Helicornia versi spesis 'mencucuk langit ku telah mengeluarkan bunga generasi pertamanya. Yang ni jenis 'ketot2 lagi dah kuar bunga' dan berwarna oren. Ada satu lagi spesis ni jugak tapi kaler kuning, aku ambik dari semenchu dan dari jenis 'kena tunggu dia tinggi baru dia kuarkan bunga, kata mil'. Maka, buat masa ni, bersyukurlah dengan apa yang ada. Nak tunggu laman tu jadi taman astakona helicornia, memang berjaman lagi lah kan. Tapi yang kuar bunga dulu ni yang aku tanam dalam pasu.
Pada satu hari, balik2 keje2 je, aku terus nampak putik dia kuar. Tah biler dia kuar, aku pon tak perasan. Tau2 dah kuar jek. Kalo daun kuar aku perasan la. Tempoh antara dia kuar putik ngan dia kembang cenggini ialah kira2 2 minggu. Dan sekarang, satu lagi pokok yang kat laman tuh pon dah kuar putik. Tunggu ler lagi 2 minggu. Kenapa ada perbezaan masa kuar putik antara pokok dalam pasu dengan pokok kat laman, sedangkan diambil dari tempat yang sama? Satu, pokok kat pasu aku siram tetiap ari, sementara yang kat laman tu, samada biler angin rajin aku sampai, atau abang punya task untuk menyiramnya. Berat lerrrr baldi tu nak bawak ke depan tuh. Maka, pokok pasu mendapat lebih hidrogen dioksida berbanding di laman okeh.
Sebab kedua ialah, pokok di pasu mendapat nutrien tambahan daripada baja gemuk dan baja bunga yang aku beli untuk pokok bunga kertas, sementara pokok di laman hanya mendapat nutrien semulajadi dari faktor alam seperti hujan, parit berhampiran dan asap pencemaran kenderaan.
Masa lalu kat jalan parit raja darat, aku ternampak pokok spesis ni jugak, kaler merah + kuning. Cantikkkkkk. Dan bunga nya lebih panjang. Rasa macam nak buang je rasa malu dan mintak sepokok dari tuan rumah tuh. Boleh ke?
Dan untuk spesis 'tunduk ke bumi' pulak, memang harapan nak kuar bunga dalam tahun ni agak tipis. Satu, pokok tu memang kuar bunga selepas dia tinggi ala2 pokok lengkuas. Sekarang ni kemetot jek. Dua, asalnya ada 2 pokok. Yang satu dalam pasu, memang cepat lah tumbesarannya. Yang satu lagi kat laman. Tah, cemana dan tak tau sebab apa, terbantut plak pokok kat laman tuh. Sekarang aku dah pindahkan kat pasu, baru lah dia kuar daun semula. Tu pon kira ketinggalan jauh lah ngan yang memang dalam pasu. Masaelahnya sekarang, pasu2 tu sumer aku dah letak kat luar. Dekat ngan pili bomba. Bukan masalah pili bomba tuh. Tetapi masalah cucur atap ku yang betul2 berada di atas kepala pokok berdua nih.
Bukan setakat pokok berdua nih, ngan pokok bunga kertas pon sekali. Dalam cuaca cerah memang takde masalah. Ni biler tiba2 minggu lepas hujan turun tetiap ari. Habis dedaunan helicornia tu pecah2 kena timpa air hujan. Kira kalo daun pisang tu, memang tokleh bungkus nasik lemak lagi dah. Bunga kertas yang baru nak kuar pon gugur. Maka, habis lah sudah semua bunga kertas ku uhuksss. Yang selamat cuma bunga lantana aka taik ayam tu jelah sebab dia duk bawah awning. Nampak gayanya, terpaksa lah aku memindahkan semula pepasu tersebut ke dalam rumah sempena musim hujan ini. Tapi minggu ni tak hujan pulak.
Okeh, abis dah cite pasal pokok bunga ku. Sekian.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment