk pavilion. Dari lotten ke pavilion, dalam hati aku berkata, oh, sungguh not me! Aku sedar diri, ok. Tempat ku bukan di sini. Tapi aku turun jugak tempat makan. Tingkat LG. Memula nampak jko donut. Kalau nak makan donut, aku dah makan kat loyat tadi. Jalan lagi sampai ke hujung. Tengah2 ada food court. Ni mesti rege dia ala2 suria klcc nih. Rate sepinggan nasi ayam biasa2 doblas hengget. Kat hujung tu ada P dan K. Aku mundar mandir di situ.


Kalau tak masuk, nak makan kat mana lagi?


Kalau masuk, dah macam meludah ke langit plak. Yo yo o boikot, tetiba kerana lapar tengahari, dah goyah. Bulan pose bleh plak tahan sampai maghrib.


Lalu aku pun buat keputusan kilat. Masuk.


Dah tiba depan pintu, tengok2 dalam, ada orang melayu. Ok la, takde lah malu sangat.


Tetiba teringat, eh, aku takde lah lapar sampai takleh berjalan. Orang kebuluran pun leh tahan 7 hari tak makan. Dalam kepala dah fikir SR. Tak pe lah, mahal sikit, janji tak makan butir2 peluru. Lalu aku pun berpatah balik dan keluar dari pavilion yang hebat (bagi orang2 macam aku ler) itu. At least balik nanti tengok spakiu dah boleh bayangkan kat maner derang shooting hihihi.


So, aku pon menapak lagi dan masuk ke SR di jalan bukit bintang. Tak ramai orang. Dah pukul 3pm, orang dah masuk opis. Order epal kasturi dan spageti bebola daging. Tak pernah try lagi. Aku sebenarnya suka makan spageti, tapi amat jarang makan sebab abang tak suka makan. Kalau korang nak tau, spageti bolognaise adalah masakan pertama ku sebagai isteri! Yeay! Wah! Italianos gitu. Apa kan daya, masakan pertama ku itu telah di rejek oleh suami ku. Ehhh sedap tau aku masak. Tapi memang dia tak suka, masam katanya. Maka, sampai ke sudah aku tak pernah masak lagi. Kalau nak makan, kena lah pegi makan ngan kengkawan. Aku rasa lasagna pun mesti dia tak makan jugak. So, tak payah lah rajin2 nak belajar hehehe. Nak makan, tunggu open house raya nanti je lah.



Isy, semalam abang bagitau, dia dah bosan makan unta hihihi. Bukan unta la, tapi makanan kat sana. Teringat kat masakan aku kekdahnya. Ces! Itu adalah hint supaya aku lebih rajin masak. Mungkin kah aku perlu masak asam pedas petang ini?


Okeh, pasal makan tadi. Oh, aku tak tau la pulak bahawa spageti bebola daging di SR adalah sangat best. Aku makan dengan licinnya.


Selesai makan, dah tak tau nak pegi mana. Baru pukul 4pm. So, aku sms abang dan bagitau dia supaya jemput aku kat masjid india. Aku nak sambung soping lagi! Seperti semalam, aku mengambil laluan yang sama. Jalan punya jalan punya jalan, sumer kedai aku masuk. Ssf dan kamdar pon aku terjah. Tapi ssf jb lagi best kot. Sama cam kat sungai buluh (damansara ke apa tak tau) tu kot. Masuk kamdar, aku pergi tingkat furnishing. Wah!!! Kamdar adalah terbaik! Banyak pilihan kaler oren. Rege pon ok sebab tengah sale. Best2. Tapi tak beli la. Sale dia akan datang baru aku beli hihihi.


Tak tau lah kali ke berapa aku tawaf aked tu. Sampai satu kedai tu, aku berkenan satu kain. Aku tanya, dia cakap RM38. Eh, kain baik ni. Murah la pulak. Mintak kurang bleh dapat 30 tuh. Tu aku tanya pembantu dia. Sekali tokei dia cakap, itu RM65 dik. Yang 38 bawah dia. Adoi laaa. Nyampah tau. Aku kalau atas 50 ni mula la nak lari jek. tak suka tau. Orang dah berkenan tau. Pastu dia cakap, takpe lah, kalau dah suka, adik bayar 38 je lah. Dia dah tercakap, nak buat macamana. Hehehe. Suka! Suka! Tapi kalau dia berlakon, aku terpedaya lah kan. Tak kisah lah. yang penting kain tu cantik, bagus dan murah.


Akhir sekali, masa untuk menunggu dijemput. Memula aku dah duduk kat meibenk, sekali datang mamat ni tanya jam kul bape. Huh! Sebelum diperpanjang2kan, baik aku blah. Kacau jek orang dah sakit kaki. (Pernah tak aku bagitau bahawa aku seorang yang paraniod? Ya, aku menganggap sumer orang jahat dan peragut. So, kena sentiasa berhati2). Last2, aku duduk je kat satu permukaan rata. Dah tak pikir apa dah. Janji aku dapat duduk. Tenaga dah tinggal 0.5 Joule (ke kalori ek unit nyer?) jek. Kira kalo otromen tu, dah blink2 dah.


Sambil duduk, sambil tengok gelagat orang balik keje. Ada yang berlari2 kejar bas. Ada yang dengan pasangan. Macam2 yang aku pikir time tuh. Lepas hilang penat + dah puas menunggu, tak sampai2 pon orang yang ditunggu, aku pon menapak ke kedai tudung arianni. Ooo ini lah yang orang duk sebut tuh. Mak aih. Selendang chifon plain je dah RM200! Tak sempat aku nak ber 'mak ai mak oi' lebih lanjut, abang pon call. Betul tengah kat depan kedai tuh.


Akhir nya (berapa banyak akhir dan last da) kami terus ke nilai, hangkut segala mak nenek yang dibeli kat nilai 3. Lepas mandi2 dan maghrib, kami pon bertolak balik. Eh, makan kat mana ek? Ooo kami singgah pasar malam bukit mahkota sebelum sampai nilai tadi. Beli nasi ayam goreng berempah yang nostalgia sebab benda tu lah yang aku makan time keje kat putrajaya tak sampai sebulan arituh. Dah siap2 makan kat nilai. Sampai rumah pukul errr dah lupa. Sekian.


Next week (hehehe kasik trailer siap2), Kategori Shopping Complex Di Malaysia.


p/s sorry, pasal gambar pau tu next entry ek. hihihi.



Thursday, 26 March 2009

Partially Lefthanded

Dalam femli aku, ada 2 orang yang kidal iaitu aku dan yayu. Tapi kidal kami berbeza banyak. Yayu kidal penuh, sementara aku kidal separa. Namun demikian, aku juga mempunyai seorang kakak ipar yang kidal. Pon kidal penuh. Eh, cop cop cop, abang epet pon kidal, tapi dia dah convert. Wah! Boleh convert2 plak. Katanya dulu dia tulis tangan kiri, tapi sekarang dah tangan kanan. Aku dengar masa kecik. Tah ye ke tidak.


Dalam femli suami ku pulak, ada seorang kidal iaitu adik beliau bernama ila. Dia kidal penuh jugak. Selain itu, aku juga mempunyai seorang biras yang kidal. Pon kidal penuh jugak.


Apakah yang dimaksudkan dengan kidal penuh, dan apa pula maksud kidal separa? Serius nyer.


Kidal penuh bermaksud, semua benda dia nak pegang dengan tangan kiri. Makan pon tangan kiri. Pegang sudu la. Kalo pakai tangan derang pakai tangan kanan ler. Contoh benda dan perbuatan yang menggunakan tangan kiri ialah makan & minum (pegang sudu & cawan/gelas – termasuk tuang dan ceduk), menulis (pegang pen, pensil, kaler), mengira (tekan kalkulator), memasak (pegang sudip, senduk), memotong (pegang pisau, gunting), angkat/pegang tefon, memandu (pegang stereng – lebih kuat), menggosok (gigi dan iron), bukak pintu, hulur & terima barang dan banyak ler lagi. Ok, itu pasal kidal penuh.


