Isnin pepagi lagi kami dah keluar rumah. Gi keje pun tak sepagi ini. Abang kata dia saje je ajak aku gi kl ni untuk menginsafkan aku supaya bersyukur sebab bekerja di kampung. Takde jammed. Tu pon aku salu merungut lori kat jalan tanjung labuh tu slow2. Tapi tak pernah ler sampai punch card aku merah. Paling lambat pon 7.55am dah punch. Syukur.
Alah... takde lah jammed mana pon kl tuh. Ada la slow sikit kat tldm tuh. Tu pon sebab ada kete dah berenti kat tengah lane kanan sebab eksiden. Pastu ada satu lagi kete rosak kot. Kalau takde dua2 tu, lancar jek. Tapi, time tu jugak la aku sakit perot. Adoi!!! Sibbaik ada petua pintal2 baju, pintal t**k aku hihihi. Memang berkesan.
Sampai area bukit bintang, terus park kat belakang2 entah jalan apa tah. Pastu terus gi toilet. Lepas babai babai, aku terus naik monorail. First time naik monorail. Alah... sama je sistem dia ngan tren2 lain. Teringat masa lrt putra baru2 dilancarkan. Naik free beberapa bulan kot. First time naik kami pergi jelatek kot. Tetiba tengah jalan dia brek mengejut. Sibbaik aku tak tersungkur. Eh, ke time tu aku naik sensorang sebab nak jumpa abang kat keramat ek? Tah, lupa la. Tapi first time memang dengan abang. Kendian aku ada naik lagi time dah berbayar kot. Masa konvo ita. Bawak abah ngan mala naik lrt gi klcc. Pastu jenjalan kat taman klcc posing2. Time praktikal pulak, tetiap ari aku naik putra dari masjid jamek ke bangsar.
Ok, aku naik monorail sempat jumpa 1 hentian je. Turun kat hang tuah, naik star plak. Tak kisah la apa nama tren tu sekarang. Yang penting star kotak kaler kuning, putra aerodynamic kaler putih. Naik star pon jumpa 1 hentian, turun kat masjid jamek.
Dari bukit bintang ke masjid jamek, aku ambik masa 15 minit sahaja, termasuk menunggu. Sungguh cepat. Dah lapar, pegi makan kat kedai mamak. Owh, kedai mamak di tengah kl sangat tak best. Tak sama ngan shah alam atau area taman2 perumahan. Takde sistem order canggih2. Lagi cikai ada la. Pepagi gitu cuma ada roti jek? Bosan tul. Terpaksa lah aku makan roti telor untuk tenaga berjalan seharian nih. Lepas makan, maidin pon tak bukak lagi. So, aku jalan2 la kat arked. Pegi pepagi gini bleh dapat rege murah. Rege pecah telor. Tapi lum jumpa yang berkenan. Lagi pon aku kena la survey rege dulu. Kedai banyak, jual benda yang sama, so kena jadi pengguna bijak.
Dah pusing2 lebih kurang, dah tau dah latest design, sebelum penat dan berpeluh, aku masuk maidin plak. Kena save energy dan wangy. Wangy tu maksudnya bau badan la. Kat maidin ada ekon, takde ler berpeluh. Kata nak jenjalan satu hari, kan. Kuar maidin, tunggu ita plak. Kul 11 kt baru dia sampai. Pusing2 situ, kendian terus gi sogo. Ada la sale sesikit. Beli kan yayu punya bantal.
Dah tengahari, dah lapar. Nak makan katner? Memang mencabar soping2 sambil memboikot nih. Nak makan pon kena pikir. Last2 pegi midveli. Apa? Iyer... kami menapak ke komuter bank negara dan makan ayam percik rasamas di midveli. Adoiii time ni dah mula sakit kaki nih.
Pas makan, kami pon pusing2 jusco. Takde hasil. Aku rasa mood soping hilang kerana faktor kaki kot. Lebih kurang kul 4pm, ita pon balik. Aku lak, turn kat bank negara lagi. Ini dinamakan jalan2 cari pasal. Dah tau penat, paksa jugak jalan. Jalan punya jalan punya jalan, dapat lah hasil sepasang kain. Tak berbaloi dengan penat! Dah lah aku bawak payung panjang. Dah terhuyung2 hayang aku rasa. Yang paling berat bantal tu la. Isi batu ke hape?
Sampai kat masjid india, baru lah hujan turun. Aku mintak hujan turun sebab aku dah susah2 bawak payung. Tapi biler hujan, lagi lah susah aku nak balance kan badan aku. Turun naik lrt, macam nak patah tangan aku. Sakit kaki lagi. Turun monorail nak ke hotel, lagi la azab. Sampai kan aku selamba je letak plastik2 barang tu atas jalan yang basah sebab dah tak tahan sakit tangan. Ini dinamakan cari penyakit. Sampai hotel, mandi2 dan tengok spakiu hujung2.
Lepas solat, kuar makan pulak. Saje cari pasal gi jejauh. Sudahnya tutup plak kedai buah kat keramat tuh. Makan kat keramat jugak. Pas makan terus balik. Saje lalu klcc sebab nak tau kat mana duduk letaknya pavilion tuh. Lorrr dekat bebeno ngan monorail bukit bintang yang aku turun2 naik tadi. Menapak tak sampai 5 minit. Takde kena mengena pon ngan jalan klcc. Balik2 tuh, bukan terus tido. Ada wifi free, apa lagi?
0 komen:
Post a Comment