BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 31 December 2014

Rombongan Cik Kiah I : Shopping @ Nagashima & Closing


Asalnya kami plan nak pergi ke disneyland hari isnin tu. Tapi selepas mengambil kira beberapa faktor, akhirnya kami pergi ke nagashima jek. Memang lah jauh beza disneyland vs nagashima kan. Tapi at least ada la elemen roller coster kat situ. So, hari isnin tu kami sampai kat sana lebih kurang pukul 12 tengahari.

Nak dijadikan cerita, kami kan ada 8 orang kan. Kalau ikut kan rule, kereta kami boleh masuk 7 orang je. So, setiap kali keluar berjalan, kami dah buat lah plan2 nak menyorokkan salah sorang dari kami kalau2 lalu sebelah kete polis. Ada lah 2-3 kali kot berlaku, tapi malam. Maybe polis tu pun tak nampak atau tak ambik tau pun. Kitorang je lah yang dok kalut dalam kete tu. Pastu masa lalu kat toll gate kat nagashima tu, boleh pulak polis tunggu kat setiap pintu gate tu? Sorang jaga satu lorong lagik. Masa tu tak boleh buat apa dah, tarik napas je lah. Tapi sibbaik lah dia tak tahan ke apa. Alhamdulillah... mungkin mustajab lah doa masing2 kot huhuhu.

On the way nak ke outlet, terjumpa sawah bunga kosmos kat tepi jalan. Aku perasan tahun lepas pun ada jugak, tapi kami tak singgah. Kali ni memang komfem kena singgah lah kan. Aku pun suker suker suker!

Ada 2 3 petak sawah yang dipenuhi pokok bunga ni. Cantikkk.

 Saujana mata memandang gitu.

So refreshing...


Nampak macam berdiri hihi.










Kendian kami terus ke nagashima spaland. 2 orang je yang masuk ke dalam theme park tu. Yang lain soping moping sampai yang 2 orang tu keluar. Bila keluarnya? Pukul 6.30 petang. Bayang kan lah betapa lamanya kami soping moping. Soping nyer tak seberapa, moping je yang lebih. Apa moping tu eh?




Lepas yang 2 orang tu keluar, encik suami bawak pulak derang soping moping. Sampai la kedai tutup pukul 8 malam. Kami yang lain makan dulu dan tunggu kat kete. Pas makan, 2 orang lagi pulak mengalami sindrom 'nyesal tak beli'. Pergi lah semula ke sana. Kat levi's, masa kami pergi tadi dia ada promosi beli 2 percuma 1. Memang berbaloi la. Sekali bila derang pergi semula tu, dia dah tukar promosi 80% untuk semua pulak. Ruginya aku tak ikuttt. Aku pulak yang nyesal tapi dah takleh pergi la sebab dah tutup.

Balik rumah dengan hati yang puas. Puas lah sebab belanja dengan duit sendiri hehe. Saje aku keluarkan duit sekarang sebab currency tengah turun sekarang. 100yen tak sampai 3 hengget. Keluar duit mebeng kat sini pun kena charge rm12 jer. Masih kira untung lagi. Eee tak sabo nak pergi outlet lagi sempena new year ni. Sebab ada fukubukuro! Aritu aku tengok kat mesia pun akan ada fukubukuro jugak. Kat mana tah.

Okeh, rasanya ini last lot entry rombongan cik kiah. Sebab dah takde gambo dah. So, aku buat penutup kat sini lah eh.

Hari selasa pulak, kami membuat kunjungan akhir ke otsukaya. Boleh tahan banyak jugak lah hasil tangkapan mereka di situ. Kebetulan hari selasa memang ada smile day. Banyak jugak lah kain yang murah2. 2-3 ratus semeter pun banyak kat level 4.

Hari rabu aku bawak budak2 pergi ke osu. Alaaa komehyo tutup eh hari rabu? Lupa la pulak. Kedai pun banyak yang tutup. Pastu dari situ kami berjalan kaki ke sakae. Pergi ke skyle lagi!

Hari khamis ialah hari kemas beg. Siap kemas semua, tengok2, masih banyak boleh diisi hihihi. Duit pun ada serdak2 lagi. So, esok tu, derang kuar lagi ke sakae. Petang tu aku pun ke sakae juga sebab nak membeli stok naturactor. Best ar boleh dapat tax exemption guna passport derang. Cenggitu rupanya kekdahnya. Aeon je aku tak sempat nak bawak derang. Walau pun kat mesia banyak je aeon, tapi kat sini lain banyak kot.

Sabtu pagi, seawal jam 6.30 pagi derang dah bergerak ke epot. Aku hantar sampai bawah je lah. Tak muat dah.

Dah, habis lah cerita. Sekian.

Rombongan Cik Kiah I : Nagoya-jo


Hari Ahad tu, selepas paginya bersenang lenang anak beranak, petangnya kami keluar ke Nagoya Castle. Sebenarnya kalau pergi ke mana2 pun kat jepun ni, akan ada castle. Sebab dulu2 kan derang ada pemerintahan beraja. Yang emperor2 tu lah. Aku pun tak tau ke mana pergi semua keturunan raja kat setiap  negeri derang ni tah. Yang aku tau sekarang ada sorang maharaja kot. Eh, yang akiko tu permaisuri ke eh? Eh tak kosser lak aku nak menggugel. Yang pasti derang ada sorang princess nama kako yang berumur 20 tahun hehe.

Okeh, nagoya castle ni kira castle utama ar kat sini. Ada beberapa lagi yang kelihatan tapi macam bukan pusat perlancongan kot. Eh, ke derang masih duduk dalam castle2 tu ek? Macam istana baru kat mesia tu. Kan istana lama dah jadi tempat pelancongan ek? Whatever.

Tempat ni cantik time musim sakura katanya. Tapi time autumn ni pun ada jer momiji yang sedang memerah. Cuma time kami pergi tu dia dah nak tutup dan dah nak malam. Maka kelam kabut jugak lah. Tak dapat nak menikmati keindahan sangat. So, ini je lah gambo yang sempat aku rakam kan. 

Peta kawasan. Yang merah2 tu ditutup for renovation.



































Balik tu kami solat maghrib di masjid nagoya. Kendian bawak derang gi makan sushi. pil tak makan nasik nya jer. Budak2 tu je yang makan. Tu pun macam kami la. Makan yang grilled jek. Merasa lah jugak kaklongain berasap termakan wasabi. Aku tak perasan dia taruk sebungkus tu sekali makan. Amekkaw! Merah padam muka hihihi.

Itu lah sekali kami bawak derang makan kat luar. Ramai kan. Kalau 2-3 orang takpe ar lagi kan. Eh, tapi kalau korang nak datang ramai2 boleh je aku bawak makan luar. Bayar sendiri la tapi hihi.