Masa sekolah dulu, aku tau aku kidal, tapi aku tak tau yang aku rupanya kidal separa. Maksud kidal separa ialah tak semua benda dan perbuatan menggunakan tangan kiri. Eh, ni aku nyer definisi je tau. Orang lain, tu dia punya pasal nak panggil apa. Ada gak orang lain yang kidal separa ni, tapi aku kasi contoh aku je lah kan. Dalam banyak2 yang aku tulis kat atas tu, cuma dua (2) je yang aku kidal, iaitu menulis (pegang pen, pensil, kaler) dan menggosok (gigi).


Aku menulis dengan tangan kiri


Juga menggosok gigi dengan tangan kiri


Dan dalam 2 perbuatan ni pon ada pecahan jugak. Untuk menulis dengan tangan kiri hanya dengan menggunakan pen, pensil atau kaler. Untuk menulis dengan menggunakan kapur tulis, aku boleh menggunakan kedua-dua tangan. TAPI, ada tapinya. Aku dah lama tak praktis guna kapur, so skill tu dah agak tumpul. Dulu tulisan tangan kanan guna kapur aku agak cantik juga. Ini bermakna, cara memegang alatulis aku pon separa kidal jugak.


Untuk menggosok gigi pulak, aku baru perasan ermmm tahun lepas ke dua tahun lepas. Tu pon sebab aku sengaja buat kajian terhadap diri sendiri. Setakat nih, memang 2 nih je lah aku kidal. Sebab tu kekadang orang kat rumah lambat perasan yang aku ni kidal sebab aku jarang menulis di rumah dan aku gosok gigi sesorang jek hihihi. Tapi kalau tengok yayu, adik ipar, kakak ipar dan biras aku tuh, memang sumer keje dia buat guna tangan kiri. Kira obvious la kan. Aku silent kidal.


Orang kidal ada beberapa masalah kerana certain tools/equipment telah direka khusus untuk pengguna tangan kanan. Tapi aritu aku ada dapat email pasal tools yang telah direka untuk tangan kiri. Selain tu, banyak juga tools yang dicipta secara universal. Saper2 pon bleh guna. Antara tools tersebut ialah gunting, pisau kupas buah dan sudip. Ada sudip yang jenis senget tu kan, memang sesuai untuk orang tangan kanan je. Gunting plak kalo jenis satu lubang kecik, satu lubang besar tu memang untuk orang tangan kanan. Kalo kidal pakai, sakit la sikit.



Gunting tangan kanan


Gunting universal


Pisau kupas buah pon ada jenis yang fleksibel tu kan. Kalo jenis yang permanent tu, memang orang tangan kanan je lah yang guna.


Yang ni unversal. Yang tangan kanan tak jumpa lak kat s.e.


Pastu, kekadang masalah jugak biler kiter hulur atau terima barang dengan tangan kiri kan. Kurang sopan kan.


Ada juga masalah time gi kursus atau dengar kuliah. Kebanyakannya akan menyediakan kerusi yang ada meja sekali tuh. Susah la sikit nak menulis. Tak pon, aku biasanya suh orang belah kiri aku duduk kerusi selang satu sebab aku nak guna meja pada kerusi sebelah kiri aku. Ni biasa masa belajar dulu la. Kalau dalam kursus jarang la aku buat perangai cerewet nih. Ngengada ke hape ko ni?


Masa nak injection zaman sekolah, nurse tanya kiter, tulis tangan apa, kan? Eh, ke tak? BCG ngan rubella aku kat tangan kiri la. Jap jap kompius. Aku rasa inject kancing gigi form 3 je tangan kanan. Ah, sukati la. Hihihi teringat masa kecik. Time kakak2 darjah 6, derang cakap, kena enjek api. Nurse tu lalukan jarum tu kat api, kendian dia cucuk. Aduiii! Kami yang budak2 kecik ni takut la kan. Sampai masa, dah darjah 6, dah takde dah sistem enjek api tuh. Ada enjek bcg jek. Tah ye ke tak tah. Kakak2 ku, sila jawab.


Bab memandu plak, aku tak berapa pasti ada beza ke tidak sebab kiter belajar pon time dah besar. Tapi tangan kiri aku memang tak kuat sangat pegang stereng. Ada satu masalah, tapi ni bukan masalah pada si kidal, tapi orang sekeliling mereka, iaitu, kalo kiter tengok kidal ni potong sesuatu atau menggunakan benda tajam, kiter macam ngeri je, kan? Perasaan tu seperti kiter yang guna tangan kanan ni, buat keje tu guna tangan kiri. Padahal orang kidal tu ok jek. Aku je la, kalau korang tak. Aku cakap begini kerana aku pon macam korang2 yang tak kidal jugak.


A’ah ek? Sebenarnya penentu kidal atau tak kidal ni turut bergantung kepada kekuatan tangan kiter, kan? Tapi, tangan kanan aku lebih kuat? Kalau aku kidal, sepatutnya tangan kiri aku lebih kuat, kan? Oh, itu kiter serahkan pada saintis la untuk buat kajian. Aku buat pemerhatian jek. Tak mewakili semua orang di seluruh dunia. Skop kajian aku terhad kepada kaum keluarga terdekat sahaja. Tak koser aku nak gi jejauh. Bukan bidang aku.


Ok, terima kasih kerana sudi membaca.













Kete Polis

Wah, polis mesia dah nak pakai evo 10 beb. Musti lebih sedia, cekap dan pantas.

Mythbuster 1

Dalam kehidupan kiter ni, kiter salu mendengar sesuatu yang kiter tak tau pon benda tu betul ke tak. Nak percaya ke tidak. Lebih kurang mitos la. Aritu aku dah bongkar mitos kembar kan? Tapi kali ni kajian belum siap lagi. Kira aku ada satu kes, tapi masih mengkaji lagi. Pernah tengok tak mythbuster? Kira aku nak buat cenggitu lah hihihi. Takde keje cari keje namanya.

Tajuk kes ialah :

ADAKAH MENANAM POKOK PAYUNG INDONESIA ADALAH MERBAHAYA?

Literature study :

Suami ku ada berkata, dulu kat rumah dia ada pokok nih. MIL yang tanam. Pastu datang sepupu dia cakap, getah pokok ni boleh menyebabkan buta dan dicantasnya pokok itu. So, dah takde lah pokok itu, diganti dengan pokok ceri. Satu kelebihan pokok ini ialah, daunnya sangat lebat seperti payung. Kira best la kalo nak lepak2 petang2 bawah pokok tu kan.

Aku tengok banyak pokok ni kat tepi jalan. Bukan setakat ditanam oleh majlis, tetapi banyak juga yang di rumah2 persendirian. Dan setiap kali lalu rumah2 tersebut, aku akan cakap kat suami ku, 'mesti orang dalam rumah tu sumer buta ek?' Tujuan adalah untuk menafikan mitos tersebut, seterusnya membolehkan aku menanamnya di depan rumah.

Expectation :

Aku berharap teori ini salah dan aku boleh mula mencari anak pokok tersebut di nurseri.

Nanti, dah abis research, aku present kat sini okeh? Babai!

Selalu Begini?

Korang selalu tak cenggini? Aku tanya 'selalu' sebab mesti pernah punya. Kalo tengah dalam kete, tetiba korang tertengok atau terfkir sesuatuh, dan selepas itu, sepanjang perjalanan tu korang kerja mencari benda tuuu jek. Sampai satu peringkat, baru tersedar, eh, dah la, penat dah nak carik lagi. Aku ada banyak contoh.

Contoh satu:

Lokasi : area muor.

Aritu aku tengok kat tv, time jomheboh derang tunjuk rumah limas muor, kan, bawah rumah derang mesti ada pagar2 kayu. Orang panggil bawah kolong. Derang cakap bawah tu reban ayam la, pagar tu untuk elak serangan musang. So, biler lalu muor tu, mula la tengok rumah2 kampung yang ada pagar kayu (yang beraneka design). Sampai dah masuk area melaka pon masih jumpa rumah cenggitu, tapi anggap, alaaa ni sempadan muor, so maybe masih orang muor yang duduk sini. Lama2, biler dah tak jumpa lagi, baru perasan, eh, kenapa nak carik lagi, kan dah luar muor? Gitu lah.

Eh, teringat cerita jins samsudin ngan noorkumalasari yang jins eksiden ke hape, pastu noor tu gunting2 atas kepala dia. Tiada esok bagi mu ke? Dalam cite tu jins nyer duk bawah kolong kan?

Contoh dua:

Lokasi : area melaka

Perasan tak design bumbung rumah melaka ni mesti ada corak2 kat tepi dia. Ada corak bintang la, diamond la dll. Alaaa kat tempat yang bentuk 3 segi yang menegak tuh. So, sepanjang jalan tu keje menengok bumbung umah orang je lah. Huh!

Contoh tiga:

Lokasi : atas jalan

E'eh, nombor plet kete tu sama ngan kete kiter la. Tapi huruf je lain. Pastu keje mencari nombor plet yang sama atau dekat sama la pulak. padahal memang nak jumpa satu tu pon setahun satu pon susah. Adui...

Contoh empat:

Perasan tak, kebanyakan baju hujan or jaket penunggang motor ni adalah dari brand givi? Alaaa sama brand cam kotak doraemon tu. Pastu, pon sama la, keje menengok jaket or baju hujan orang.

Benda ni kekadang kiter tak perasan, sampai la kiter tersedar. Ada banyak lagi contoh, sape2 nak tambah?

Wednesday, 25 March 2009

Tips Dari Jutawan (ni kira kredit la kan, walo pon tak tulis nama)

Berapa ramai je pon jutawan yang kiter kenal, kan. Oleh kerana orang yang bercakap ni adalah bisnesmen, so contohnya pon bisnes la. Tapi kita boleh ikut gak tips ni untuk perkara lain. Sesuatu untuk difikirkan (kalo dah takde benda nak pikir la. aku nak pikir minggu depan ke bulan depan ke, sebab sekarang banyak benda nak pikir wakakaka macam najib [eh, dia takde nama manja cam pak lah ke?] pulak banyak benda nak pikir minggu nih).

Eh, saper ek yang pernah gi perhimpunan ke rapat umum ke demo ke, pastu kena siram ngan air atau gas pemedih mata? Tak rasa macam nyamuk dan semut ke kena spray2 gitu? Aku tertengok kat tv semalam. Aku bayangkan, kalo semut bebanyak, cara mudah nak suh dia pegi ialah dengan menyimbah air. Kalo aku spray nyamuk depan mata dia pon aku bayangkan nyamuk tu berkata2 macam dalam eklan. Ok, dah cukup mengeradau. Eh, korang tau ke mengeradau tu apa? Macam buat ayat dalam paper bm spm, ayat tu mesti jelas menerangkan maksud perkataan tersebut.

Contoh, perkatan jarang.

Contoh ayat, Fatimah suka memakai pakaian jarang sehingga menampakkan susuk tubuhnya.

Cikgu aku salu kasi contoh perkataan jarang nih. Kenapa tah? Dia cakap, kalau orang tak tau makna jarang tu, baca ayat tu, mesti dia paham. Alaaa, aku pun kekadang tak tau makna perkataan dalam bi, tapi bila baca ayat, baru paham. Gitu la lebih kurang kan. Ke konsep buat ayat spm sekarang dah lain?

So, daripada ayat aku, korang mesti tau apa makna mengeradau tu, kan?

Okeh, berbalik kepada tips tadi. Ini lah tips nyer.

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan
tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?

Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan
perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka
melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.

Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup
melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan
promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network
yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi
yang produktif perniagaan baru setiap bulan.

Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan
perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak
menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya
menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun
yang lepas (tidak ubah).

Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi
mereka lakukan juga.

Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.

Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang
sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian... lakukannya juga!

p/s akhirnya sijil pedagogi aku dah sampai (tapi lom dapat). sikit punyer lama ker...

Lagu Itu

Kan minggu ni bebudak af dapat lagu2 80-an kan. Aku suka lagu arwah seha tu. Seloka Cinta Remaja. Teringat masa sekolah rendah. Ingat apa, aku pon tak tau, tapi dengar lagu tu terus teringat zaman tu.

Carta sms sinar sekarang dah masuk lagu2 balada ler. Tak rock dah. Dah tak best aku rasa. Sibbaik lagu axl masih ada. Alaaa lagu kekasihmu itu kekasihmu ini tu...

Another Constraint

Gara2 server ni lah yang menyebabkan cerita jenjalan kl aku terbantut. Sekarang dah tak panas lagi dah. Tak best nak sambung. Nyampah.

Asalnya aku nak cerita pasal satu lagi kekangan yang menghalang kiter dari berfoya2 soping tak hengat donia selain daripada mood, masa dan ongkos. Constraint ini aku sedari semasa berada di kl. Time dah terduduk kat tepi jalan. Dan kerana itu, aku kini telah sedar ruang. Eh, apa yang dimaksudkan sedar ruang dalam performance ha? Aku main suka2 je guna frasa tu sebab macam best jek.

Kudrat, Energy, Tenaga.

p/s hilang duit, hilang sikit; hilang cinta, hilang separuh; hilang semangat, hilang semua.

Tuesday, 24 March 2009

Berdua Lebih Baik

Korang biasa tak, tiba2 teringat kat somi korang, atau pon korang tetiba terasa nak call atau sms somi korang, pastu tetiba, terus somi korang tu call atau sms korang? Ok ok itu biasa, kan? Instinct ek?

Dah, itu cite lain. Ni nak cite pasal kisah suami isteri ni. Tapi ni cuma berlaku pada si isteri.

Setiap pagi, si isteri pegi kerja kul 7.20am. Start kete, siram pokok bunga, ambik henbeg, undur kete dan terus pecut kejar punch card. Biasa kan kan kan?

Tapi hari ini, si isteri start kete, siram pokok, tutup & kunci pintu, undur kete, tutup & kunci pagar dan terus pecut. Lain kan kan kan?

Apa berlaku biler sesuatu rutin itu berubah? Dah tentu lah ada step yang terlupa. Nama pun manusia. Dan hari ini si isteri tertinggal laptop di depan muka pintu. Sampai opis, nak turun kete baru perasan. Time turun gi punch card tak perasan pulak? Akibatnya, kena la taip semula surat2 yang dah siap semalam. Nak balik, jauh pula. Padan muka si isteri itu.

Kepada suami si isteri, berdua dengan mu pasti lebih baik, aku yakin itu... lalala...

p/s satu step yang tertinggal itu ialah ambik laptop bawak masuk kete sebab selalunya si suami yang buat rutin tersebut. :-P

Monday, 23 March 2009

Solo Sekejap

Lain benar rasanya ditinggalkan jauh. Tak sama macam ditinggalkan pergi kerja, atau pergi kursus, atau pergi kenduri kawen.

Thursday, 19 March 2009

Jalan2 Cari Penyakit

Isnin pepagi lagi kami dah keluar rumah. Gi keje pun tak sepagi ini. Abang kata dia saje je ajak aku gi kl ni untuk menginsafkan aku supaya bersyukur sebab bekerja di kampung. Takde jammed. Tu pon aku salu merungut lori kat jalan tanjung labuh tu slow2. Tapi tak pernah ler sampai punch card aku merah. Paling lambat pon 7.55am dah punch. Syukur.

Alah... takde lah jammed mana pon kl tuh. Ada la slow sikit kat tldm tuh. Tu pon sebab ada kete dah berenti kat tengah lane kanan sebab eksiden. Pastu ada satu lagi kete rosak kot. Kalau takde dua2 tu, lancar jek. Tapi, time tu jugak la aku sakit perot. Adoi!!! Sibbaik ada petua pintal2 baju, pintal t**k aku hihihi. Memang berkesan.

Sampai area bukit bintang, terus park kat belakang2 entah jalan apa tah. Pastu terus gi toilet. Lepas babai babai, aku terus naik monorail. First time naik monorail. Alah... sama je sistem dia ngan tren2 lain. Teringat masa lrt putra baru2 dilancarkan. Naik free beberapa bulan kot. First time naik kami pergi jelatek kot. Tetiba tengah jalan dia brek mengejut. Sibbaik aku tak tersungkur. Eh, ke time tu aku naik sensorang sebab nak jumpa abang kat keramat ek? Tah, lupa la. Tapi first time memang dengan abang. Kendian aku ada naik lagi time dah berbayar kot. Masa konvo ita. Bawak abah ngan mala naik lrt gi klcc. Pastu jenjalan kat taman klcc posing2. Time praktikal pulak, tetiap ari aku naik putra dari masjid jamek ke bangsar.

Ok, aku naik monorail sempat jumpa 1 hentian je. Turun kat hang tuah, naik star plak. Tak kisah la apa nama tren tu sekarang. Yang penting star kotak kaler kuning, putra aerodynamic kaler putih. Naik star pon jumpa 1 hentian, turun kat masjid jamek.

Dari bukit bintang ke masjid jamek, aku ambik masa 15 minit sahaja, termasuk menunggu. Sungguh cepat. Dah lapar, pegi makan kat kedai mamak. Owh, kedai mamak di tengah kl sangat tak best. Tak sama ngan shah alam atau area taman2 perumahan. Takde sistem order canggih2. Lagi cikai ada la. Pepagi gitu cuma ada roti jek? Bosan tul. Terpaksa lah aku makan roti telor untuk tenaga berjalan seharian nih. Lepas makan, maidin pon tak bukak lagi. So, aku jalan2 la kat arked. Pegi pepagi gini bleh dapat rege murah. Rege pecah telor. Tapi lum jumpa yang berkenan. Lagi pon aku kena la survey rege dulu. Kedai banyak, jual benda yang sama, so kena jadi pengguna bijak.

Dah pusing2 lebih kurang, dah tau dah latest design, sebelum penat dan berpeluh, aku masuk maidin plak. Kena save energy dan wangy. Wangy tu maksudnya bau badan la. Kat maidin ada ekon, takde ler berpeluh. Kata nak jenjalan satu hari, kan. Kuar maidin, tunggu ita plak. Kul 11 kt baru dia sampai. Pusing2 situ, kendian terus gi sogo. Ada la sale sesikit. Beli kan yayu punya bantal.

Dah tengahari, dah lapar. Nak makan katner? Memang mencabar soping2 sambil memboikot nih. Nak makan pon kena pikir. Last2 pegi midveli. Apa? Iyer... kami menapak ke komuter bank negara dan makan ayam percik rasamas di midveli. Adoiii time ni dah mula sakit kaki nih.

Kat dinding tepi pintu masuk midveli dari stesen komuter ni, kami nampak orang menggergaji dinding.

Biler nak balik, tengok2, dah ada lubang ventilation. Boleh pulak ek?

Pas makan, kami pon pusing2 jusco. Takde hasil. Aku rasa mood soping hilang kerana faktor kaki kot. Lebih kurang kul 4pm, ita pon balik. Aku lak, turn kat bank negara lagi. Ini dinamakan jalan2 cari pasal. Dah tau penat, paksa jugak jalan. Jalan punya jalan punya jalan, dapat lah hasil sepasang kain. Tak berbaloi dengan penat! Dah lah aku bawak payung panjang. Dah terhuyung2 hayang aku rasa. Yang paling berat bantal tu la. Isi batu ke hape?

Sampai kat masjid india, baru lah hujan turun. Aku mintak hujan turun sebab aku dah susah2 bawak payung. Tapi biler hujan, lagi lah susah aku nak balance kan badan aku. Turun naik lrt, macam nak patah tangan aku. Sakit kaki lagi. Turun monorail nak ke hotel, lagi la azab. Sampai kan aku selamba je letak plastik2 barang tu atas jalan yang basah sebab dah tak tahan sakit tangan. Ini dinamakan cari penyakit. Sampai hotel, mandi2 dan tengok spakiu hujung2.

Lepas solat, kuar makan pulak. Saje cari pasal gi jejauh. Sudahnya tutup plak kedai buah kat keramat tuh. Makan kat keramat jugak. Pas makan terus balik. Saje lalu klcc sebab nak tau kat mana duduk letaknya pavilion tuh. Lorrr dekat bebeno ngan monorail bukit bintang yang aku turun2 naik tadi. Menapak tak sampai 5 minit. Takde kena mengena pon ngan jalan klcc. Balik2 tuh, bukan terus tido. Ada wifi free, apa lagi?

Desaria Dekat Nilai 3

Kiter salu kasik alasan, takde masa, tak sempat, sibuk la dll, kan? Kalo boleh nak tambah jam dalam sehari tu jadik 100 jam ke, kan? Isy... takyah mintak2, nanti kat akhirat memang banyakkkkkkkk masa. Sementara kat dunia nih, manfaat kan masa 24 jam sehari tuh sebaik mungkin. Ewah... dah macam intro forum perdana ehwal Islam plak ek? Padahal nak cite pasal pembaziran masa yang telah aku lakukan. Isy isy isy insaf sekejap.

Jumaat lepas, dengan terburu2nyer, aku telah memohon cuti. Apa kes dah bulan 3 tapi cuti masih banyak, kan? Aku sendiri tertanya2, biler aku nak cuti nih? Akhirnya, ada peluang, aku pon cuti.

Memula kengkonon jumaat malam tu nak mulakan perjalanan yang agak jauh. Tapi, biler memikirkan penat yang bakal menanti, terus je kensel. Sibbaik sedar diri dan sedar ruang. So, hari jumaat tu masih sempat berehat2 sambil kemas2 baju. Aku rasa, waktu jam kul 5 petang setiap jumaat adalah waktu paling sorga sekali. Boleh bukak minda dan terus set mode rehat, tido, jenjalan dan soping! Malah, ada orang yang dah mula dari jam 12.15 tengahari lagi untuk ambik mood tersebut huhuhu. Tapi aku baik sket la. Kul 12.15 tengahari jumaat duk kat opis dendiam.

Sabtu pagi, layan mata la dulu. Bangun2, terus je on suis bibik. Kemas rumah sebelum berpergian memang best. Balik2 je nanti, rumah bersih jek. Pukul 3pm baru makan tengahari. Makan kat kedai je. Kendian, terus je kuar tol ayer hitam. On the way, hujan on off. Rugi je basuh kete. Musim2 hujan cenggini toksah ler rajin sangat. Membazir air paip jek.

Sampai nilai terus singgah kk mart. Alerrr tisu design yang aku suka tuh takde stok la pulak. Mesti ramai peminat tuh. So, selamat lah duit ku.

Malam, seperti biasa, layan poktek ler. Kali ni tak pedas sangat. Best! Gelojoh jugak la makan sebab dah dekat kul 9pm. Nyampah tul la estero nih. Asik wat program best2 malam minggu. Susah lor nak soping2. Hihihi saper suh ko tengok? Oleh kerana minum air dengan laju, tetiba macam ada angin tersekat kat dada. Adoiii agaknya orang sesak napas cenggini kot? Sibbaik cecepat angin tuh keluar. Kalo termunt, rugi je poktek 15 hengget semangkuk tuh. So, malam tu layan af jek. Nak minat sape ek? Akim je lah. Ok tak? Ngelat tul la. Tengok af, kakak nombol satu, tengok oiam, adik plak dapat imuniti. Ni pakat ke apa?

Oh, malam tu on the way gi makan, lalu kilang yang wat warehouse sale arituh. Kebetulan pulak dia wat lagi minggu nih. Boleh la carik cadar lagi kat situ.

Hari ahad, memula pegi nilai 3. Beli suar jek. Pastu pegi kilang tuh. Dapat la sambar cadar sorang (tilam) satu ngan comforter. Magik! Abang tak kisah pon aku beli cadar lagi?

Kendian baru pegi makan kat gulai kawah bbb. Sikit punyer jauh ker. Padahal banyak je kedai makan kat medan selera dj mazlan hihihi. Lepas makan, pegi tah apa ke nama kompleks tu. Salu sebut warta jek. Tujuan ke situ adalah untuk membeli bekas garam. Arituh carik kat angsana takde. Sibbaik kat sini ada. Kalo tak, terpaksa pegi kajang or shah alam plak. Selesai kat itu, balik semula ke nilai. Alamak... cemana boleh lupa tujuan asal keluar sampai ke bangi tu sebenarnya nak gi kl? Ingat nak gi matta fair. Esok tu baru teringat. Apa da...

Sampai nilai dah dekat kul 5pm. Balik rumah dulu. Lepas solat, gi nilai 3 lagi. Aiyak? Tak abis lagi? Selepas tawaf sepertiga nilai 3, dapat ler beberapa helai tudung, blouse, congkak dan sebuah meja konsol. Yeay! Eh, korang tak salah baca. Memang aku beli congkak ok. Kater konsep rumah aku ialah traditional contemporary. Pergh! Dah macam class bunyi nyer huhuhu. Padahal berlambak benda tu jual kat ayer hitam. Aku memang dah tak beli kain kat nilai 3 nih. Selain mahal, design dia pon agak lambat berbanding ngan jalan tar dan kota. Kota memang sentiasa up to date bab kain2 nih.

Akhirnya terbeli jugak meja ni. Nak letak apa ek? Abang tak kasik letak benda2 english kat depan.Jajahan takluk dia. Dapo je leh wat konsep english2 nih sebab dapo tu kawasan aku..

Balik rumah dah maghrib. Lepas mandi bagai, kuar makan lagi. Kedai yang sama jugak. Sebelum keluar tu, betul2 chong wei nak lawan. So, ingat kedai tu akan bukak channel tu jugak la sebab semalam dia bukak bola. Sekali sampai, dia tengok tivi3. Kiter mintak tukar channel badminton pon tak dilayannya. Nyampah! Dahhhhhh rugi tak tengok chong wei menang. Bencik!!!

Friday, 13 March 2009

Buyakot Membuyakot

Pernah dengar tak perkataan nih? Aku pernah! Dulu, masa sekolah ugama kan guna kitab2 kan. Tah, dalam subjek apatah, ada cerita pasal perbuatan buyakot membuyakot nih. Aku tak salah dengar ok. Memang ustazah sebut cenggitu. Sampai ke sudah aku tak tau apa yang dia sampaikan.

Tetapi, akhirnya aku telah pon faham apa yang cuba disampaikan oleh ustazah itu. Sebenarnya perkataan yang dia sebut dulu tu ialah boikot memboikot. Alaaa ejaan bahasa jawi dia memang buyakot membuyakot. Mana lah aku tau. Kerrr bahasa arab memang sebut cenggini? Orang dubai bleh tolong jawab? Hahaha tak boleh tahan. Macam la takde orang lain kat mesia ni yang pandai bahasa arab. Nakkk jugak dubai tuh.

Sebenarnya aku nak komen pasal boikot nih. Senyap2 jek, macam buat bodo jek, kan? Sebenarnya aku pon ikut kempen nih tau. Aku tak makan mekdi sejak bulan januari tau. Keyefsi, pizahat, pendek kata, segala jenis fast food yang tak masuk senarai pon aku tak makan tau. Sebab tu aku makan nasik beriani je sekarang hihihi.

Bab barang2 rumah memang berat sikit. Tapi ada lah jugak yang kami boikot. Shokubusuk tu produk jepun kan? Fuh! Lega. Aku memang takleh mandi ngan sabun lain. Gedik!

Setakat nih, bab makan je yang aku betul2 ikut. Aku tengok mekdi yang baru bukak tu pon salu lapang je parking lot nyer. Walau pon aku salu cakap teringin nak akan mekciken, tapi aku lawan jugak ati supaya tidak goyah. Ye lah, mereka dah berjaya mempengaruhi aku selama 11 tahun. Bukan benda mudah, kan? Dah lah dia kasik turun rege waktu lunch kan? Hopefully aku akan berjaya. Tak mati pon kalo tak makan mekciken tuh.

p/s berita itu ada kaitan dengan ini dan ini

Kisah Lemon Tree

Baru aku perasan entry sebelum ni pon pasal lemon jugak. Musim lemon. Ehhh pokok bunga yang aku ceritakan kat tepi jalan arituh kan... dia berbunga lagi dengan lebat nyer. Dan gugur dengan lebat juga. Lalu jalan tu terasa seperti berada di musim bunga di nicaragua. Hihihi entah negara mana tah tuh.

Okeh, rasa macam dah terlambat nak cerita pasal lagu lemon tree tuh sebab dah hilang dah perasaan nostalgia tuh. Okeh, tarik napas dalam2, cuba tarik balik mood itu.

Ala... aku malas ar nak cerita sebab takut, mesti orang harapkan cerita tu best. Padahal, tak best pon huhuhu. Cuma secebis kenangan di zaman uni dulu jek.

Sebenarnya lagu tu mengingatkan aku kepada kelas bahasa inggeris masa aku part 1 dip dulu. Lecturer tu lecturer part time. Rasanya dia cikgu sekolah kot. Indian man cikgu ni. Lupa dah nama dia. Memang biasa kami belajar bi ngan cikgu sekolah kat uni dulu sebab tak cukup lecturer.

Kelas kami waktu tu kat belakang pentas dewan seri budiman. Mesti korang yang belajar kat sana pon tak pernah jejak tempat tuh. Bukan kat tempat salin baju. Ni kat belakanggggggggg sana. Memang ngeri la nak gi kelas tuh. Kenapa kelas aku kat situ? Zaman aku memang zaman merempat. Student nak ramai, fasiliti tak cukup. Tu yang belajar pon kat belakang pentas. Tu aku tak cerita lagi belajar kat tepi masjid, kat bilik tido, kat stadium bola. Okeh, yang last tu aku dah cite.

So, dalam kelas tu, cikgu ni kasik kami lirik lagu nih dan suh nyanyi ramai2. Itu jek. Tak best kan cite nih? Tak pe lah, yang penting kenangan tu best.

Beribu Ribu Lemon!!!


Biler kali terakhir kiter tengok beribu-ribu lemon? Alaaa takkan tak ingat iklan sabun tuh. Eh, tapi iklan sabun apa ek? Aku pon dah lupa la. Ke bukan iklan sabun?

Dalam iklan tu kan kita tengok lemon2 tu umpama satu fantasi kan. Tapi, aku telah melihat beribu-ribu lemon yang bukan fantasi. Eiii cop cop cop bukan lemon, tapi orange. Tak kisah la, tak sama. Yang penting dari spesis yang sama iaitu citrus sp. Tah ye ke tak nih.

Kat mana aku tengok beribu-ribu orange dituangkan ke dalam bekas yang besar? Kat dalam tv hihihi. Spoil betul la. Ingat betul2 depan mata. Eh, tv ni betul2 depan mata jugak.

Arituh aku tengok channel discovery. Alaaa citer pasal extreme machine. Aku suka je jenis2 cite cenggitu. How its make, how do they do it, mega structure dll. Okeh, pasal mesin tu tadi, mesin tu ialah mesin pemetik buah limau. Ala2 bajak la rupa dia tapi dia ada palang besi-besi kat atas dia. Kekdahnya, dia goncangkan besi tu sambil berjalan sepanjang ladang limau tuh. Pastu limau2 tuh pon masuk dalam tong. Biler dah sampai hujung, bajak tuh tuang la limau2 dalam tong dia ke dalam tong yang besar. Kat situ la aku membayangkan iklan beribu-ribu lemon tersebut.

Insaf Pada Sambutan Maulidurrasul Sekolah

Sesekali, nak jugak aku share sedikit ilmu yang aku belajar dari ceramah Maulidurrasul. Harapnya, kalau ada silap tuuu, please please tegur okeh? Jom baca. Eh, sebelum tu, teringat zaman sekolah dulu ek. Kalau majlis sambutan maulidurrasul kat sekolah ke, kat masjid ke, mesti ada makan ramai2 dalam dulang. Makan nasik minyak. Sedap ek? Ok, baru boleh cerita.


Kisah pertama berlaku pada zaman nabi Musa a.s. Ada sorang mamat. Isy, boleh ker kasik nama mamat kat orang zaman tuh ek? Emmm sorang jejaka la. Dia ni sangat jahat. Jahat yang betul2 jahat la. Segala jenayah R’ la dia buat. Bak kata ustaz tu tadik, bangun pagi buat jahat, lepas zuhur buat jahat, lepas asar pon buat jahat la.


Oleh kerana sifat2 ini, penduduk kampung sangat lah nyampah kat dia. Kira kalo boleh nak dia ni cepat2 mati la. Aman dunia.


Pada satu hari, jejaka ini ditemui meninggal dunia di tepi jalan. Orang2 kampung ni pon hepi la kan. Dan takmo menguruskan jenazah beliau. Terbiar je kat tepi jalan.

Tiba2, Allah s.w.t. memerintahkan nabi Musa untuk menguruskan jenazah beliau, dan baginda pon menguruskannya. Eh, jap jap aku kompius jap. Aku tak ingat nabi Musa sebenarnya duk kat kampung tu ke tak. Rasanya tak kot. Sebab kalo ya, mesti nabi yang uruskan tanpa diperintahkan kan? So, sape yang tau cite sebenar, please komen.


Biler dah cenggitu, orang kampung sok sek sok sek la, cemana boleh terjadi sedemikian. Maka tersebut lah alkisah, bahawa jejaka ini, walau pon jahat tetapi, beliau rajin membaca kitab taurat. Dalam kitab tu ada kisah nabi Muhammad s.a.w. Dan tiap kali dia baca nama Rasulullah dalam kitab tuh, dia akan menjunjung kitab tersebut dan mencium2 nama baginda. Kira dia sangat menghormati baginda walau pon dia tidak lahir pada zaman baginda.


Kesimpulannya, cuba lah kaitkan diri kita dengan Rasulullah untuk mendapatkan syafaat Rasulullah. Sedangkan manusia di zaman sebelum Rasulullah pon boleh melakukannya, apatah lagi kita yang memang umat Muhammad nih kan. Bagaimana? Senang saja. Ikut saja Al Quran dan Sunnah. Kalau bukan sekarang, insya Allah di akhirat nanti akan mendapat ganjarannya.


Selalu kiter buat sesuatu tu dan kiter cakap, mengikut sunnah nabi. Tapi, aku nak kasi tau,ada satu lagi perkara ni yang sangat best yang sebenarnya mengikut sunnah iaitu, MAKAN DAGING KAMBING! Yeay! Sekarang aku ada sebab untuk makan beriani kambing lagi dan lagi dan lagi. Senang jek. Time nak makan tu, niat je dalam hati, aku makan ni adalah untuk mengikut sunnah nabi. Eh, betul ker dato fadilah kamsah ada cakap daging kambing ini adalah baik di makan? Aku macam pernah dengar, makan daging kambing adalah lebih baik dari daging lembu dari sudut kesihatan. Errr ni saper cakap ek? Aku lah yang cakap hahaha! Tak kisah lah tu. Tapi kan kita digalakkan makan daging putih seperti ikan dan ayam kan. Sesekali tak pe kot. Okeh, jom makan kambing jom! Aku belanja korang.


Ehhhh cop! Daging kambing ni pon ada kisah tauladan jugak. Meh aku cerita lagi.

Kisah kedua ini berlaku pada zaman Rasulullah. Pada zaman itu, ada satu wanita yang mulutnya tersangat lah laser. Hihihi bak kata ustaz tuh, pagi petang siang malam memang asik laaa cakap benda2 yang tak elok. Segala kata M’ la yang dia sebut. Sebelum tido pon siap pikir, besok nak cakap apa, nak ngumpat sape lagik hihihi.


Pada satu hari Rasulullah sedang makan daging kambing. Kisahnya, Rasulullah suka makan daging yang keras2 gituh. Sedang baginda makan, wanita ni datang menghampiri baginda lalu meminta sedikit daging kambing daripada Rasulullah. Sedangkan sahabat2 baginda ponnn tak berani nak mintak ngan baginda, wanita ni selamba dek jek mintak. Rasulullah pulak memang takkan tolak permintaan orang.


Maka, baginda pon memotong la sikit daging tuh dan kasik kat pempuan nih. Tetiba pempuan nih cakap, dia takmo yang part tu. Ewahhh cerewet lagik. Dia cakap, dia nak yang tengah kat dalam molot Rasulullah tuh. Yang tuh dah siap blend kan, takyah susah2 nak kunyah. Daging keras kan. Lalu, oleh kerana baginda takmo menolak permintaan orang, baginda pon kasik la daging yang telah dikunyah ituh. Pempuan tu pon makan lah.


Ooo mesti korang takut nak cakap geli sebab itu adalah Rasulullah, kan? Tetapi, sejak hari itu, wanita itu telah berubah dan tidak bermulut laser lagi. Hebat, kan?


Errr pasni, korang yang laser2 tuh, makan lah daging kambing yang telah dikunyah oleh saper ek? Mak ke, suami ke, atau saper2 lah ek. Kot lah dah tak laser lagi. Tapi kan salu mak memang akan kunyahkan daging untuk anak dia masa kecik2 kan? Sebab tuh kiter senang dengar cakap mak. Sama jugak kalau kiter makan dari tangan mak kan.


Eh, aku macam pernah dengar or baca la, pasal makan sisa orang nih. Eh, ni dah off topic nih. Apa yang aku dengar or baca tu mengatakan, sebaik2nya kiter jangan biasakan makan lebih2 anak kiter makan sebab nanti anak kiter takmo dengar kata kiter, sebaliknya, kiter lak yang akan ikut cakap anak. Eh, kiter tu parent lah. Aku lum masuk dalam kiter ituh. Tapi kalau anak makan lebih mak, takpe. Untuk meluaskan skop kajian, aku gunakan konsep tuh pada suami isteri. So, konsep yang aku gunakan ialah, suami jangan makan lebih2 isteri, tapi kalau isteri makan lebih2 suami, takpe. Betul ke nih?


Okeh, ni ada satu lagi kisah. Tapi ni pada zaman pemerintahan saiyidina Omar r.a. Pada zaman itu, negeri rom ni ala2 emerika la, suka nak perang2 nih. So, satu ari, raja rom ni antar pegawai perisik untuk wat survey kat madinah.


Biler perisik2 ni balik, raja rom ni pon panggil la derang untuk membuat analisis daripada risikan mereka itu. Lalu raja rom ni pon bertanya satu soalan cepu emas. Eh, cepu emas ni glemer ek? Sampai sekarang orang akan sebut soalan paling maut tu sebagai soalan cepu emas, ek? Masa form 5 aku salu gak buat teka silangkata cepu emas tu ngan classmate. Punya lah pulun telek kamus dewan. Namun, non ado menang pon. Tapi seronok la time tuh. Wat reramai. Mastermind nya ialah suli. Suli! Where are you! Kali terakhir aku dengar citer ko kawin je, tah 6-7 tahun dulu kot. Kalo ko baca nih, sila tinggalkan cop jari ek?


Ok, sambung balik pasal soalan raja rom kepada perisik tadi.


Soalannya ialah, adakah korang melihat bilangan jemaah sembahyang subuh dan sembahyang jumaat di masjid adalah sama?


Lalu perisik itu menjawab, ya, Tuanku. Exactly!


Lalu raja rom mentakjadikan serangan ke atas negeri madinah. Sebabnya, ko pikir la sendiri. Aku dah penat nak taip.


Ok, babai. Hahaha aku suka! Abis tiba2.


p/s ada berita lapok yang bestttttt!!!

Thursday, 12 March 2009

Rakyat Malaysia Di Dubai dan Saper Pernah Pergi Dubai, Hello!


Kutuk lah aku, kutuk kutuk kutuk sila kan. Aku tak marah kali nih. Kutuk lah aku sebab aku sengkek dan takde duit nak beli tiket kapal terebang untuk pergi ke Dubai. Huaaa!!! Boleh tak aku nak gadai kan sofa aku kat pajak gadai ar rahnu yapiem supaya aku leh ada duit untuk tambang pergi balik? Nanti dah balik aku tebus balik. Boleh tak? Boleh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Ok, nak salah kan saper ek? Aku ni memang suker carik salah orang hehehe. Boleh jadik peguam cara tak? Jom kiter salah kan suami ku dulu sebab pesalah nombor satu dah tentu lah aku, sebab tak geti kumpul duit, kan. Ok, abang bersalah sebab nak pergi jejauh. Memang lah cecita dia nak gi obersi tahun nih, tapi, kok ye pon kan, pegi lah yang dekat2 je dulu. Contohnya, singapore ke, indonesia ke, thailand ke, brunei ker, filipina ker errr apa lagi ek? Pendek kata, yang tambang nyer murah2 lah. Haiyaaaaa boleh plak dia pegi jejauh terus. Hangin tul aku. Tak pepasal takleh ikot.

Pesalah seterusnya ialah kwsp. Aiyak? Boleh plak? Hihihi sukati aku lah. Kesalahan dia ialah tak leh kasi kuar kwsp untuk melancong hahaha. Gilo ko opo? Alah... dah takde saper nak tuduh, hentam je lah.

Seterusnya, kiter salahkan air asia dan juga mas. Hahaha memang salah besar arrr derang ni sebab tak kasik tambang murah.

Dan akhir sekali, a*dtecbp. Wahahaha nak juga salahkan gomen sebab tak offer benda2 cenggini kat pusat2 latihan. Kami pon nak bentang2 sambil melancong percuma jugak. Cer derang wat macam uni tuh, dah tentu kami akan berusaha bersungguh2 untuk membuat paper seperti di ipt tuh.

Tapi, ini lah keistimewaan menjadi seorang academician. Boleh pergi ke mana2 mengikut kesukaan sendiri.

SO, KEPADA SESIAPA SEPERTI TAJUK DI ATAS, AKU NAK TANYA, APA ADA KAT SANA YANG AKU BOLEH KIRIM? CONTOH, TUDUNG, KAIN, TUDUNG, KAIN, TUDUNG, KAIN, PINGGAN, BAJU, TV, HENPON, MESIN BASUH, PETI SEJUK DLL. OK, ITU MENGARUT. CONTOH.

Moral of the story, kumpul duit banyak2 okeh?

Dengar Dulu, Nanti Aku Cerita

Fool's Garden : Lemon Tree

I’m sitting here in a boring room
It’s just another rainy Sunday afternoon
I’m wasting my time, I got nothing to do
I’m hanging around, I’m waiting for you
But nothing ever happens – and I wonder
I’m driving around in my car
I’m driving too fast, I’m driving too far
I’d like to change my point of view
I feel so lonely, I’m waiting for you
But nothing ever happens, and I wonder

[Chorus]
I wonder how, I wonder why
Yesterday you told me ‘bout the blue blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon tree
I’m turning my head up and down
I’m turning, turning, turning,
turning, turning around
And all that I can see is just a another lemon tree
SING!
dah, dah, dah, dah, dah, dee, dah, dah,
dah, dah, dah, dah, dee, dah, dah,
dah, di, di, di, dah
I’m sitting here, I miss the power
I’d like to go out taking a shower
But there’s a heavy cloud inside my head
I feel so tired, put myself into bed
Well, nothing ever happens – and I wonder
Isolation is not good for me
Isolation – I don’t want to – sit on a lemon tree
I’m stepping around in a desert of joy
Baby anyhow I’ll get another toy
And everything will happen – and you’ll wonder

[Chorus]
I wonder how I wonder why
Yesterday you told me ‘bout the blue, blue sky
And all that I can see
Is just another lemon tree
I turn my head up and down…….
turning, turning, turning, turning, turning around
And all that I can see is just a yellow lemon tree
And I wonder, I wonder!

[Chorus]
I wonder how, I wonder why,
Yesterday you told me ‘bout the blue blue sky
And all that I can see
And all that I can see (dit dit dit)
And all that I can see is just a yellow lemon tree

Wednesday, 11 March 2009

Pekerja Warga Asing

Aiseh! Tengok berita akhir2 ni, asik laaa pasal warga asing. Merompak la, kena langgar ketapi la, umah terbakar la. Dah ramai sangat derang nih, sampai kebarangkalian berlaku apa2 melibatkan derang pon dah semakin tinggi.

Minggu lepas dalam berita ada cakap pasal nak bawak masuk 70k lagi mat bang. Sibbaik semalam dah suh kenselkan visa derang. Agak2 jumlah student uitm masa zaman aku pon tak cecah 70k sebab time tuh derang target nak capai 100k. Tapi sekarang derang target 200k plak. Sebelum aku pindah bp tahun lepas, jumlah derang nih dah cecah 2M. Sekarang, tak tau ler.

Biler ekonomi tengah nak mula down tahun lepas, dorang dah mula cakap2, ksm la ni, kasik masuk pekerja asing bebanyak. Kang kilang2 ni tutup, nak suh derang gi mana? Sekarang, dah banyak, tak tau nak letak katner. Kalo stok gula terlebih, boleh gak disimpan dalam stor belakang rumah aku. Ni orang. Kalo orang tempatan kena berenti keje, bleh gak tahan lori tepi hiway, balik kampung bela lintah ke, cacing ke, kambing ke, bleh gak aku makan nasik beriani kambing tiap2 ari. Ni, orang bukan tempatan, nak kasik tiket free balik kampung derang? Kalo kat bp nih, dari parit raja lagi dah nampak derang2 nih. Jalan depan sikit kat sri gading tu, hah kau! Aku rasa nak nampak orang tempatan pon dah susah. Kiter leh kenal la orang tempatan ngan orang luar nih. Kalo jenis berani mati berdiri atas line divider jalan, atau berenti atas basikal tengah2 divider tu, tak lain tak bukan lah kan.

Untuk pengetahuan korang, ksm cuma beri sijil 'lulus pekse dan boleh bekerja di sini', tapi yang kasi visa masuk ialah imigresen okeh. Memang lah derang ambik pekse sebelum masuk mesia, tapi kalo dah sekali ambik pekse, semua dapat full mark, apa ko rasa? Ko tak rasa ke ejen derang yang tolong jawabkan soklan exam tuh ker?

Errr apa yang aku nak sampai kan sebenarnya? Entah. Tapi, derang2 ni jugak yang potong buah kat ladang abah. Nak wat cemana? Kena wat dasar tertutup sket kot. Hihihi sukati aku jek.

Ini Bukan Tahap Berdesing, Ni Dah Berdengung!

Aku sangat lah suker memakan ikan sungai. Atau lebih direct lagi, ikan keli. Salahkan abang2 ku yang suka memancing dan menimba masa aku kecik2 dulu. Eh, ni bukan salah la. Patut pujilah, kan? Derang la yang salu bawak balik ikan keli dari paya. Isy isy isy sedap nyer ikan keli goreng yang ditangkap dari paya. Idak ler ikan tu makan perut ayam kan? Dulu2 salu makan ikan ni digoreng rangup2, ngan sirip2 tepi tu pon aku lantak. Memang part tu pon yang terbaik pon. Terbaik dari ladang.

Eh, bercakap pasal ladang, dulu2 kami sebut ladang kelapa sawit tu ladang, sementara kebun sayur2an tuh, kebun. Kalo ikut interpretasi aku, kebun tu menggambarkan buah-buahan. Kalau tempat tu ada buah rambutan, durian, limau, lada dan sayur2an, aku akan panggil kebun. Sementara ladang pula menggambarkan satu kawasan pertanian yang luas yang menanam hanya sejenis pokok. Hehehe. Tapi sekarang, dah lama aku tak pegi ladang. Dah lebih 10 tahun. Sejak aku sekolah menengah kot. Atau lebih tepat sekali sejak ada mak. Mulai tahun ni, peneroka tempat aku dah boleh menikmati hasil dari pokok baru. Kira sepatutnya dah tak panggil peneroka lagi dah. Boleh dipanggil boss hehehe. Betul, apa? Sejak tebang, sampai tanam semula, felda ambik alih dan jalan kan kerja tanam semula. Sekarang plak, felda upah abang la untuk potong buah. Hasilnya digunakan untuk membayar upah abang la dan selebihnya dinikmati oleh peneroka aka boss tadi. Best, kan? Memang la felda beli sawit dengan rege murah, tapi peneroka sekarang sudah tidak perlu keluar ke ladang 3 kali sebulan lagi! Lagi pon derang dah tua2 la. Mana kuat pon. Ada takde, generasi2 kedua je lah yang buat keje tuh. Lagi untung, takyah bayar upah abang la.

Eh, apa yang aku dah melilau sampai ke bangladesh nih hah? Aku nak citer pasal ikan keli tadi kan? Sebenarnya cerita nyer kontot jek. Tadi aku turun gi beli nasik. Ada lauk ikan keli masak sambal hijau. Salu kan orang masak goreng bercili kan. Kan derang salu guna cili merah kan. So, takde lah pedas sangat kan. Nih, aku tengok kaler ijau. Sambil ambik, sambil pikir, ni cili padi ke cili ijau nih? Ambik sambal sket je lah.

5 hengget.

Salu, kalo ngan tokei nyer, idak ler sampai 5 hengget. Naik atas, aku pon makan la.

Suapan pertama, eherm.

Suapan kedua, ssssssss.

Suapan ketiga, sssssssss srottt srott.

Suapan ke takde keempat. Aku dah surrender. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pedas nak mampussssssssss! Ini tidak adil! Aku bayar RM5 lor...

Ni Lagi Kejam!

Mang pangai dia gitu. Biler aku wat onar pada keter, seperti sagat skirt ke, dia lah yang paling kepochi. Padahal aku terus je bagitau, mintak mahap lepas kejadian tersebut. Malah, kesan tu pon dah takde dah sebab skirt tu pon dah dicat baru arituh.

Kes satu, masa tu in pinjam AH. Masa tu baru 2-3 bulan la kete tu. Dia bawak pinjam gi kl. Wat bawak femli dia meminang bini dia. Nyampah! Gi meminang pon bawak ramai2. Bukan ramai2 tu point nyer. Gi meminang pon nak pinjam AH, bawak ramai2. Eh, bukan pinjam AH tu point nyer. Semasa di kl, ngah yang drive. Dia bawak masuk kawasan flat kat bandar tasik selatan ke entah, apa ke nama. Kete banyak giler kat bawah. Masa kat situh la dia tergesel ngan kete lain gara2 masuk jalan one way. Eh, bukan tergesel tuh pointnyer. Tu aku dah pernah cerita. Selepas dipulangkan tengah malam, aku terus bawak AH gi mersing belah pagi. Memula aku tak perasan. Esok nya kot baru aku perasan ada sikit terkopek cat. Time tu pon aku tak perasan ada calar yang lebih besar lagi. Biler aku tanya kat dia, baru lah dia bagitau, derang dah tergesel kete time kat kl. Sampai sekarang masih ada calar kat tepi tayar tuh. Kalau aku buat tu, dah kena berdas das dah tuh. Faham tak sekarang? Point nyer ialah, dia takkan bagitau biler dia wat onar kat keter. Sebaliknya, dia akan biar aku tau sendiri, dan biler aku tanya kat dia, dia akan buat2 terkejut dan secara automatik, aku plak yang jadi mangsa tuduhan tidak berasas. Aiyak? Aku pulak yang buat?

Tu kes pertama. Ada lagi kes kedua, ketiga dan entah ke berapa lagi tah. Kalau AH ni memang la nampak sangat. Tapi kalau kancil tu, aku rasa kancil pon dah hilang suara nak kasi tau aku. Lantak ko lah.

Terkini! Terkini! Semalam petang, aku perasan ada satu lagi kemusnahan pada badan AH. Ada lekuk kat pintu hud dan calar2 serta pecah kat skirt belakang. See? Faham tak sekarang? Aku malas nak tanya sebab kesudahannya aku dah tau. Tapi itu bukan point nyer. Tu aku dah bagitau tadi.

Tu macam crack je kan?

Pernah dengar tak, orang cakap, kalo orang tu gi mancing, pastu balik2, tak dapat sekor ikan pon. Siasat punyer siasat, rupanya dia tak bagitau bini dia yang dia gi mancing, atau pon dia bagitau tapi bini dia tak kasik pergi tapi dia pegi jugak.

Kalo cenggini la... serupa takyah ada sensor dan cermin kat belakang tuh

Tu contoh arrr. Aku tau ar orang tak pernah dengar pon citer tuh huhuhu. Aku sajer je kasi contoh. Pointnyer kat sini, adakah orang lelaki tu tahu bahawa seorang isteri ini mempunyai tulah? Alaaa tulah, macam raja2 melayu tuh. Salu orang sebut dolat. Tapi sebenarnya tulah. Bukan 'tu lahhh aku dah cakap'. Bukan, bukan. Senang cite, dolat la. Senang paham.

Compang campeng rupa AH. AH dah buruk. Uwek!

Dipendekkan cerita, aku rasa kemusnahan yang berlaku pada AH itu berlaku pada hari ahad yang lalu ketika dia pergi ke melaka. Memula Yayu tefon,

'Kat ner?'
'Kat rumah'.
'Lerrr... lum pegi?'
'Tak pegi pon.'

Kendian, shu tepon,

'Eh, ko tak gi umah amer ek? Aku nampak dia sensorang tadik. Kitorang dah nak balik, dia baru sampai. Naper ko tak ikut?'
'Sajer hehehe.'

Tak hepi ending.

p/s patut lah sibuk carik polish emwey
p/s cenggitu agaknya perasaan bebudak biler kena tinggalkan kat umah pengasuh ek. huaaaaaaaaaaaaaaaa mama mama papa papa huaaaaaaaaaaaaaaaaa...